omniture

VENTURE GLOBAL MENGUMUMKAN KEJAYAAN MENAIKKAN BUMBUNG UNTUK TANGKI PENYIMPANAN KEDUA DI LNG PLAQUEMINES

Venture Global LNG
2023-04-18 13:18 0

ARLINGTON, Virginia, 18 April 2023 /PRNewswire/ -- Venture Global LNG hari ini mengumumkan kejayaan menaikkan bumbung untuk tangki penyimpanan LNG kedua di kemudahan eksport LNG Plaquemines di Plaquemines Parish, Louisiana. Pencapaian projek utama ini telah disiapkan lebih awal daripada yang dijadualkan dan berjaya dilakukan hanya tujuh minggu selepas menaikkan bumbung untuk tangki pertama.

Plaquemines LNG
Plaquemines LNG

"Hari ini mewakili satu lagi pencapaian penting dalam pembinaan LNG Plaquemines, dengan kedua-dua bumbung kini telah dinaikkan untuk tangki yang dibina bagi Fasa Pertama," kata Mike Sabel, Ketua Pegawai Eksekutif Venture Global LNG. "Dengan Fasa Pertama berada dalam pembinaan serta baru-baru ini menerima FID (Keputusan Pelaburan Muktamad) dan notis penuh untuk meneruskan Fasa Kedua, Plaquemines berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi kapasiti LNG utama baharu yang seterusnya untuk menjangkau pasaran global." 

Ini adalah tangki kedua daripada sejumlah empat tangki untuk LNG Plaquemines. Apabila beroperasi nanti, ia akan mampu menyimpan sebanyak 200,000 m3 LNG. Berat bumbungnya ialah 900 tan dan berdiameter 294 kaki. Penggunaan teknik "air raising" (kenaikan dengan udara) membolehkan akses yang lebih baik dan lebih selamat serta penjadualan pembinaan yang lebih pantas, oleh kerana bumbung dapat dibina secara serentak dengan rangkanya. Kubah tangki tersebut telah dinaikkan dalam masa 71 minit menggunakan 0.3 psi tekanan udara yang diberikan dari bawah bumbung tersebut. Ia telah dinaikkan dari aras lantai ke bahagian atas dinding dengan ketinggian 130 kaki. Tangki tersebut akhirnya akan mempunyai tangki dalaman yang diperbuat daripada 9% aloi nikel dengan dinding luar dan bumbung luar yang diperbuat daripada konkrit untuk menyediakan pengurungan penuh LNG serta menyediakan tahap ketahanan dan keselamatan yang maksimum. 

Tentang Venture Global
Venture Global ialah sebuah syarikat pembekal LNG A.S. jangka panjang kos rendah yang diperoleh dari lembangan gas asli Amerika Utara yang kaya dengan sumber. Kemudahan pertama Venture Global iaitu Calcasieu Pass, memulakan pengeluaran LNG pada bulan Januari 2022. Syarikat ini juga sedang membina atau membangunkan kapasiti pengeluaran tambahan sebanyak 60 MTPA di Louisiana untuk menyediakan tenaga bersih dan berpatutan kepada dunia. Syarikat ini sedang membangunkan projek Pemerangkapan dan Sekuestrasi Karbon (CCS) di setiap kemudahan LNG miliknya.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2055676/Venture_Global_new_tank.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2031724/venture_Logo.jpg?p=medium600 

Source: Venture Global LNG
Keywords: Construction/Building Gas Oil/Energy Utilities Corporate Expansion New products/services