omniture

Sphera dan ERM Bekerjasama untuk Menghasilkan Penyelesaian ESG Operasi Perusahaan yang Terkemuka di Amerika Latin

Sphera
2023-04-14 08:02 0

Kerjasama ini menggabungkan penyelesaian perisian Sphera yang terkemuka dalam industri dengan kepakaran teknikal ERM yang mendalam untuk memperkasakan para pelanggan termasuk YPF, sebuah syarikat tenaga di Argentina, dalam mencapai matlamat kelestarian dan ESG mereka 

CHICAGO, 14 April 2023 /PRNewswire/ -- Sphera, sebuah syarikat penyedia khidmat rundingan, data dan perisian pengurusan risiko serta prestasi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang terkemuka di dunia dan ERM, sebuah syarikat yang mengkhusus dalam khidmat rundingan kelestarian terbesar di dunia, telah bergabung tenaga dalam usaha membantu para pelanggan mencapai strategi kelestarian dan ESG mereka di pasaran Amerika Latin.

Ini mengukuhkan lagi hubungan Sphera yang telah lama terjalin dengan ERM sebagai rakan kongsi penggunaan perisian. Keupayaan Sphera menghasilkan keseragaman dan pendigitalan bagi penyelesaian pelaporan dan pengumpulan data kelestarian yang serba lengkap, digabungkan dengan perkhidmatan kelestarian dan kepakaran teknikal ERM yang mendalam, membantu organisasi mengubah program kelestarian dan ESG mereka bagi memenuhi matlamat strategik dan pada masa yang sama turut mendorong ketelusan data serta menjimatkan masa dan kos.

Sphera dan ERM bekerjasama untuk membantu menyelesaikan perjalanan transformasi digital YPF, sebuah syarikat tenaga terkemuka di Argentina. Beralih daripada pengumpulan dan analisis data secara manual kepada proses yang lebih kemas memperkasakan YPF untuk mencapai matlamat kelestarian dan sifar karbonnya. Dengan menggunakan perisian Kelestarian Korporat SpheraCloud (SCCS), data alam sekitar YPF dikumpulkan daripada 150 buah lokasi ke dalam sebuah repositori tunggal yang mengurangkan masa pengumpulan data daripada 15 hari kepada sehari dan membolehkan pakar mengalihkan tumpuan mereka kepada analisis data. Projek ini telah disokong oleh keupayaan kelestarian ERM yang sangat luas serta pengetahuannya tentang undang-undang tempatan.

Perniagaan memerlukan data yang boleh dipercayai, boleh diaudit dan boleh diukur bagi menghasilkan laporan kelestarian yang telus. Penyelesaian kelestarian dan ESG Sphera dan ERM membantu syarikat mengumpul, mengurus dan berkongsi data serta sumber mereka di seluruh unit perniagaan bagi menjana cerapan berpandangan jauh yang dapat meningkatkan operasi secara berterusan.

Platform teknologi Perisian sebagai Perkhidmatan Sphera iaitu SpheraCloud, menghubungkan semua bahagian organisasi pelanggan—alam sekitar, kesihatan dan keselamatan (EHS), operasi, perniagaan dan teknologi—pada sebuah platform digital sepenuhnya yang membolehkan syarikat mengoperasikan ESG mereka. Ini membolehkan perniagaan melihat risiko ESG mereka dengan lebih baik serta mengawal tindakan yang diperlukan untuk memacu prestasi ke arah sasaran. Perisian Kelestarian Korporat Sphera membolehkan pengguna mengumpul data pelepasan gas rumah hijau (GHG) dengan mudah, mengira jejak karbon organisasi mereka secara automatik dan melaporkan prestasi kelestarian mereka kepada pihak berkepentingan di dalam dan luar organisasi dengan lancar. Sphera diiktiraf sebagai peneraju perisian EHS di pasaran dalam laporan "Kuadran Hijau: Perisian EHS 2023" Verdantix atas keupayaannya yang hebat ini.

Pakar strategik dan teknikal ERM di seluruh dunia membantu para pelanggannya memupuk kelestarian di semua peringkat organisasi di sepanjang kitaran hayat perniagaan. Pakar pelaksanaan digital, perkhidmatan berfokuskan ESG dan pendekatan pengurusan perubahan syarikat pula membantu pelanggan mengubah proses pengumpulan dan pengesahan data mereka dengan lancar agar pelaburan perisian mereka dapat dioptimumkan untuk mendapatkan cerapan dan tarikan data yang lebih baik berhubung keperluan pelaporan alam sekitar, kesihatan dan keselamatan (EHS) mereka. ERM telah diiktiraf sebagai peneraju dalam Kuadran Hijau "Perkhidmatan Pelaksanaan Teknologi EHS Digital" Verdantix 2022.

"Dengan tekanan kawal selia, pelabur dan pengguna yang semakin meningkat, pelan hala tuju yang ditakrifkan dengan jelas serta data dan ukuran yang tepat perlu diperoleh untuk menghasilkan laporan kelestarian yang kukuh dan telus," kata Michael Cochran, Ketua Pegawai Pendapatan Sphera. "Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan ERM dalam menyediakan syarikat-syarikat dengan alat—perisian, data, perundingan, pengurusan perubahan dan latihan—yang mereka perlukan bagi memenuhi matlamat ESG, meningkatkan kelestarian dan memastikan pematuhan mereka. Mendayakan organisasi untuk mengambil pendekatan pengurusan prestasi yang proaktif dan bersepadu dapat memperkasakan perniagaan dalam melindungi kakitangan, aset dan komuniti mereka."

"ERM sedang memperluas ekosistem rakan kongsinya dan kami teruja untuk bekerjasama dengan Sphera dalam menyokong pelanggan global kami menggunakan kaedah transformasi yang tepat bagi membantu membimbing perjalanan kelestarian mereka," kata Gerard Spans, Rakan Pengurusan Perkhidmatan Digital ERM. "Pengalaman ERM dalam membantu syarikat menangani cabaran kelestarian mereka serta penyelesaian kelestarian dan EHS Sphera yang terkemuka, menjadikan kerjasama ini sejajar secara semula jadi. Melalui kerjasama ini, kami membolehkan para pelanggan kami mengamalkan pematuhan dalam usaha mereka mengumpulkan data dan menghasilkan pelaporan ESG agar berjaya mencapai matlamat ESG mereka yang tinggi."

Victoria Travetto, Ketua Pelaksanaan Projek di YPF berkata, "Kerjasama antara Sphera dengan ERM telah membawa perubahan dalam usaha kelestarian kami. Proses kami telah diubah menjadi suatu penyelesaian yang bersepadu dalam menjejaki parameter alam sekitar, meningkatkan ketelusan dengan pihak berkepentingan dan menjana cerapan untuk memacu prestasi ke arah pengurusan air, pelepasan bukan GHG dan penghasilan sisa yang lebih baik."

Tentang Sphera
Sphera ialah syarikat penyedia yang terkemuka bagi perkhidmatan perundingan, data dan perisian pengurusan risiko serta prestasi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang memberi tumpuan kepada Alam Sekitar, Kesihatan, Keselamatan & Kelestarian (EHS&S), Pengurusan Risiko Operasi (ORM), Pengawasan Produk dan Pengurusan Risiko Rantaian Bekalan (SCRM). Selama lebih 30 tahun, kami telah memberikan perkhidmatan kepada lebih 7,000 pelanggan dan lebih sejuta pengguna di 80 buah negara untuk membantu syarikat memastikan para pekerja mereka selamat, produk mereka lestari dan operasi mereka produktif. Ketahui lebih lanjut tentang Sphera di www.sphera.com. Ikuti Sphera di LinkedIn.

Tentang ERM
ERM merupakan sebuah perniagaan kelestarian. Sebagai syarikat yang mengkhusus dalam perundingan kelestarian terbesar di dunia, ERM bekerjasama dengan organisasi-organisasi terkemuka di dunia untuk mewujudkan penyelesaian kelestarian yang inovatif dan menyingkap peluang-peluang komersial yang dapat memenuhi keperluan hari ini sambil memelihara peluang untuk generasi akan datang.

Pasukan ERM yang pelbagai dengan lebih 7,500 orang pakar bertaraf dunia di lebih 170 buah pejabat di 39 buah negara membantu pelanggan di seluruh organisasi untuk melaksanakan kelestarian. Melalui kepakaran teknikal ERM yang mendalam, pelanggan berada pada kedudukan yang baik untuk menangani isu-isu EHS, risiko dan sosial mereka. ERM menamakan keupayaan ini sebagai pendekatan "boots to boardroom" - sebuah model perkhidmatan komprehensif yang membolehkan ERM membangunkan penyelesaian teknikal dan strategik yang dapat memajukan objektif sama ada di peringkat bawahan atau di peringkat eksekutif. Ketahui lebih lanjut tentang ERM di www.erm.com

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Astrid Dickinson
sphera@aspectusgroup.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1907993/Sphera_v2_Logo.jpg?p=medium600 

 

 

Source: Sphera
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Utilities Contracts Licensing/marketing agreements New products/services Offerings