![]() |
James membawa pengalaman industri selama 30 tahun dengan 10 tahun pengalaman terkini di PRA Group.
NORFOLK, Virginia, April 18, 2023 /PRNewswire/ -- PRA Group, Inc. (NASDAQ: PRAA) ("Syarikat"), peneraju global dalam bidang perolehan dan kutipan pinjaman tidak berbayar, telah mengumumkan pelantikan Owen James sebagai pegawai pelaburan global yang akan berkuat kuasa pada 7 April. PRA Group turut mengumumkan hari ini bahawa Chris Graves, Naib Presiden Eksekutif merangkap Pegawai Pelaburan dan Analisis Global, akan bersara atas sebab-sebab kesihatan peribadi berkuat kuasa pada 12 Mei 2023.
James telah berkhidmat dengan PRA Group selama lebih sedekad dengan menyandang jawatan terbaharu sebagai Pengarah Urusan Pemerolehan. Beliau telah memimpin pelaburan Syarikat ini di Eropah dan berkhidmat dalam pasukan pengurusan kanan Eropah. Sepanjang lima tahun yang lalu, perniagaan PRA Group di Eropah telah menunjukkan hasil yang kukuh dan telah berkembang menjadi pemacu yang penting kepada prestasi keseluruhan Syarikat dengan lebih daripada $2 bilion dilaburkan dalam portfolio di 11 pasaran Eropah. Pada tahun 2022, James juga mula mengetuai pelaburan di pasaran Australia. James menyertai PRA Group semasa Syarikat ini pertama kali memasuki Eropah melalui pengambilalihan Mackenzie Hall Holdings pada tahun 2012.
"Saya berbesar hati dapat berkhidmat dalam jawatan ini di PRA Group ketika Syarikat ini meneruskan pertumbuhannya yang mengagumkan di lokasi-lokasi geografi yang berkembang. Saya teruja untuk melaksanakan strategi pelaburan global yang berjaya—dengan mewujudkan dan memanfaatkan potensi pasaran global PRA serta membangunkan prinsip-prinsip asas seperti disiplin penetapan harga," kata James.
James mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam industri pinjaman tidak berbayar global, operasi terkemuka, pembangunan perniagaan dan pelaburan. Sebelum menyertai PRA Group, beliau bertugas selama lebih 15 tahun dalam pelbagai jawatan kanan di Intrum Justitia, sebuah syarikat perkhidmatan hutang dan pembeli yang utama di Eropah.
James menggalas tanggungjawab untuk pelaburan portfolio global PRA Group dan menyertai pasukan kepemimpinan kanan yang melaporkan terus kepada Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Vikram "Vik" Atal.
"Pengetahuan Owen yang luas tentang industri, pengalaman dalam PRA Group serta rekod kejayaan globalnya telah menjadikan beliau calon yang sangat sesuai untuk memacu strategi pelaburan global kami. Beliau akan membantu kami berkembang ke pasaran yang lebih baharu dan terus meneroka peluang secara aktif untuk mengembangkan perniagaan teras kami kepada pelbagai pelanggan, produk dan lokasi geografi, seterusnya memantapkan kedudukan kami sebagai sebuah perusahaan global," kata Atal. "Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Chris atas sumbangan beliau yang besar kepada PRA Group sepanjang 17 tahun yang lalu dan kami mendoakan yang terbaik untuk beliau yang kini menumpukan perhatian kepada kesihatan dan keluarga beliau."
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan PRA Group untuk 17 tahun yang luar biasa. Syarikat ini kini berada di tangan seorang yang cemerlang dengan adanya Owen yang berkhidmat sebagai pegawai pelaburan global, dan saya berasa yakin dengan keupayaan beliau untuk mengendalikan peningkatan bekalan yang kami jangkakan berlaku dalam beberapa bulan akan datang," kata Graves.
Tentang PRA Group
Sebagai peneraju global dalam memperoleh dan mengutip pinjaman tidak berbayar, PRA Group, Inc. memulangkan modal kepada bank dan pemiutang lain untuk membantu mengembangkan perkhidmatan kewangan kepada para pengguna di Amerika, Eropah dan Australia. Dengan beribu-ribu pekerja di seluruh dunia, syarikat-syarikat PRA Group bekerjasama dengan para pelanggan untuk membantu mereka menyelesaikan hutang mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pragroup.com.
Hubungan Media:
Elizabeth Kersey
Naib Presiden Kanan, Komunikasi dan Dasar Awam
(757) 431-3398
Elizabeth.Kersey@PRAGroup.com
Hubungan Pelabur:
Najim Mostamand, CFA
Naib Presiden, Perhubungan Pelabur
(757) 431-7913
IR@PRAGroup.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/819349/PRA_Logo.jpg?p=medium600