omniture

TrinaTracker Lancar Vanguard 2P Generasi Baharu Dengan Sistem Kawalan Berbilang-Motor

TrinaTracker
2023-04-12 10:00 109

CHANGZHOU, China, 12 April 2023 /PRNewswire/ -- TrinaTracker, penyedia penyelesaian penjejak pintar di bawah Trina Solar (SHA: 688599), mengumumkan pelancaran global generasi kedua penjejak Vanguard 2P, dilengkapi dengan sistem kawalan berbilang-motornya yang terkini.


Konfigurasi 2P dan ciri-ciri reka bentuk cerucuk yang berkurangan terbukti dapat mengurangkan kos BOS secara signifikan, terutamanya untuk penggemburan tanah yang sukar dan senario dengan keperluan cerucuk yang lebih tinggi. Persekitaran yang sukar itu semakin lazim di peringkat global dengan pengurangan tanah rata untuk loji solar. Vanguard 2P (penjejak dua-dalam-potret paksi-tunggal) menjadi produk utama TrinaTracker sejak pelancaran pertamanya pada tahun 2021. Bearing sfera berpaten mencegah salah jajaran dan meminimumkan geseran serta mengurangkan masa dan kos pemasangan. Keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) modul dan penjejak Trina Solar yang berterusan menjadikannya benar-benar serasi dengan modul berkuasa ultra tinggi dan memaksimumkan penjanaan kuasa loji solar. Menjelang penghujung tahun 2022, TrinaTracker telah menyerahkan 3GW penjejak Vanguard 2P di peringkat global.

Generasi kedua Vanguard 2P menggunakan sistem kawalan berbilang-motor untuk menggantikan kaedah mekanikal asal. Dalam sistem pemacu baharu, pengawal utama menghantar arahan dan pengawal sekunder menerima arahan untuk memandu motor. Mekanisme pintar yang dibangunkan sendiri ini membolehkan penyegerakan berbilang motor bagi mengelakkan kegagalan struktur yang mungkin berlaku, yang dapat menjimatkan masa dan kos operasi serta penyelenggaraan.

Selain daripada sistem kawalan berbilang-motor, generasi kedua Vanguard 2P turut meningkatkan keserasian struktur dengan modul-modul bersaiz lebih besar sehingga 695W. Kesemua penambahbaikan ini mengurangkan kos sistem, menurunkan kos tenaga teraras (LCOE) dan lebih sepadan dengan tapak-tapak yang paling mencabar.

Menghadiri acara pelancaran tersebut, Andrew Gilhooly, Ketua Utiliti, Penyelesaian Komersial dan Perindustrian untuk Trina Solar Asia Pacific, berkata: "Sejak beberapa tahun yang lalu, kami menyaksikan semakin banyak projek di tapak-tapak dengan rupa bumi cerun, padang pasir dan kawasan berhampiran pantai. Ini memerlukan komponen solar bagi memenuhi standard kualiti yang lebih ketat dan melibatkan pembangunan yang lebih inovatif untuk beroperasi di bawah senario yang sukar itu. Generasi kedua Vanguard 2P bermatlamat untuk mengatasi cabaran berkenaan dengan jayanya."

TrinaTracker mempunyai pengalaman selama 19 tahun dalam pembangunan dan pengilangan penjejak solar, merupakan satu-satunya jenama penjejak solar dengan pusat R&D baik di Eropah dan Asia. TrinaTracker berdedikasi untuk terus membawa nilai yang lebih baik kepada pelanggan dengan struktur yang lebih andal, platform pintar serta perkhidmatan kitar hayat profesional.

Source: TrinaTracker
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services