omniture

Kemboja mengambil langkah berani dalam kepimpinan kecekapan tenaga dengan membuka laluan untuk perjanjian tenaga boleh baharu utama dengan Singapura

Ministry of Environment, Cambodia
2023-04-07 08:05 0

PHNOM PENH, Kemboja, 7 April 2023 /PRNewswire/ -- Kemboja menerajui peralihan kepada tenaga yang lebih bersih di Asia Tenggara dan ia kini memperoleh momentum. Berikutan penyerahan strategi keneutralan karbon jangka panjang negaranya kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kerajaan Dirajanya memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Kuasa (PDP) dan Dasar Kecekapan Tenaga Kebangsaan (NEEP) kepada orang ramai. Inisiatif ini menunjukkan komitmen kerajaan yang tidak berbelah bahagi terhadap peralihan tenaga dan pelan tenaga jangka panjang pertama negara untuk hala tuju tenaga yang diselaraskan dan strategik.

"Dengan menerapkan amalan terbaik, kami boleh mengurangkan pelepasan gas rumah hijau kami, mewujudkan pekerjaan baharu dan meletakkan Kemboja sebagai peneraju di rantau ini," kata Perdana Menteri, Hun Sen. "Melabur dalam kecekapan tenaga dan tenaga boleh baharu merupakan kunci untuk membina masa depan yang lebih lestari untuk manusia dan planet kita."

Kecekapan tenaga merupakan aspek penting bagi peralihan tenaga bersih Kemboja, dengan kerajaan komited untuk mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 19% berbanding tahap perniagaan seperti biasa menjelang tahun 2030. Dasar Kecekapan Tenaga Kebangsaan membentangkan hala tuju strategik, bidang keutamaan dan sasaran sektor bersama-sama dengan Menteri Galian dan Tenaga, Suy Sem yang menyatakan bahawa "Bagi memanfaatkan potensi penuh kecekapan tenaga, adalah penting untuk membangunkan dasar dan rangka kerja kawal selia yang kukuh, membina keupayaan pihak berkepentingan, meningkatkan kesedaran tentang manfaatnya serta menyokong pelaburan sektor swasta."

Tambahan pula, Kemboja kini sedang bekerjasama dengan Singapura untuk menjadi pengeksport utama tenaga bersih di rantau ini. Perjanjian yang masih berada di peringkat rundingan komersial itu akan menyaksikan Singapura mengimport 1 GW tenaga boleh baharu setiap tahun dari Kemboja, yang membentuk satu perempat daripada jumlah import elektrik rendah karbonnya menjelang tahun 2035. Eksport ke Singapura yang bakal dilaksanakan itu akan menyumbang kepada kesan positif Kemboja terhadap dunia dan mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri tenaga bersih di rantau ini sambil mengurangkan kesan perubahan iklim di planet ini.

"Dengan mengutamakan sumber tenaga boleh baharu, Kemboja mewujudkan kelebihan ekonomi yang kompetitif sambil mengurangkan kesan perubahan iklim dan menggalakkan pembangunan lestari," kata Menteri Alam Sekitar, Say Sam Al. "Melabur dalam kecekapan tenaga dan teknologi tenaga bersih mewujudkan peluang ekonomi baharu dan meningkatkan kesejahteraan rakyat kami. Dedikasi Kemboja yang tidak berbelah bahagi kepada laluan pembangunan yang lebih berdaya tahan, inklusif dan lestari akan memberi inspirasi kepada yang lain untuk menyertai kami dalam usaha global ke arah masa depan yang lebih bersih, lebih sihat dan lebih makmur."

Ketika Kemboja terus membina negaranya ke arah ekonomi yang inklusif dan kompetitif, Pelan Induk Pembangunan Kuasa dan Dasar Kecekapan Tenaga Kebangsaan akan memastikan bahawa harga kuasa kekal stabil dan berpatutan. Ini akan membantu Kemboja mencapai matlamat pembangunannya di seluruh sektor dan meletakkan negaranya sebagai pemain utama di rantau ini dalam sektor kecekapan tenaga dan tenaga boleh baharu.

Kepemimpinan yang berani dan berwawasan dalam peralihan ke arah sumber tenaga yang bersih dan hijau adalah penting untuk menjamin masa depan yang lestari dan makmur untuk semua. Komitmen Kemboja terhadap tenaga lestari dan kecekapan tenaga bukan sahaja mewujudkan peluang ekonomi, menggalakkan kesihatan awam dan meningkatkan kesejahteraan rakyat secara keseluruhan, malah ia juga memberikan kelebihan daya saing kepada negara ini di pasaran serantau. Dengan matlamat yang bercita-cita tinggi dan pelaburan berterusan dalam teknologi lestari, kesan positif Kemboja terhadap dunia akan dirasai sehingga beberapa generasi akan datang.

Hubungan Media: Tin Ponlok, Setiausaha Negara, Kementerian Alam Sekitar, Telefon: +855 12915351, E-mel:  etap@online.com.kh

Source: Ministry of Environment, Cambodia
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Asian-related news Corporate Social Responsibility Environmental Policy