omniture

Perintis Pengurusan Air Global Raih Anugerah Air Stockholm 2014

Stockholm International Water Institute
2014-03-21 16:00 85

STOCKHOLM, 21 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Profesor John Briscoe, yang berasal dari Afrika Selatan telah dipilih sebagai Penerima Anugerah Air Stockholm 2014 atas sumbangan beliau terhadap pengurusan air pada peringkat global dan tempatan, diilhamkan oleh komitmen padu untuk mempertingkat kualiti kehidupan penduduk bumi.

John Briscoe menetap di Amerika Syarikat dan turut mengajar di Universiti Harvard. Ketika dimaklumkan tentang anugerah tersebut, Profesor Briscoe menyatakan beliau "Amat terkejut dan sangat berbesar hati. Saya amat gembira dengan pengiktirafan yang diberikan untuk para pengamal pemikiran seperti saya."

Dalam petikannya, Jawatankuasa Anugerah Air Stockholm menyatakan Profesor John Briscoe "telah menggabungkan penyelidikan bertaraf dunia bersama pelaksanaan dasar dan amalan untuk menambah baik pembangunan serta pengurusan sumber air dan juga akses bagi mendapatkan air minuman dan sanitasi yang selamat."

Pada masa kini, dunia dilanda dengan pelbagai cabaran yang melibatkan air -- keselamatan air manusia dan biodiversiti diancam risiko, permintaan global terhadap air semakin meningkat manakala kemarau serta gejala banjir pula kian mengancam nyawa. Kesemua cabaran ini perlu ditangani secara bersama. Kehebatan Profesor Briscoe adalah pada hasil gabungan sains, dasar dan juga amalan yang memberikan cetusan idea yang tiada tandingan kepada beliau tentang kaedah pengurusan air yang dapat mempertingkat kualiti hidup manusia di seluruh dunia.

"Kesemua dasar perlu dinilai, sama ada ia mampu membawa perubahan ataupun tidak. Saya percaya segala usaha yang telah saya lakukan pada peringkat mikro lagi telah membantu saya menjadi pembuat dasar yang berkesan," kata Briscoe.

Pada tahun 1970, di Bangladesh, Briscoe telah mempelajari sendiri tentang infrastruktur bagi mengelakkan kejadian banjir dan kemarau yang dapat memperbaiki kehidupan masyarakat miskin. Di Mozambique, beliau mula memahami pembuat dasar yang berwibawa ialah individu yang dapat menyelesaikan masalah asasi yang dihadapi melibatkan pembinaan dan juga pengendalian infrastruktur.

Antara kejayaan yang telah dicapai oleh Profesor Briscoe ialah sumbangan beliau terhadap Strategi Air 2003 untuk Bank Dunia. Ia telah menyediakan penanda aras baharu, kreatif serta berkekalan bagi memberi kefahaman global terhadap keperluan untuk mempunyai institusi serta infrastruktur yang lebih baik dengan pelaksanaan melangkaui sektor air semata-mata.

Duli Yang Maha Mulia Raja Carl XVI Gustaf dari Sweden, Penaung bagi Anugerah Air Stockholm akan menyampaikan anugerah tersebut kepada John Briscoe di Majlis Anugerah Diraja pada 4 September ini, bersempena dengan Minggu Air Sedunia 2014. Anugerah Air Stockholm merupakan anugerah global yang diberikan pada setiap tahun oleh Stockholm International Water Institute. Penerima anugerah ini akan beroleh wang tunai sebanyak USD 150,000 serta hadiah ukiran perak dan kristal yang telah direka khas.

Bagi mendapatkan siaran akhbar penuh, foto dan video: http://www.siwi.org/SWP2014

Sumber: Stockholm International Water Institute

Source: Stockholm International Water Institute
Keywords: Environmental Products & Services Utilities Water Utilities Awards