omniture

RS Components Mengumumkan Rakan Kongsi Perkhidmatan Sebut Harga PCB Pertamanya di Asia Pasifik untuk Alat PCB DesignSpark

RS Components
2014-03-19 11:00 126

Perkongsian baharu dengan Huaqiang dan P-Ban akan membantu para jurutera rekaan di Asia memendekkan tempoh kitaran konsep kepada prototaip daripada berbulan-bulan menjadi berminggu-minggu sahaja

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Mac 2014 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar dengan perkhidmatan tinggi yang menerajui dunia untuk produk elektronik dan penyelenggaraan, telah mengumumkan Huaqiang PCB (Huaqiang) dan juga P-Ban.Com Corporation Japan (P-Ban) sebagai rakan kongsi pertamanya di Asia Pasifik (APAC) yang menawarkan perkhidmatan Sebut Harga Papan Litar Tercetak (PCB) dalam talian serta-merta melalui perisian PCB DesignSpark. Perkongsian ini akan memberi faedah kepada para jurutera rekaan di Asia dengan akses kepada pusing balik pengeluaran PCB yang pantas daripada segi jumlah prototaip, lalu mengurangkan tempoh kitaran konsep kepada prototaip daripada berbulan-bulan menjadi berminggu-minggu sahaja.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

"Perkongsian RS Components dengan Huaqiang dan P-Ban untuk menyediakan perkhidmatan Sebut Harga PCB mengukuhkan lagi kepentingan pasaran APAC kepada perniagaan kami. Kombinasi reputasi mantap rakan kongsi kami, rangkaian penghantaran luas dan juga hubungan yang mendalam dengan para jurutera bermakna kuantiti prototaip rendah untuk pengeluaran PCB kini boleh didapati pada kos yang lebih berdaya saing dengan masa pusing balik lebih pantas untuk para pengguna PCB DesignSpark di Asia," kata Eric Lee, Ketua Pemasaran Teknikal Serantau RS Components di Asia Pasifik.

Apabila Huaqiang dan P-Ban sudah turut serta sebagai rakan kongsi perkhidmatan Sebut Harga PCB Asia RS Components, para jurutera di APAC kini boleh menikmati sokongan yang lebih kuat untuk pengeluaran PCB. Kedua-dua syarikat tidak mengenakan kuantiti pesanan minimum untuk pengeluaran PCB, lalu membuatkan mereka ideal untuk menyokong keperluan jurutera rekaan bagi penghasilan prototaip sehinggalah kepada peringkat pengeluaran kumpulan produk.

Sebagai pengeluar PCB utama di kawasan Rantau Besar China, Huaqiang mampu memusing balik kuantiti yang sangat sedikit daripada proses sebut harga sehingga penghantaran produk dalam masa beberapa hari sahaja.

P-Ban ialah pengeluar PCB terbesar dengan kemampuan eDagang di Jepun dengan lebih 20,000 pelanggan antara syarikat Jepun yang utama.

Pada tahun 2012, RS Components telah memperkenalkan perkhidmatan Sebut Harga PCB sebagai ciri merintis industri perisian PCB DesignSpark. Dengan hanya satu klik butang "PCB Quote" dalam perisian itu, para jurutera boleh menghantar fail penghasilan PCB dengan serta-merta kepada sejumlah rakan kongsi pengeluar PCB bagi mendapatkan sebut harga. Ini membenarkan para jurutera memilih pengeluar PCB yang mereka inginkan serta membuat pesanan dengan serta-merta.

Tambahan lagi, dengan fungsi Sebut Harga BOM (Bil Bahan) dalam perisian PCB DesignSpark, seorang pengguna boleh mengisi BOM itu dengan serta-merta dengan harga dan kesediaan stok terkini daripada laman web RS Components tempatan, hanya dengan satu klik. Kemudian, pengguna tersebut boleh terus membuat pesanan kepada RS Components untuk keseluruhan barisan pemasangan itu. Dengan penghantaran pada hari sama RS Components yang pantas, keseluruhan kitaran rekaan dan penghasilan kini sudah disepadukan sepenuhnya, lalu membolehkan para jurutera menggunakan masa mereka yang berharga untuk mereka bentuk produk yang lebih baik dan bukan menghabiskan masa dengan menggesa penghantaran pelbagai komponen serta PCB itu sendiri.

"Kami dengan bangganya mengumumkan perkongsian dengan RS Components pada hari ini, kerana ia sejajar dengan reputasi kami untuk kecemerlangan perkhidmatan melalui penghantaran pantas dan mudah kepada para pelanggan. Melalui kerjasama ini, kami mampu menyediakan pengeluaran PCB yang lebih pantas untuk para jurutera seluruh dunia, lalu memendekkan masa konsep kepada penghasilan untuk para pengguna DesignSpark," kata Carl Zhang, Pengurus Besar Huaqiang. "Kami komited untuk bekerjasama dengan RS Components untuk memendekkan tempoh kitaran pembangunan produk, lalu mengurangkan kos penyelidikan dan pembangunan, dan turut memainkan peranan kami bagi menyokong inovasi dalam industri elektronik global."

"Sebagai pengeluar PCB eDagang yang menerajui di Jepun, kami komited untuk menyokong para jurutera pada setiap peringkat kerja mereka – daripada penghasilan prototaip kepada penghasilan besar-besaran dan pada kualiti serta nilai tertinggi," kata Yasunobu Goto, Ketua Pegawai Pengendalian di P-Ban. "Oleh itu, kami berbangga dapat bekerjasama dengan RS Components bagi menawarkan perkhidmatan Sebut Harga PCB yang akan memberi perangsang besar kepada kitaran rekaan PCB, lalu menjimatkan masa selama berminggu-minggu bagi para jurutera."

Disebabkan reka bentuk produk canggih dan kemampuan sebut harga dalam talian serta-merta yang dimilikinya, PCB DesignSpark telah menyaksikan kadar penggunaan yang luar biasa tingginya dengan lebih 200,000 pengguna seluruh dunia dan telah menjadi "perisian sumber terbuka" pilihan untuk berkongsi dan melakukan kolaborasi bagi reka bentuk dan projek.

"Perniagaan kami berpusatkan usaha menyokong para jurutera sepanjang keseluruhan proses daripada peringkat konsep sehinggalah penghasilan. Kami sentiasa menginovasi bagi membantu para jurutera mencari, mereka bentuk dan turut membeli dengan mudah melalui laman web kami. Fungsi Sebut Harga PCB dan Sebut Harga BOM ialah alatan yang kami telah bina bagi meringkaskan proses rekaan jurutera, lalu membantu mereka memenuhi cabaran untuk permintaan masa pusing balik prototaip yang lebih pantas dan masa ke pasaran yang lebih pendek," simpul Eric.

Latar belakang Huaqiang PCB
Huaqiang PCB telah ditubuhkan pada tahun 2011, di bawah Shenzhen Huaqiang Group. Ia merupakan syarikat berteknologi tinggi yang menyediakan penghasilan papan litar sampel, allegro serta kumpulan jualan secara profesional.

Syarikat ini komited untuk mengeluarkan papan litar sisi tunggal/sisi berganda dan juga berbilang lapisan yang berketepatan tinggi bagi menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk syarikat berteknologi tinggi, unit penyelidikan saintifik dan juga syarikat produk elektronik dalam pasaran tempatan dan asing.

Kami menumpukan perhatian terhadap nilai pelanggan dan turut menawarkan kepantasan penghantaran berkecekapan tinggi serta perkhidmatan selepas jualan yang bertaraf lima bintang, agar menjadi salah satu daripada pembekal jenama yang paling dipercayai dalam industri PCB.

Latar belakang P-Ban.com
P-Ban.com ialah syarikat PCB (Papan Litar Tercetak) e-dagang terbesar di Jepun dengan lebih 20,000 pengguna dalam kalangan syarikat Jepun yang utama.

Ia merupakan jenama andal yang menyokong bekalan PCB melalui kilang yang diberikan perakuan ISO9001 dengan kualiti tertentu, harga yang terendah bagi standard perindustrian, dan juga rekod penghantaran menepati masa sebanyak 99.99%.

Kami berbangga dapat menyediakan dan turut memperkenalkan "Kualiti Jepun" kami dengan hebatnya ke seluruh dunia.

Ibu pejabat kami terletak di Tokyo, Jepun. Para pengeluar yang bekerjasama dengan kami terletak di Taiwan, Korea Selatan, tanah besar China, dan juga Jepun. Sebarang PCB daripada prototaip sehinggalah penghasilan besar-besaran tersedia pada kualiti dan nilai yang terbaik.

Memandangkan kualiti ialah salah satu misi terutama kami, kami sentiasa mengadakan pemeriksaan berkala di setiap kilang bagi memastikan kepuasan hati para pelanggan domestik kami.

Latar belakang RS Components

RS Components dan Allied Electronics ialah jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar dengan perkhidmatan tinggi yang menerajui dunia untuk produk elektronik dan penyelenggaraan. Dengan pengendalian di 32 negara, kami menawarkan kira-kira 500,000 produk melalui Internet, katalog dan juga di kaunter jualan kepada lebih satu juta pelanggan, dengan menghantar kira-kira 44,000 bungkusan setiap hari. Produk kami, disumberkan daripada 2,500 pembekal yang menerajui, termasuklah barangan elektronik, automasi serta kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrik dan juga mekanikal.

Electrocomponents disenaraikan dalam Bursa Saham London dan pada tahun kewangan lalu yang berakhir pada 31 Mac 2013, mempunyai hasil sebanyak GBP 1.24 bilion.

Bagi maklumat lanjut, sila lawati laman web kami di http://www.rs-components.com.

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745

Edelman Public Relations (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65- 6347-2355

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan berikut:
@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components pada Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

RS Components pada Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
http://www.electrocomponents.com

RS Components
http://www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

Sumber: RS Components

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Electronic Components Contracts New products/services