omniture

Pasaran perkhidmatan pengguna digital yang berkembang pesat bernilai $513 bilion menjelang tahun 2027 menurut penyelidikan Omdia

Omdia
2023-04-11 09:00 0

LONDON, 11 April 2023 /PRNewswire/ -- Kategori bukan tradisional yang merangkumi permainan digital, video dalam talian, aplikasi pemesejan, rumah pintar dan muzik digital menunjukkan pertumbuhan yang lebih pantas, dengan unjuran lima tahun CAGR sebanyak 5%-21% menurut penyelidikan baharu daripada Omdia. Walaupun nilainya lebih kecil berbanding perkhidmatan syarikat telekomunikasi yang mantap seperti data mudah alih, TV berbayar dan jalur lebar, namun pasaran yang berkembang pesat ini bakal bernilai $513 bilion menjelang tahun 2027 di mana dua bidang terbesar ialah permainan digital dan video dalam talian.

Consumer digital revenue opportunity vs. integrated service provider relevance 2022-27
Consumer digital revenue opportunity vs. integrated service provider relevance 2022-27

Jonathan Doran, Penganalisis Utama Strategi Pengendali Pengguna Digital Omdia  mengulas: "Penyedia perkhidmatan mesti melihat melangkaui data dan mempelbagaikan ke pasaran digital yang berkaitan untuk membolehkan pertumbuhan perniagaan pengguna syarikat telekomunikasi mereka yang berterusan. Banyak daripada syarikat telekomunikasi ini telah melabur dalam hiburan TV dan video dalam talian, namun mereka juga boleh meneroka pasaran lain yang sedang berkembang pesat. Adalah penting untuk mengguna pakai strategi pasaran bersasar dan model perniagaan yang tepat bagi memperoleh keseimbangan dalam mencapai kejayaan pasaran dan mengurangkan risiko kewangan".

Bidang-bidang lain yang menawarkan potensi masa depan yang kukuh untuk syarikat telekomunikasi termasuk perkhidmatan e-kesihatan dan kewangan, malah beberapa syarikat terkemuka telah mula melabur dalam bidang ini. SK Telecom memiliki kedai dalam talian yang paling popular di Korea Selatan dengan lebih 34 juta pelanggan aktif, manakala Vodacom South Africa pula mempunyai lebih 1.1 juta pengguna aktif bulanan (MAU) untuk perkhidmatan VodaPay miliknya.

Walau bagaimanapun, semua bidang pertumbuhan ini akan menghadapi persaingan yang sengit daripada syarikat-syarikat berskala hiper - khususnya syarikat gergasi teknologi global seperti Google, Amazon, Meta dan Apple. "Dalam kebanyakan bidang ini, syarikat telekomunikasi perlu menerima hakikat bahawa persaingan secara langsung adalah tidak realistik dan menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat tersebut bukan sahaja lebih pragmatik, malah akan turut mengukuhkan produk dan jenama mereka sendiri," jelas Doran. "Penanda Aras Strategi Pengendali Pengguna Digital Omdia menunjukkan bahawa lebih banyak penyedia perkhidmatan melabur secara aktif dalam bidang perkhidmatan tertentu - termasuk melalui kerjasama - di mana semakin besar kesan pasaran yang mereka perolehi, meletakkan mereka pada kedudukan yang lebih baik untuk memperoleh bahagian yang lebih besar daripada pendapatan pasaran keseluruhan".

"Quantifying the Consumer Telco Opportunity – 2023" (Mengukur Peluang Syarikat Telekomunikasi Pengguna) iaitu sebuah laporan terperinci menyediakan analisis dan cerapan yang diperolehi daripada alat data yang berkaitan serta kajian kes pengendali individu daripada Omdia bagi membantu para penyedia perkhidmatan membangunkan pelan hala tuju perkhidmatan digital masa depan mereka.

TENTANG OMDIA 

Omdia, sebahagian daripada syarikat Informa Tech, ialah sebuah kumpulan penyelidikan dan penasihat teknologi. Pengetahuan mendalam kami tentang pasaran teknologi digabungkan dengan pemahaman kami yang boleh dilaksana bagi memperkasakan organisasi untuk membuat keputusan pertumbuhan yang bijak.

Fasiha Khan / Telefon: +44 7503 666806 / E-mel: Fasiha.khan@informa.com / Laman Web: www.omdia.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2050555/Consumer_digital_revenue_opportunity_vs__integrated_service_provider_relevance_2022_27.jpg?p=medium600

Source: Omdia
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Survey, Polls & Research