omniture

Bandar-bandar Terkaya di Dunia pada tahun 2023

Henley & Partners
2023-04-18 16:00

LONDON, 18 April 2023 /PRNewswire/ -- Jika dilihat dari aspek bilangan jutawan pemastautin, bandar-bandar di Amerika Syarikat dan China mendominasi senarai 10 Bandar Terkaya di Dunia manakala hanya sebuah bandar di Eropah iaitu London, memasuki senarai tahun 2023 tersebut yang diterbitkan hari ini oleh firma penghijrahan pelaburan antarabangsa,Henley & Partners dengan kerjasama firma risikan kekayaan global, New World Wealth.

Bandar Raya New York dinobatkan sebagai bandar terkaya di dunia dengan memiliki 340,000 orang jutawan, manakala dua lagi hab kekayaan Amerika iaitu — Los Angeles dan Kawasan Teluk San Francisco serta Los Angeles — menduduki tempat ke-3 dan ke-6, dengan memiliki 285,000 dan 205,400 orang individu bernilai bersih tinggi masing-masing (nota: HNWI ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai kekayaan boleh dilabur yang melebihi USD1 juta dan semua nilai dibundarkan kepada 100 terdekat).

Tokyo, yang menerajui kumpulan tersebut sejak sepuluh tahun yang lalu, jatuh ke tempat ke-2 dengan 290,300 orang jutawan manakala London, bandar terkaya di dunia sejak bertahun-tahun lamanya, jatuh ke tempat ke-4 dengan 258,000 pemastautin HNWI. Negara kota Singapura yang dianggap secara meluas sebagai bandar paling mesra perniagaan di dunia dan merupakan salah sebuah destinasi paling popular untuk para jutawan yang berhijrah, menduduki tempat ke-5 dengan jutawan pemastautin seramai 240,100 orang, manakala Sydney berada di tempat ke-10 dengan seramai 126,900 orang jutawan. Sebagai salah sebuah subbandar kediaman yang paling eksklusif di dunia, Sydney telah mengalami pertumbuhan kekayaan yang sangat kukuh sejak 20 tahun yang lalu dan diunjurkan bakal berada dalam senarai Teratas 5 bandar terkaya di dunia menjelang tahun 2040.

China menampilkan tiga buah bandar dalam senarai 10 Bandar Terbaik dengan Hong Kong (129,500 orang jutawan), Beijing (128,200 orang) dan Shanghai (127,200 orang) menduduki tempat ke-7, ke-8 dan ke-9 masing-masing. Beijing dan Shanghai telah meningkatkan kedudukannya sepanjang dekad yang lalu, manakala Hong Kong pula telah mengalami kemerosotan dengan menurun dari tempat ke-4 pada tahun 2012 ke tempat ke-7 pada masa ini.

Dr. Juerg Steffen, Ketua Pegawai Eksekutif Henley & Partners berkata, "7 daripada 10 bandar terkaya di dunia terletak di negara-negara yang menganjurkan program penghijrahan pelaburan secara rasmi dan menggalakkan pelaburan langsung asing secara aktif sebagai balasan untuk hak kediaman atau kewarganegaraan yang diberikan."

AS dan China turut mendominasi senarai 10 Teratas bagi kategori bandar paling pesat berkembang yang melibatkan jutawan pemastautin sepanjang dekad yang lalu. Salah sebuah destinasi percutian paling popular di China iaitu Hangzhou, mengungguli carta dengan pertumbuhan jutawan sebanyak 105% antara tahun 2012 hingga 2022, manakala Shenzhen dan bandar pelabuhan Guangzhou turut mengalami perkembangan HNWI yang signifikan pada kadar 98% dan 86% masing-masing. Tiga lokasi yang paling pesat berkembang bagi para jutawan di AS ialah Austin (pertumbuhan pemastautin HNWI sebanyak 102%), West Palm Beach (90%) dan Scottsdale (88%). India menampilkan dua buah bandar dalam senarai 10 Teratas — Bengaluru (88%) dan Hyderabad (78%) — manakala dua lokasi terakhir jatuh kepada bandar Sharjah, hab kebudayaan UAE (84%) dan Bandar Raya Ho Chi Minh di Vietnam (82%) yang muncul dengan pantas sebagai hab kekayaan unggul seterusnya di Asia.

Ketua Penyelidik New World Wealth, Andrew Amoils, menyatakan bahawa tarikan kekayaan tradisional turut mengalami pertumbuhan yang amat kukuh sejak sedekad yang lalu. "Dikatakan sebagai tempat kediaman yang paling selamat di dunia untuk golongan kaya raya, purata kekayaan bagi seseorang yang tinggal di Monaco adalah melebihi USD10 juta, menjadikannya bandar dalam senarai kedudukan teratas berdasarkan kekayaan per kapita. Ia juga merupakan bandar termahal di dunia dengan harga pangsapuri yang melebihi USD35,000 bagi setiap satu meter persegi. Dubai merupakan sebuah lagi pusat kekayaan antarabangsa yang terkemuka, dengan kadar cukai yang rendah menjadikannya sebagai daya penarik bagi para jutawan yang berhijrah dari seluruh dunia. Kira-kira 3,500 individu bernilai bersih tinggi telah berpindah ke bandar tersebut pada tahun 2022 sahaja."

Sila baca Siaran Akhbar Lengkap dan Laporan Bandar Terkaya di Dunia 2023

 

 

Source: Henley & Partners
Keywords: Banking/Financial Service Education Publishing/Information Service Travel Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research