omniture

J&T Express Sambut Ulang Tahun Keempatnya di Thailand

J&T Express
2023-04-08 01:27 65

BANGKOK, 8 April 2023 /PRNewswire/ -- J&T Express, penyedia perkhidmatan logistik global, menyambut ulang tahun keempatnya di Thailand yang bertemakan "Parcel Story of 4ever Friendship" ("Kisah Bungkusan Persahabatan Selama-lamanya").

J&T Express Menyambut Ulang Tahun Keempat di Thailand
J&T Express Menyambut Ulang Tahun Keempat di Thailand

Sejak pelancarannya di Thailand pada Mac 2019, J&T Express berkembang dengan pantas menjadi penyedia perkhidmatan penghantaran yang terkemuka. Melalui kumpulan kenderaannya, Jet Transport, J&T Express meliputi 928 daerah di 77 wilayah, termasuk kawasan terpencil. Ketika ini, J&T Express beroperasi 24/7, 365 hari setahun yang disokong oleh talian penting khidmat pelanggan dan perkhidmatan secara bersemuka untuk pelanggan VIP. Di samping itu, J&T Fulfillment menyediakan penyelesaian pergudangan automatik dan rangkaian perkhidmatan terpelbagai untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan B2B dan B2C. Bagi menambah penawarannya dalam pasaran domestik, J&T International, subsidiari J&T, turut menawarkan penyelesaian logistik antarabangsa sehenti kepada pelanggan, seterusnya menyumbang kepada pembangunan pesat e-dagang rentas sempadan di Thailand.

J&T Express mengendalikan pusat pintu masuk dengan kawasan berkeluasan lebih 100,000 meter persegi yang dilengkapi dengan teknologi pengisihan automatik utama di Asia Tenggara. Mengambil manfaat daripada hal ini, syarikat ini mencapai peningkatan 25% dalam volum bungkusan dan peningkatan 19% dalam kecekapan perkhidmatan tahun-demi-tahun pada tahun 2022.

Puan Lily Chen, Ketua Pegawai Pemasaran J&T Express Thailand berkata, "Pencapaian J&T Express tidak mungkin akan tercapai tanpa sokongan daripada pelanggan dan rakan kongsi kami. Berakar umbi dalam misi 'berorientasikan pelanggan dan berasaskan kecekapan', kami berusaha menjadi penyedia logistik kurier terbaik di Thailand. Kami akan terus mengorak langkah bersama pelanggan kami dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi digital di Thailand."

Sambutan ulang tahun keempat ini turut dihadiri oleh Mario Maurer, seorang idola negara Thai dan jurucakap untuk J&T Express Thailand.

Latar Belakang J&T Express

J&T Express ialah penyedia perkhidmatan logistik global menerusi perniagaan penghantaran ekspres yang terkemuka di Asia Tenggara dan China, pasaran yang terbesar dan berkembang paling pantas di dunia. Ditubuhkan pada tahun 2015, jaringan J&T Express mencakupi tiga belas negara termasuk Indonesia, Vietnam, Malaysia, Filipina, Thailand, Kemboja, Singapura, China, Arab Saudi, UAE, Mexico, Brazil dan Mesir. Dengan mematuhi misi "berorientasikan pelanggan dan berasaskan kecekapan", J&T Express komited untuk menyediakan kepada pelanggan dengan penyelesaian logistik bersepadu melalui infrastruktur pintar dan jaringan logistik digital, sebagai sebahagian daripada strategi globalnya untuk menghubungkan dunia dengan kecekapan lebih tinggi dan membawa faedah-faedah logistik buat semua.

 

Source: J&T Express
Keywords: Transportation