omniture

Maurice Lacroix dengan Sukacitanya Mengumumkan Perkongsian Tiga Tahun Dengan FC Barcelona sebagai "Rakan Kongsi Jam Tangan Rasmi FC Barcelona"

Maurice Lacroix S.A.
2014-03-14 16:36 278

BIEL, Switzerland, 14 Mac 2014 /PRNewswire/ --

Jenama jam tangan Switzerland yang dinamik, Maurice Lacroix dengan sukacitanya mengumumkan persetujuan perkongsian selama tiga tahun dengan FC Barcelona – yang dianggap sebagai salah satu kelab bola sepak paling berprestij di dunia dengan barisan peminat asas global lebih 300 juta peminat dan 100 juta pengikut media sosial. Menjadi "Rakan Kongsi Jam Tangan Rasmi FC Barcelona" ialah peristiwa penting dalam sejarah Maurice Lacroix. Melalui perkongsian inovatif ini, Maurice Lacroix dan juga FC Barcelona akan bersama-sama membantu kemasukan ke dunia kemewahan Switzerland berkualiti tinggi untuk para peminat bola sepak di samping para penggemar jam tangan.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140313/674603-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140313/674603-b )

Lebih daripada sekadar perkongsian

Syarikat pembuat jam tangan itu membawa keterampilan yang tiada tandingan daripada segi pemasaran barangan mewah kepada padang permainan dan sebaliknya, ia juga akan mendapat faedah daripada kesedaran jenama yang semakin meningkat dengan 300 juta peminat serta keghairahan kerana dapat berkongsi status FC Barcelona yang menjadi pujaan ramai.

Melalui perkongsian yang mengagumkan ini, FC Barcelona dan Maurice Lacroix menyasarkan untuk kekal rapat dengan para peminat mereka, bercakap dalam bahasa yang sama, dan turut menawarkan setiap seorang daripada mereka produk mewah Switzerland yang berkualiti tinggi. Jam tangan "untuk peminat" yang mampu milik akan menyediakan peluang tahap permulaan untuk pemilikan jam tangan Switzerland. Bagi penggemar jam tangan mekanikal atau mereka yang ingin melakukan loncatan yang besar ke dalam arena pengumpulan ini, jam tangan "untuk pemain" yang memukau serta model "eksekutif" yang sofistikated juga akan dijual dalam semua butik FC Barcelona dan dalam rangkaian peruncit Maurice Lacroix rasmi yang tersebar meluas seluruh dunia.

Di dalam stadium terbesar Eropah, perkongsian ini akan disampaikan melalui pelbagai aset yang menakjubkan seperti skrin LCD pengadil keempat, jam Maurice Lacroix gergasi dan juga kehadiran eksklusif di dalam semua kawasan VIP Camp Nou.

Dengan mencapai persetujuan ini, Maurice Lacroix dan FC Barcelona, dua organisasi yang dikenali kerana pemikiran progresif mereka, telah membentuk lebih daripada sekadar perkongsian. Semangat keusahawanan mereka yang bersepadu serta kemampuan pemikiran komersil mereka yang intuitif ialah permulaan babak baharu yang dinamik dalam sejarah kedua-dua pihak.

Lebih daripada sekadar kelab

FC Barcelona berbangga dengan asal usul Switzerland mereka (kelab itu ditubuhkan oleh Hans Gamper dari Winterthur) dan turut berbangga dengan penggunaan kelab mereka sebagai lambang komuniti Catalan tempatan. Tetapi FC Barcelona adalah "lebih daripada sekadar satu kelab", seperti yang dinyatakan dalam moto mereka "més que un club". FC Barcelona ialah kelab sukan No. 1 di dunia dalam pelbagai segi. Kelab ini telah memenangi semua trofi paling berprestij dunia bola sepak sebanyak beberapa kali. Di samping itu, ia menarik hanya pemain yang terbaik di dunia. Ia turut menunjukkan gaya permainan bola sepak yang hebat dan tersendiri. Tambahan pula, kelab ini melabur dalam dan turut menyemai bakat yang paling menjanjikan harapan, dan turut menyokong banyak persatuan amal.

Dibina berasaskan nilai cita-cita, kualiti, kreativiti serta gaya, FC Barcelona ialah legenda, kelab ikonik dengan rumusan dijamin berjaya yang telah memikat barisan peminat asas global seramai lebih 300 juta peminat.

Lebih daripada sekadar jam tangan

Sejak pelancaran jam tangan pertamanya pada tahun 1975, jam tangan Switzerland bergaya yang telah dihasilkan daripada pasukan rekaan kreatif dan bercita-cita tinggi di Maurice Lacroix telah mendapat pengiktirafan antarabangsa. Jam tangan Maurice Lacroix menawarkan rekaan dengan kepelbagaian luar biasa serta menawan hati, teknologi berpaten dan juga bahan berprestasi ultra yang baharu. Semuanya diterapkan dengan nilai kualiti, keandalan serta ketulenan yang tidak lapuk dek zaman.

Sama seperti FC Barcelona, Maurice Lacroix ialah simbol kejayaan yang berkisarkan gaya, keutuhan dan juga semangat yang sentiasa membara untuk maju. Dengan menyertai cita-cita dan nilai kongsi ini, pembuat jam tangan Switzerland itu serta kelab bola sepak Catalan itu ialah pasukan yang sempurna bagi bersama-sama menerokai cara yang inovatif untuk menarik hati para peminat bola sepak serta penggemar jam tangan.

MASA ANDA ADALAH SEKARANG. MASA KITA ADALAH SEKARANG.

Petikan kata-kata

"FC Barcelona berbangga dalam melancarkan perkongsian dengan jenama yang begitu moden dan dinamik seperti Maurice Lacroix. Kami yakin kejayaan perikatan strategik ini bakal mempunyai impak global."

Josep Maria Bartomeu, Presiden FC Barcelona

"Maurice Lacroix berbangga dan sangat teruja dengan perkongsian luar biasa ini. Jenama kami tidak pernah jemu untuk mengejar kesempurnaan dan bersama-sama kami akan membentuk pasukan yang mengagumkan, menarik perhatian dan berjaya."

Marc Gläser, Pengarah Urusan Maurice Lacroix

Latar belakang Maurice Lacroix

Maurice Lacroix berpusat di Saignelégier, terletak di rantau Jura, yang terkenal dengan kehandalan penghasilan jam tangan mereka. Pada tahun 2006, syarikat pembuat jam tangan Switzerland itu mereka bentuk dan turut membangunkan pergerakan jarum jam milikan sendiri mereka yang pertama dan dalam beberapa tahun selepas itu, ini telah bertambah menjadi 13 pergerakan kaliber Manufacture milikan sendiri.

Syarikat itu telah memenangi sepuluh anugerah utama untuk rekaan jam tangannya sepanjang masa ini, dengan panel industri mengiktiraf kreativiti pintar mereka serta seni buatan tangan mereka yang halus. Maurice Lacroix menghasilkan 90,000 jam tangan setiap tahun dan turut mempunyai 3,000 tapak jualan. Ia terus bertumbuh, berdasarkan rumusan dijamin berjaya iaitu kualiti, keandalan dan juga ketulenan, yang diekspresikan melalui rekaan dengan kepelbagaian tersendiri dan menawan hati yang disokong oleh teknologi berpaten serta bahan berprestasi tinggi. Syarikat itu tidak jemu-jemu mencari cara baharu dan inovatif untuk memberitahu masa, namun masih menghormati seni buatan tangan jam tangan Switzerland. "Semangat untuk Kemajuan" inilah yang terpahat di tengah-tengah budaya jenama ini.

Pada 1 Julai 2011, DKSH, syarikat Switzerland yang berpusat di Zürich dan penyedia perkhidmatan yang menerajui untuk perluasan pasaran di Asia, telah memperoleh peratusan mengawal dalam kumpulan Maurice Lacroix. Dengan 735 syarikat subsidiari dan 26,700 kakitangan, DKSH hadir di 35 negara dan menjana jualan bersih sebanyak 9.6 bilion franc Switzerland pada tahun 2013.

Hubungi:
Maurice Lacroix
Timothy Mayer
Pengurus Perhubungan Awam & Tajaan Antarabangsa
Tel. +41-79-598-26-56, E-Mel: timothy.mayer@mauricelacroix.com

Akses kepada media dan pangkalan data perhubungan awam (tiada kata laluan diperlukan)
http://www.mauricelacroix.com/About/Media.sls

Sumber: Maurice Lacroix S.A.

Source: Maurice Lacroix S.A.
Keywords: Fashion Retail Sports Sports Equipment & Accessories Contracts Licensing/marketing agreements