omniture

Firma ekuiti persendirian terkemuka SKS Capital melabur dalam Grace Korea Selatan

SKS Capital
2023-04-24 07:06 112

Perjanjian itu akan membolehkan pengembangan pengedar jenama-jenama kecantikan terbesar Korea dalam pasaran Asia

TAIPEI, 24 April 2023 /PRNewswire/ -- Firma modal teroka dan ekuiti persendirian terkemuka, SKS Capital, mengumumkan pelaburan strategiknya dalam Grace, pengagregat jenama-jenama Kesihatan dan Kecantikan antarabangsa yang terbesar di Korea. SKS Capital merupakan pelabur utama dalam pendanaan Siri B dengan USD 5 juta.

Modal tersebut akan digunakan untuk meluaskan operasi perniagaan Grace dan mengejar peluang pertumbuhan di wilayah ini, memfokuskan untuk meluaskan operasi, mengambil bekerja kakitangan dan membangunkan tawaran perkhidmatan baharu.

Pengasas Grace, Abraham Cho berkata: "Strategi pengagregat jenama adalah untuk mempelbagaikan tawaran produk kami dan untuk bergantung pada industri Kesihatan dan Kecantikan yang tidak terjejas oleh kemelesetan. Dengan kepakaran SKS dalam pemasaran, pengedaran dan logistik, Grace akan dapat berubah menjadi pengusaha utama di Asia Tenggara."

Grace merupakan pembekal terbesar Olive Young, peruncit produk kesihatan dan kecantikan yang terbesar di Korea dan membekalkan kepada saluran dalam talian dan lebih 50,000 tempat jualan luar talian di Korea. Grace telah mengembangkan perniagaannya dengan bekerjasama dan mengeksport jenama-jenama Korea ke lebih 60 negara melalui saluran B2B dan D2C. Jenama-jenama kecantikan Korea menjadi semakin popular dalam kalangan pengguna Asia, memandangkan ramai yang tertarik dengan inovasi dan kualitinya.

SKS Capital akan menyokong pengembangan Grace dengan merapatkan hubungan di Asia Tenggara, iaitu di tempat SKS memiliki kehadiran yang kukuh dalam ekosistem kecantikan, termasuk rantaian bekalan, logistik, pengedar, pemegang lesen, e-dagang, peruncit dan hubungan bersama selebriti.

Pengasas SKS Capital Jack Chen berkata: "Grace sentiasa berjaya lantaran penggunaan data oleh mereka dan memanfaatkan gelombang K-beauty. Kini, menggabungkan modal dan sumber kami di lapangan di Asia Tenggara, kami akan dapat membantu Grace berkembang dan berjaya dengan lebih jauh lagi."

Menurut Grand View Research, pasaran kecantikan Asia-Pasifik dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) 8.2% dari tahun 2020 hingga 2027.

Perjanjian ini merupakan sebahagian daripada pelaburan strategik yang berterusan dalam sektor kecantikan dan penjagaan diri oleh SKS Capital, dengan ibu pejabatnya terletak di Shanghai dan Taipei. "Tumpuan utama kami adalah untuk mendapatkan pelaburan berpotensi di rantau APAC dan untuk memperkenalkan syarikat ini kepada pasaran-pasaran baharu bagi memacu kemajuan perniagaan," tambah Chen.

Latar Belakang SKS Capital

SKS Capital, ditubuhkan pada tahun 2017, ialah salah sebuah firma modal teroka dan ekuiti persendirian moden yang pertama di Asia mengkhusus dalam aspek pengguna, meliputi: jenama D2C kecantikan & kesihatan, makanan & minuman (F&B), saluran pengedaran, e-dagang, rantaian bekalan kecantikan dan teknologi pengupayaan pengguna. Ketahui lebih lanjut di https://skscapital.co/

 

Source: SKS Capital
Keywords: Banking/Financial Service Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Corporate Expansion Licensing/marketing agreements