omniture

Olight sambut ulang tahun ke-16 mereka dengan pelbagai alatan pencahayaan dan Kempen Kesedaran Autisme

OLIGHT E-COMMERCE TECHNOLOGY CO., LTD
2023-04-15 21:00 120

SHENZHEN, China, 15 April 2023 /PRNewswire/ -- Dengan satu kepercayaan yang mudah — Tiada sesiapapun yang patut dibiarkan dalam kegelapan, Olight, sebuah syarikat alatan pencahayaan terbukti dalam industri telah melangkah ke tahun ke-16 menerangi dunia. Ia menyambut ulang tahun ini melalui acara besar-besaran, yang terdiri daripada Majlis Pelancaran Produk Baharu Dalam Talian, Kempen Kesedaran Autisme dan Semakan Pemenuhan Janji Jenama.

Olight April New Product Release
Olight April New Product Release

Sebagai sambutan yang amat dinanti-nantikan, Majlis Pelancaran Produk Baharu Dalam Talian Olight dipenuhi dengan banyak item baharu yang merangkumi pelbagai kategori pencahayaan dan alatan praktikal. Antara produk-produk baharu ini, satu penambahan telahpun dibuat kepada siri lampu ambien Olight — Obulb Plus; yang menjadi tumpuan, hasil daripada cahayanya yang berwarna-warni yang dikawal oleh Aplikasi dan suis sentuh baharu Olight, menyokong kawalan berkumpulan, irama muzik dan fungsi-fungsi lain. Selain itu, lampu EDC uniknya — i16 Olight Blue, dihadiahkan kepada pelanggan setianya sebagai penghargaan atas sokongan mereka. Dengan begitu banyak elemen luar biasa, majlis pelancaran ini menjadi satu sensasi.

"Terangi Dunia Anda" ("Illuminate Your World") menjadi misi Olight sejak penubuhannya, selain turut menjadi panduan untuk melibatkan Olight dalam perjuangan untuk menambah baik dunia. Semasa acara ulang tahun ini, Olight mengadakan Kempen Kesedaran Autisme di 13 negara, melibatkan hantaran #OwarenessForAutism yang dikongsi dalam Facebook Group mereka dan Jualan Kesedaran Autisme menerusi lampu suluh EDC eksklusif — Edisi Kesedaran Autisme i5T sebagai usaha untuk membantu meningkatkan kesedaran tentang autisme di seluruh dunia dan meningkatkan kehidupan buat semua. Semua hasil daripada jualan akan didermakan kepada 13 organisasi seluruh dunia bagi menunjukkan sokongan mereka.

Dipacu oleh orientasi-pelanggan, Olight menguar-uarkan pemenuhan janji jenama mereka yang diperkenalkan pada tahun 2022. Bertumpu sekitar teknologi & inovasi produk yang berterusan dan menyediakan pengalaman pelanggan yang cemerlang, Olight tidak berputus asa untuk melakar pencapaian hebat sepanjang tahun. Lampu luar mereka — Marauder Mini dan lampu EDC sumber dwi cahaya — Arkfeld mendapat sambutan yang luar biasa dalam kalangan pelanggan globalnya. Di samping itu, Olight merupakan jenama pertama yang ditauliahkan dengan SIJIL AKREDITASI MAKMAL CNAS dalam industri pencahayaan luar di China dan memperoleh 123 paten berkaitan inovasi produk.

Acara sambutan ulang tahun ke-16 Olight merupakan percampuran antara penghargaan kepada pelanggan dan menyumbang kembali kepada dunia. Bagaimana Olight akan terus menjadi jenama yang berkembang luas berbekalkan misi yang cerah? Nantikan.

Latar Belakang Olight

Ditubuhkan pada tahun 2007, Olight berdedikasi untuk menawarkan produk pencahayaan berkualiti tinggi, termasuk lampu EDC, lampu luar, lampu ambien, lampu depan dan sebagainya.

 

 

 

 
Source: OLIGHT E-COMMERCE TECHNOLOGY CO., LTD
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Retail New products/services