omniture

Interplex Berjaya Mencapai Penanda Aras Kelestarian Tertinggi

Interplex
2023-04-19 21:00

Pengeluar antara sambung ini mendapat pentauliahan platinum EcoVadis yang dihormati di seluruh dunia untuk tahun kedua berturut-turut serta dua anugerah di Asia Sustainability Reporting Awards  

SINGAPURA, 19 April 2023 /PRNewswire/ -- Pakar reka bentuk dan pembuatan canggih bagi penyambung tersuai dan penyelesaian produk berketepatan tinggi, Interplex telah memperkukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju kelestarian dengan menerima pentauliahan platinum daripada agensi penarafan, EcoVadis sekali lagi.

EcoVadis platinum accreditation
EcoVadis platinum accreditation

Dengan keperluan analisis yang menyeluruh bagi setiap aspek operasi perniagaan, pentauliahan kelestarian EcoVadis ini diiktiraf di semua sektor industri. Dengan memperoleh gred platinum tersebut, Interplex kini berada dalam kedudukan 1% terbaik daripada lebih 100,000 syarikat yang dinilai setiap tahun. Seterusnya, para pelanggan yang membeli produk Interplex kini mempunyai keyakinan penuh terhadap kelayakan etika dan alam sekitar syarikat ini. Selain menerima pentauliahan tahap premium EcoVadis, Interplex juga telah diberi pengiktirafan di majlis Asia Sustainability Reporting Awards (Anugerah Pelaporan Kelestarian Asia). Disenarai pendek dalam tiga kategori yang berbeza, syarikat ini telah menerima anugerah emas bagi Laporan Kelestarian Terbaik oleh Syarikat Swasta serta anugerah gangsa dalam kategori Pelaporan Iklim Terbaik.

Interplex telah melaksanakan pelbagai inisiatif kelestarian dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Inisiatif tersebut berkaitan dengan pengurangan jejak karbon, penambahbaikan kecekapan tenaga, pergantungan yang lebih tinggi terhadap tenaga elektrik yang dijana daripada sumber boleh baharu, pengurangan sisa, pengurusan bahan kimia yang lebih baik dan pemuliharaan air. Memastikan kesihatan/kesejahteraan kakitangan, meningkatkan kepelbagaian di tempat kerja, memberikan sokongan kepada komuniti serta menggalakkan kelestarian di seluruh rantaian bekalannya juga merupakan keutamaan yang penting. Interplex terus melakukan pelaburan berterusan yang besar dalam kelestarian serta mempunyai pasukan khusus yang ditempatkan di setiap lokasinya di seluruh dunia.

"Terdapat perubahan besar dalam landskap ini di mana kelestarian kini mempunyai pengaruh yang besar terhadap keputusan pembelian pelanggan. Oleh itu, pengauditan kelestarian yang terperinci perlu dijalankan oleh para pengeluar," jelas Ketua Pegawai Eksekutif Interplex, Alex Perrotta. "Kami telah melakukan usaha yang besar untuk menjadikan Interplex sebagai peneraju kelestarian dan dengan memperoleh pentauliahan tahap tertinggi EcoVadis telah menjadikan syarikat kami sebagai suri teladan kepada syarikat-syarikat lain untuk turut mencapainya."

"Kelestarian merupakan asas kepada strategi berterusan perniagaan kami," tambah Ketua Pegawai Kelestarian Interplex, Nantha Kumar Chandran. "Kami menyedari bahawa tindakan kami mempunyai kesan terhadap ekologi dan masyarakat serta berusaha untuk membendung kesan negatif sambil memaksimumkan hasil yang positif. Dengan mencapai penarafan platinum EcoVadis yang amat diidamkan ini, kami berada jauh di hadapan dalam persaingan. Ini bermakna pangkalan pelanggan kami di seluruh dunia mengetahui bahawa kami merupakan jenama yang boleh dipercayai oleh mereka."

Hubungan Akhbar: 

Interplex

Selvan Wilhelm
+33 6 74 71 80 47
Selvan.Wilhelm@fr.interplex.com 

Hubungan Agensi: 

Publitek AS

Erin McMahon
+1 630.962.7535
erin.mcmahon@publitek.com 

Publitek Jerman

Carsten Otte
+49 (0)4181 968098-80
carsten.otte@publitek.com 

Tentang Interplex

Interplex, sebuah syarikat peneraju di dunia dalam bidang reka bentuk dan pembuatan antara sambung tersuai serta penyelesaian produk mekanikal berketepatan tinggi, merupakan sumber pilihan untuk menyelesaikan cabaran reka bentuk yang rumit bagi pasaran e-mobiliti, perubatan serta teknologi maklumat & komunikasi (ICT). Kami mewujudkan nilai dengan membantu para pelanggan kami mengurangkan Jumlah Kos Pemilikan (TCO) mereka dan mencapai matlamat ini dengan memanfaatkan set kemahiran pelbagai disiplin kami yang unik daripada kedua-dua disiplin elektromekanikal dan mekanikal. Beribu pejabat di Singapura, Interplex mempunyai lebih 11,000 orang pekerja di 20 buah lokasi dan 13 buah negara serta 6 buat Pusat R&D utama di mana semua aktivitinya dijalankan dengan cara yang bertanggungjawab secara sosial serta kesan yang minimum terhadap alam sekitar.  Ketahui lebih lanjut di www.interplex.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2057515/ecovadis_platinum.jpg?p=medium600

 

Source: Interplex
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Mining/Metals Oil/Energy Utilities Awards Socially Responsible Investing