- Mountain Dew mendekatkan para peminat kepada francais pecah panggung penuh aksi itu
PURCHASE, New York, 17 Mac 2014 /PRNewswire/ -- #DEWXMENDOFP – Mountain Dew® hari ini mengumumkan perkongsian rasmi peringkat antarabangsa dengan filem X-MEN: Days of Future Past keluaran 20th Century Fox, filem pecah panggung yang paling dinanti-nantikan pada musim panas ini, sekali gus menandakan permulaan kempen bertenaga yang bakal menyaksikan Mountain Dew mendekatkan lagi para peminat kepada filem itu.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140317/NY83390
Dengan barisan pelakon bintang terkenal antarabangsa termasuk Hugh Jackman, James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Halle Berry, Ian McKellan dan juga Patrick Stewart di bawah arahan Pengarah Bryan Singer, filem ketujuh dalam francais X-MEN ini menyatukan para bintang merentasi generasi X-MEN bagi memaparkan kisah perjalanan kebaikan melawan kejahatan yang epik.
Berdasarkan lebih sedekad yang penuh dengan perkongsian hiburan yang berjaya, Mountain Dew sedang melancarkan promosi hiburan antarabangsanya yang paling besar setakat ini. Sebagai pasukan yang hebat, perkongsian Mountain Dew dan X-MEN: Days of Future Past mencetuskan kempen mengasyikkan dan mengutamakan peminat oleh Mountain Dew, yang mencapai "Dew Nation" di hampir 30 negara.
Kurt Frenier, Naib Presiden, Pembangunan Jenama Global, Minuman, PepsiCo memberi komen: "Mountain Dew ialah jenama global yang dipacu dengan semangat ekspresi diri, keyakinan serta ketulenan, kualiti yang turut sama terpahat dalam francais filem X-MEN yang ikonik. Bagi meraikan semangat yang dikongsi bersama ini, kami teruja dapat menyediakan program yang mengasyikkan bagi para peminat dan pelanggan kami di seluruh dunia. Program ini padat dengan kandungan yang menarik minat, pengalaman yang lebih berharga daripada wang dan juga promosi eksklusif, semuanya direka bagi membawakan mereka lebih dekat kepada apa yang dijangka bakal menjadi filem pecah panggung paling hebat pada musim panas ini."
Kempen promosi ini melibatkan para pengguna dalam hampir setiap titik sentuh perniagaan yang boleh difikirkan – daripada dalam kedai dan pembungkusan kenang-kenangan istimewa yang memaparkan watak X-MEN: Days of Future Past, dan juga hadiah yang menarik, sehinggalah kepada program pawagam tersuai khusus, iklan televisyen global serta platform digital dan sosial yang berkongsi kandungan belakang tabir yang eksklusif.
Anna Roca, Naib Presiden Kanan Promosi Antarabangsa di 20th Century Fox pula berkata: "Kami teruja dapat mengalu-alukan Mountain Dew ke dalam dunia X-MEN: Days of Future Past. Sikap barisan peminat asas mereka yang penuh bertenaga dan dahagakan cabaran memang mirip dengan sikap francais itu sendiri – manakala jangkauan antarabangsa mereka pula membantu membawakan para mutan kegemaran kita itu ke lebih banyak tempat berbanding sebelum ini."
Nota kepada Para Editor:
Latar belakang PepsiCo:
PepsiCo ialah peneraju makanan dan minuman global dengan hasil bersih sebanyak lebih $65 bilion dan portfolio produk yang termasuklah 22 jenama yang menjana lebih $1 bilion setiap satunya daripada segi jualan runcit tahunan. Perniagaan utama kami - Quaker, Tropicana, Gatorade, Frito-Lay serta Pepsi-Cola – menghasilkan ratusan makanan dan minuman lazat yang digemari seluruh dunia. Kakitangan PepsiCo disatukan oleh komitmen tersendiri kami untuk pertumbuhan mampan dengan melabur dalam masa hadapan yang lebih sihat bagi orang ramai dan planet kita, yang kami percaya turut menjanjikan masa hadapan yang lebih berjaya untuk PepsiCo. Kami namakan komitmen ini Prestasi dengan Matlamat. Inilah janji PepsiCo untuk menyediakan kepelbagaian makanan dan minuman, daripada kudapan hinggalah makanan sihat; untuk mencari cara inovatif bagi meminimumkan impak kami ke atas alam sekitar dengan menyimpan tenaga serta air di samping mengurangkan bilangan pembungkusan; untuk menyediakan tempat kerja yang bagus bagi semua kakitangan kami; dan untuk menghormati, menyokong dan turut melabur dalam masyarakat tempat kami beroperasi. Bagi maklumat lanjut, sila lawati www.pepsico.com.