omniture

Jenama Perkakas Berabad-abad Lamanya Paris Rhône Perluas Perniagaannya kepada Sistem Storan Tenaga

Paris Rhône Energy
2023-04-12 22:00 107

PARIS, 12 April 2023 /PRNewswire/ -- Paris Rhône Energy, jenama baharu di bawah Paris Rhône, syarikat perkakas elektrik dengan sejarah selama lebih 100 tahun, baru-baru ini memperkenalkan sistem tenaga rumah pertamanya, PEX Series semua-dalam-satu. Syarikat ini melancarkan PEX Series melalui Indiegogo pada 11 April.

"Dengan kebimbangan global tentang sekuriti tenaga dan harga kekal agak tinggi, semakin banyak keluarga yang sedang mempertimbangkan penyelesaian baharu untuk bekalan kuasa rumah mereka. Menggunakan sistem storan tenaga dapat membantu keluarga menjimatkan wang ke atas bil mereka dalam tempoh jangka panjang dan menerima pakai teknologi tenaga bersih juga dapat membantu pembangunan yang lestari," kata ALAIN DAVID V. Ketua Pegawai Eksekutif Paris Rhône.

Digelar oleh syarikat ini sebagai sistem tenaga rumah yang paling berkuasa seumpamanya, PEX Series menyediakan penyelesaian storan tenaga yang dapat mengecas pantas hingga penuh hanya dalam satu setengah jam kepada pengguna. Penyelesaian ini memberi keandalan dan sekuriti kepada pengguna sewaktu diperlukan, seperti waktu penggunaan puncak atau sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik. Dengan masa pemindahan sifar-milisaat UPS (Bekalan Kuasa Tanpa Gangguan), bekalan kuasa pengguna boleh bertukar serta-merta kepada mod bekalan sandaran bateri sebaik sahaja berlaku pemutusan kuasa grid.

Paris Rhône Energy melancarkan Sistem Tenaga Rumah melalui Indiegogo pada 11 April 2023
Paris Rhône Energy melancarkan Sistem Tenaga Rumah melalui Indiegogo pada 11 April 2023

Penyelesaian berasaskan solar ini membolehkan input solar sebanyak 15,600W. Dengan output AC sehingga 12,000W, PEX Series dapat memberi kuasa kepada seluruh isi rumah secara bebas apabila mengambil kira kuasa yang diperlukan untuk kehidupan harian sebuah keluarga, seperti menggunakan komputer riba, memberi kuasa kepada peti ais bagi memastikan makanan segar atau mengecas kenderaan elektrik Tesla. Sementara itu, kapasiti boleh diperluas daripada 10.24kWj hingga 76.8kWj membolehkannya memberi kuasa sandaran sehingga 10 hari.

Pengetahuan teknikal kukuh yang digunakan secara tidak menonjol menjadikan produk ini sebagai penyelesaian ideal untuk penggunaan jangka panjang, kerana sistem ini sesuai untuk lebih 10,000 pengecasan. Tambahan pula, Paris Rhône Energy memberi jaminan 10-tahun yang komprehensif untuk mengatasi kebimbangan pengguna. Produk ini turut menggunakan sel bateri LFP amat selamat yang terkemuka dalam industri yang mempunyai kelajuan pengecasan lebih pantas dan jangka hayat yang lebih lama berbanding sel bateri tradisional dalam pasaran.

PEX Series menerima pakai reka bentuk modular untuk pemasangan yang senang dan cepat, memberi kemudahan yang lebih besar kepada pengguna. Di samping itu, ia boleh dikawal dan dipantau dari jauh menggunakan aplikasi mudah alih berguna yang menggunakan teknologi IoT canggih.

"Selama lebih seabad, Paris Rhône memfokuskan kepada penjana yang meletakkan asas kukuh untuk pembangunan Paris Rhône Energy. Kami percaya tenaga pintar menjadikan kehidupan lebih baik dan bermatlamat untuk membawa produk storan tenaga yang lebih profesional dan berkualiti tinggi demi kehidupan pintar dan lestari di seluruh dunia," tambah ALAIN DAVID V.

Paris Rhône Energy turut merancang pelancaran penyelesaian tenaga luarnya - Siri PEO, dengan butiran lanjut akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Latar Belakang Paris Rhône Energy

Paris Rhône Energy ialah jenama di bawah Paris Rhône, sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1915 dan merupakan subsidiari Guangdong SACA Precision Manufacturing Co., Ltd (Kod Saham:300464)sekarang. Paris Rhône mengkhusus dalam penyelidikan dan pembuatan elektronik selama lebih seabad dan komited terhadap produk storan tenaga yang lestari dan lebih bersih. Dengan lebih 100 paten dalam segmen sistem storan tenaga, Paris Rhône juga merupakan sebuah syarikat teknologi tenaga terkemuka yang menyediakan penyelesaian perisian grid kuasa termaju, sistem sandaran dan kuasa utama untuk aplikasi rumah dan industri, penyelesaian storan solar+bateri, platform loji janakuasa maya serta alatan dan kelengkapan berkuasa enjin dan bateri.

Dengan Tenaga Pintar Menambah Baik Kehidupan (Smart Energy Bettering Life) sebagai misinya, Paris Rhône Energy membangunkan tiga siri produk storan tenaga, termasuk HE: Tenaga Rumah, OE: Tenaga Luar dan SES: Penyelesaian Tenaga Pintar. Ia bertujuan untuk mencipta produk storan tenaga yang lestari dan lebih bersih yang menambah kemudahan kepada kehidupan harian orang ramai dan meningkatkan kualiti hidup keseluruhan mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://igg.me/at/parisrhone   

Cari Paris Rhône Energy:

Kumpulan Pelancaran Global PEX Paris Rhône: https://www.facebook.com/groups/parisrhone.pex

Facebook: https://www.facebook.com/ParisRhoneEnergy

Instagram: https://www.instagram.com/parisrhone.energy/

Twitter: https://twitter.com/ParisrhoneE

Linkedin: https://www.linkedin.com/company/87128055/

YouTube: https://www.youtube.com/@ParisRhone_Energy

Source: Paris Rhône Energy
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Environmental Products & Services Utilities New products/services