-- Anugerah itu Mengiktiraf Syarikat Peneraju yang Menjadikan Amalan dan Standard Perniagaan Beretika sebagai Unsur Utama dalam Objektif Pertumbuhan dan Prestasi mereka
NEW YORK, 21 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Institut Ethisphere, pusat penyelidikan bebas yang menggalakkan amalan terbaik daripada segi etika dan pematuhan korporat, hari ini mengumumkan pemilihan bagi 2014 World's Most Ethical Companies® (Syarikat Paling Beretika di Dunia 2014). Anugerah ini mengiktiraf syarikat yang berusaha sedaya upaya untuk tidak sekadar membuat kenyataan tentang menjalankan perniagaan dengan beretika, tetapi turut melaksanakannya. Pemenang anugerah Syarikat Paling Beretika di Dunia bukan sahaja menggalakkan amalan dan standard perniagaan yang beretika dalam perniagaan mereka sendiri, malah mereka turut menerapkan sekali teori "kapitalisme sedar" ke dalam apa jua yang mereka lakukan, setiap kakitangan yang mereka upah, dan juga setiap rakan kongsi yang mereka bawakan ke dalam rangkaian mereka bagi memastikan mereka memberikan nilai jangka panjang kepada pihak berkepentingan utama termasuk para pelanggan, pembekal, pengawal selia serta pelabur. Dengan menerajui industri mereka daripada segi pematuhan, pentadbiran korporat dan juga tanggungjawab sosial, Syarikat Paling Beretika di Dunia menjajarkan amalan perniagaan beretika secara berkesan dengan prestasi dan membentuk standard perniagaan beretika dalam industri masa hadapan.
"Ekonomi global kompleks dewasa ini boleh menjadikan keadaan semakin mencabar untuk syarikat memenuhi jangkaan prestasi, sambil menangani keperluan kawal selia, pematuhan dan juga kelestarian yang berbeza-beza mengikut aspek geografi dan budaya," kata Tim Erblich, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Ethisphere. "Cabaran ekonomi dan sosial global yang termasuk anti-korupsi, keselamatan dan juga privasi sedang memecut keperluan untuk syarikat dan organisasi menerima etika dan pentadbiran sebagai ciri wajib perniagaan yang sangat penting. Kegagalan untuk menetapkan standard dan amalan perniagaan beretika yang tertinggi pada keseluruhan organisasi boleh menyebabkan kesan buruk yang termasuklah impak manusia dan risiko pengendalian. Organisasi tersebut telah menyahut cabaran ini dan turut mengakui amalan perniagaan beretika yang menerajui membuka peluang yang tidak hadir sebelum ini untuk memberikan faedah organisasi signifikan yang ketara dan tidak ketara. Penerima anugerah tahun ini yang datang dari semua negara dan industri memahami program pematuhan yang cemerlang, pelaburan dalam budaya integriti korporat, serta etika perniagaan yang mantap mempunyai peranan penting dalam menarik dan turut mengekalkan bakat, memperluas perniagaan ke seluruh dunia serta memacu prestasi kewangan. Bersama, kami komited untuk mewujudkan amalan terbaik merentasi industri dan membangunkan alat penanda aras berkesan bagi mempengaruhi dan turut membantu organisasi lain menyahut cabaran bersama ini."
144 penerima anugerah tahun ini mewakili 41 industri dan termasuklah 21 penerima anugerah kali pertama. Pada tahun kelapan mereka untuk mengiktiraf syarikat, Ethisphere memberi penghormatan kepada kumpulan organisasi terbesar yang berpusat di luar AS – 38 organisasi dari 21 negara serta 5 benua.
"Rukun Ethisphere 'etika memacu prestasi' adalah seiring dengan kami dan sejajar dengan pendekatan Marriott untuk menjalankan perniagaan berterusan dengan integriti," kata Arne Sorenson, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Marriott International, Inc.
"Kami berbesar hati dapat diiktiraf sebagai salah satu Syarikat Paling Beretika di Dunia 2014 Ethisphere, kerana ia menekankan komitmen GE yang tidak berbelah bahagi kepada pelanggan kami, rakan kongsi perniagaan dan juga kakitangan untuk menjalankan perniagaan dengan integriti dan memimpin melalui teladan setiap hari," kata Brackett Denniston, Naib Presiden Eksekutif dan Penasihat Am GE.
"Gap Inc. berbesar hati untuk menerima penghormatan ini untuk tahun yang kelapan berturut-turut. Inilah bukti usaha gigih kakitangan kami yang luar biasa, serta prinsip etika yang memacu interaksi kami dan penting untuk pertumbuhan dan juga kejayaan masa hadapan kami," kata Wilma Wallace, Timbalan Penasihat Am dan Naib Presiden Gap Inc.
"Kami teruja kerana diberi penghormatan ini. Dipilih sebagai salah satu Syarikat Paling Beretika di Dunia 2014 menggariskan komitmen kami dalam mengekalkan tahap standard tertinggi yang penting bagi membina dan turut mengekalkan kepercayaan dengan pihak berkepentingan kami," kata Rodney O. Martin, Jr., Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ING AS. "Standard ini merupakan sebahagian daripada dasar dan nilai kami, dan lebih penting lagi, kami mengamalkannya dalam cara kami menjalankan perniagaan kami setiap hari. Saya bangga dengan kakitangan kami dan syarikat ini."
Penilaian Syarikat Paling Beretika di Dunia adalah berdasarkan kerangka kerja Ethics Quotient™ (Darjah Etika) Institut Ethisphere. Kerangka Darjah Etika telah dibangunkan selama beberapa tahun bagi menyediakan cara untuk menilai prestasi sesuatu organisasi dalam cara yang objektif, tekal dan juga terpiawai. Ethisphere tidak mengukur semua aspek pentadbiran, risiko, kelestarian, pematuhan serta etika korporat, sebaliknya ia mengumpul pensampelan menyeluruh ciri daya saing teras mengikut tarikh yang khusus. Kerangka kerja dan kaedah Darjah Etika telah ditentukan, diperiksa dan turut diperhalusi dengan nasihat dan maklumat pakar yang didapati daripada rangkaian Ethisphere yang terdiri daripada pemimpin pemikiran dan daripada Panel Penasihat Kaedah Syarikat Paling Beretika di Dunia. Markah dijana dalam lima kategori penting: program etika dan pematuhan (25%), reputasi, kepimpinan dan juga inovasi (20%), pentadbiran (10%), kerakyatan dan tanggungjawab korporat (25%), serta budaya etika (20%).
Senarai penuh Syarikat Paling Beretika di Dunia 2014 boleh ditemui di http://ethisphere.com/worlds-most-ethical/wme-honorees.
Ethisphere® Institute
Ethisphere® Institute ialah pusat penyelidikan, amalan terbaik dan juga kepimpinan pemikiran bebas yang menggalakkan amalan terbaik dalam etika dan pematuhan korporat serta membolehkan organisasi menambah baik pentadbiran, mengurangkan risiko dan turut mempertingkat perhubungan dengan kakitangan, rakan kongsi perniagaan, pelabur serta komuniti kawal selia yang luas. Ethisphere menilai dan menandakan aras program pematuhan dan pentadbiran, memberi penghormatan kepada pencapaian luar biasa melalui program pengiktirafan World's Most Ethical Company® dan turut menerbitkan Ethisphere Magazine. Ethisphere juga merupakan penyedia yang menerajui untuk pengesahan bebas etika korporat dan program pematuhan yang termasuklah Ethics Inside® Certification, Compliance Leader Verification™ dan juga Anti-Corruption Program Verification™.