omniture

CGTN: China ambil langkah memperdalam pembaharuan, memperluas keterbukaan, memajukan pemodenan Cina

CGTN
2023-04-15 02:06 38

Wilayah Guangdong di Selatan China dilihat sebagai pelopor bagi pembaharuan dan keterbukaan negara.

BEIJING, 15 April 2023 /PRNewswire/ -- Semasa lawatan pemeriksaan beliau ke Guangdong mulai Isnin hingga Khamis, Presiden Cina Xi Jinping menegaskan pentingnya untuk kekal teguh dalam memperdalam pembaharuan secara komprehensif dan memperluaskan keterbukaan standard tinggi serta menggesa wilayah tersebut untuk menjadi peneraju dalam memajukan pemodenan Cina.

'Khazanah negara'

Pada hari Isnin, Presiden Xi melawat Bandar Zhanjiang di Wilayah Guangdong dan belajar tentang usahanya mengukuhkan perlindungan terhadap hutan bakau di Simpanan Semula Jadi Negara Bakau Zhanjiang, iaitu hutan bakau tunggal yang terbesar di China.

Menggelar hutan bakau sebagai khazanah negara, Xi berkata, "Kita harus melindungi hutan bakau seperti mana kita melindungi mata kita."

Tatkala negara ini memajukan perkembangan "tamadun ekologi", melindungi tanah lembap, termasuk hutan bakau, semakin mendapat tumpuan. Menurut data rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Asli China, kira-kira 55 peratus tanah lembap bakau di China berada di bawah perlindungan negara, lebih tinggi berbanding purata dunia iaitu 25 peratus.

Data turut menunjukkan bahawa hutan bakau China telah meningkat daripada 22,000 hektar pada tahun 2001 kepada 27,000 hektar pada hari ini, berlatarbelakangkan kemerosotan global.

China akan membina sebuah pusat bakau antarabangsa di Shenzhen, kata Presiden Xi dalam ucapan video di majlis pembukaan Mesyuarat ke-14 Persidangan Pihak-pihak Pejanji untuk Konvensyen Ramsar mengenai Tanah Lembap (COP14) November lalu.

'Pintu keterbukaan China tidak akan pernah tertutup'

Pada hari Rabu, Presiden Xi melawat pangkalan pembuatan LG Display di Guangzhou yang mana beliau belajar tentang usaha Guangzhou untuk menggalakkan keterbukaan peringkat tinggi dan memajukan pembangunan yang berkualiti tinggi dalam pembuatan dan bagaimana perusahaan tempatan meningkatkan inovasi dan membina jenama-jenama mereka sendiri.

Di tengah-tengah pertumbuhan ekonomi global yang lembap, China mempercepatkan pembinaan paradigma pembangunan baharu dan menambah baik persekitaran perniagaannya, menurut Xi, menambah bahawa kelebihan pasaran China akan menjadi lebih jelas.

Beliau menyuarakan harapan agar pelabur-pelabur asing akan merebut peluang untuk datang ke China, ke Guangdong dan ke Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau untuk bertapak kukuh dalam pasaran Cina dan bagi mencipta kegemilangan baharu demi pembangunan perniagaan.

Di bawah dasar keterbukaan standard tinggi, China telah memperkenalkan beberapa langkah untuk menyamakan kedudukan, agar syarikat-syarikat asing dapat menikmati persekitaran perniagaan yang lebih baik di negara ini.

Tahun lalu, China memperbaharui Katalog Industri-industri Digalakkan untuk Pelaburan Asing, yang melaksanakan kadar cukai import sementara yang lebih rendah berbanding negara-negara yang paling digemari untuk 1,020 komoditi dan mengurangkan lagi kadar tarif negara yang paling digemari untuk 62 produk IT. Paras tarif keseluruhannya akan menurun daripada 7.4 peratus kepada 7.3 peratus selepas pelarasan.

China telah mewujudkan pelbagai platform untuk mendekati syarikat-syarikat luar negara seperti Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE), Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China dan Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China.

Pada tahun 2022, pelaburan langsung asing (FDI) di tanah besar China, menurut penggunaan sebenar, meningkat sebanyak 8 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada $189.13 bilion.

Semasa melawat pusat penyelidikan dan pembangunan Guangzhou Automobile Group Co., Ltd., Xi turut menegaskan dasar pembaharuan dan keterbukaan Cina akan tetap tidak berubah untuk tempoh yang lama dan pintu keterbukaan China tidak akan pernah tertutup.

"Kami bersedia untuk bertemu separuh jalan dengan semua negara yang bersedia untuk bekerjasama dengan kami demi hasil yang saling menguntungkan bagi menggalakkan kemakmuran bersama dan pembangunan ekonomi dunia," kata presiden Cina.

'Langkah demi langkah yang mantap'

Presiden Xi turut menjanjikan usaha padu bagi memajukan pemacu pemodenan negara semasa lawatan pemeriksaan ini.

Beliau melawat kebun laici serta koperasi longan dan laici pada hari Selasa untuk mengetahui tentang usaha tempatan bagi membangunkan industri penanaman yang tersendiri dan memajukan penggiatan semula luar bandar di Kampung Baiqiao di Perbandaran Genzi, Bandar Gaozhou, Maoming.

"Bagi memajukan pemodenan Cina, kita harus menggalakkan penggiatan semula luar bandar secara komprehensif dan menyelesaikan masalah pembangunan yang tidak seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar," ujar Xi.

Penyepaduan antara pertanian, e-dagang dan pelancongan merupakan satu kejayaan untuk Kampung Baiqiao bagi merealisasikan penggiatan semula luar bandar. Menjelang tahun 2022, pendapatan per kapita penduduk kampung dianggarkan mencecah sekitar 51,000 yuan ($7,410).

Xi memberitahu penyelidik, usahawan, pekerja dan wakil daripada perusahaan yang dibiayai di luar negara bahawa pemodenan Cina adalah berdasarkan kepada realiti China, selaras dengan keadaan negaranya dan dengan matlamat, rancangan serta strategi yang jelas.

"Kami akan berusaha dengan mantap, langkah demi langkah untuk maju ke hadapan [pemodenan Cina]," kata Xi di pusat penyelidikan dan pembangunan Guangzhou Automobile Group Co., Ltd., menambah bahawa pemodenan Cina pada asasnya berbeza daripada pemodenan Barat dan China tidak boleh mengambil jalan pemodenan Barat, yang mana menurut beliau melibatkan polarisasi dan merampas daripada negara-negara lain, kerana ia tidak akan berjaya.

https://news.cgtn.com/news/2023-04-13/China-takes-steps-to-deepen-reform-opening-up-advance-modernization-1iYtOEeCkVO/index.html

 

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Survey, Polls & Research