omniture

Pertandingan "Internet + " dianjurkan oleh Chongqing University beri inspirasi kepada pelajar seluruh dunia berinovasi, mulakan perniagaan

Chongqing University
2023-04-18 11:21 120

CHONGQING, China, 18 April 2023 /PRNewswire/ -- Kejohanan bagi Pertandingan Inovasi "Internet+" dan Keusahawanan Pelajar Kolej Antarabangsa China Kelapan ("Pertandingan") melabuhkan tirai pada 9 April, di Perbandaran Chongqing, barat daya China, dengan enam pasukan terbaik membentangkan hasil kajian mereka dalam pelbagai bidang termaju iaitu Kecerdasan Pintar, kembar digital dan pengimejan pengkomputeran.

Kesemua pasukan terdiri daripada pelajar kolej dari dalam dan luar negara. Diadakan pada 9 April, pertandingan pada tahun ini juga merupakan Forum Keusahawanan Global untuk Pelajar Kolej yang pertama.

Sejak pertandingan tahun ini dimulakan pada April 2022, sejumlah 14.5 juta pelajar dari 4,554 kolej dan 111 negara dan wilayah mendaftar untuk acara ini, menyerahkan 3.4 juta projek penyelidikan. Ia merupakan kali pertama pertandingan ini berupaya menarik minat lebih 10 juta peserta.

Selepas pemilihan dan penilaian yang ketat, empat pasukan Cina dan dua pasukan negara asing mara ke peringkat akhir. Selepas persaingan yang sengit dan pembentangan projek mereka yang menarik, pelajar dari Nanjing University of Science and Technology memenangi kejohanan ini atas kajian kreatif mereka yang bertajuk Light and Shadow – Perintis bagi Pengimejan Pengkomputeran Pintar Inframerah Berbilion Piksel.

"Kami mewarisi semangat pendahulu kami dan bekerja siang dan malam selama lima tahun untuk merealisasikan sebuah impian. Saya boleh mengatakan dengan bangganya di sini bahawa kami berjaya melakukannya!" kata Wang Bowen, ahli pasukan juara.

Pertandingan ini, mula diadakan pada tahun 2015, setakat ini mengundang kira-kira 9.43 juta pasukan yang menampilkan 39.83 juta pelajar kolej, bermatlamat untuk menggalakkan dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk berinovasi dan memulakan perniagaan mereka sendiri.

Lebih bersifat Cina, lebih bertaraf antarabangsa, lebih berpendidikan, lebih komprehensif dan lebih inovatif - sejak yang pertama diadakan pada tahun 2015, Pertandingan ini telahpun membina sebuah platform dengan aktif untuk pendidikan yang komprehensif.

Ia menarik minat 6.03 juta pasukan dan 25.33 juta pelajar kolej dari 120 negara dan wilayah untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Set angka ini menandakan semangat inovasi dan keusahawanan belia yang semakin meningkat; acara ini teleh menjadi tempat permulaan untuk membantu ramai anak muda merealisasikan impian inovasi dan keusahawanan mereka.

Sejak lapan tahun yang lalu, pertandingan ini telah menghimpunkan puluhan juta pelajar kolej dari lebih 120 negara dan wilayah. Sebuah platform pertukaran pendidikan berciri global dan ekosistem inovasi dan keusahawanan luar biasa telahpun dibentuk.

 

Source: Chongqing University
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Internet Technology Telecommunications