omniture

General Motors Menamakan KATCON GLOBAL sebagai Pembekal Terbaik Tahun 2022

KATCON GLOBAL
2023-04-17 18:00 0

SANTA CATARINA, Mexico, 17 April 2023 /PRNewswire/ -- General Motors telah mengiktiraf KATCON sebagai Pembekal Terbaik Tahun 2022. GM meraikan penerima anugerah pada majlis anugerah Pembekal Terbaik (Supplier of the Year atau SOY) tahunannya yang ke-31 di San Antonio, Texas.

Katcon - 2022 SOY Award
Katcon - 2022 SOY Award

Anugerah Pembekal Terbaik GM mengiktiraf pembekal global yang dapat membezakan syarikat mereka melebihi syarat yang ditetapkan GM, seterusnya menyediakan teknologi inovatif dan antara yang berkualiti tertinggi dalam industri automotif kepada para pelanggan. Ini merupakan kali ke-5 KATCON menerima anugerah ini dan kali yang ke-3 dalam tempoh 7 tahun yang lalu.

"Ketika kami meraikan 30 tahun sejak Katcon mula beroperasi, anugerah berprestij yang hanya diberikan kepada kurang 0.5% daripada kesemua pembekal ini kami dedikasikan kepada semua pekerja kami, keluarga mereka dan para pembekal kami di seluruh dunia kerana mereka semua berhak mendapat penghargaan untuk pencapaian ini," kata Carlos Turner, Ketua Pegawai Eksekutif Katcon. "Katcon memperbaharui komitmennya terhadap strategi dan momentum jangka panjang GM; tawaran produk kami untuk platform ICE (penyelesaian pengurusan ekzos, selepas rawatan dan haba) serta penggunaan EV (bahan ringan, penutup bateri dan komponen modul bateri) terus sejajar dengan evolusi dan matlamat GM."

"Kami teruja untuk mengiktiraf pembekal cemerlang ini selepas berlalunya satu lagi tahun yang mencabar dalam industri automotif," kata Jeff Morrison, Naib Presiden Rantaian Bekalan dan Pembelian Global GM. "Mereka telah mengatasi begitu banyak halangan dan memberikan contoh bagaimana untuk terus berdaya tahan, bijak dan tekad. Selain itu, pembekal-pembekal ini menunjukkan komitmen mereka terhadap inovasi yang lestari dan mendorong penyelesaian canggih melalui kerjasama dengan pasukan GM."

Setiap tahun, penerima anugerah Pembekal Terbaik GM dipilih oleh pasukan GM global yang bersilang fungsi berdasarkan prestasi mereka dalam kriteria seperti Pembelian Produk, Perkhidmatan Pembelian dan Pembuatan Global, Penjagaan Pelanggan serta Selepas Jualan dan Logistik.

Tentang KATCON 

KATCON (https://katcon.com) ialah sebuah syarikat global perkhidmatan penuh peringkat pertama yang menyediakan penyelesaian untuk Sistem Ekzos dan Selepas Rawatan, Penebat Haba, Penutup Bateri dan komponen modul serta Bahan Ringan Canggih untuk di atas dan di luar jalan raya, tugas ringan dan berat, petrol, diesel, hibrid dan penggunaan EV di seluruh dunia. Katcon ialah sebuah syarikat kebanggaan Mexico yang dimiliki dan dikendalikan secara persendirian, yang terdiri daripada pangkalan pekerja yang pelbagai dan bermotivasi tinggi merangkumi lebih 20 kewarganegaraan dengan kehadiran aktif di Mexico, Amerika Syarikat, Luxembourg, Poland, Jerman, Korea Selatan, India dan China.

General Motors (NYSE:GM) ialah sebuah syarikat global yang memberi tumpuan kepada memajukan masa depan serba elektrik yang inklusif dan boleh diakses oleh semua. Teras bagi strategi ini ialah platform bateri Ultium yang akan menguasakan segala-galanya daripada pasaran besar-besaran hingga kenderaan berprestasi tinggi. General Motors, anak-anak syarikatnya dan entiti usaha samanya menjual kenderaan di bawah jenama Chevrolet, Buick, GMC, Baojun dan Wuling. Maklumat lanjut tentang syarikat ini dan anak-anak syarikatnya termasuk OnStar, iaitu peneraju global dalam perkhidmatan keselamatan dan keterjaminan kenderaan, boleh didapati di https://www.gm.com

#Katcon #Exhaust #Aftertreatment #ICE #Mexico #ThermalInsulation #Composites #EV #BatteryEnclosures

HUBUNGAN:
José De Nigris - info@katcon.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/2053741/Katcon___2022_SOY_Award.jpg

Source: KATCON GLOBAL
Keywords: Auto Transportation Awards