LONDON, 24 April 2023 /PRNewswire/ -- LCM Partners (LCM) hari ini mengumumkan kejayaan penutupan akhir bagi Credit Opportunities 4 Strategy dengan jumlah komitmen modal sebanyak €4.1 bilion bagi seluruh dana bercampur bersama beberapa akaun yang diuruskan secara berasingan. Komitmen telah diterima daripada 23 rakan kongsi terhad dengan sokongan daripada ramai pelabur institusi terbesar di seluruh dunia termasuk pelan pencen, dana mahsul dan syarikat insurans dari Amerika Utara, Eropah dan Asia.
Ditubuhkan pada tahun 1998, Kumpulan ini telah berkembang menjadi salah sebuah pengurus pakar terbesar di Eropah dalam Kredit Swasta dengan rekod prestasi yang tiada tandingan dalam menguruskan pinjaman pengguna dan PKS. Dengan lebih 1,100 orang kakitangan di 14 buah pejabat yang terletak di 9 buah negara di Eropah, perniagaan ini bertanggungjawab terhadap nilai pinjaman bernilai €60 bilion. Disokong oleh sebuah pasukan pengurusan kanan yang telah wujud sejak tahun 2002 dan gudang data yang terdiri daripada data peringkat pinjaman ke pinjaman melibatkan lebih 5.3 juta pelanggan sejak penubuhannya, Credit Opportunities berjaya memperoleh kumpulan pinjaman berbayar, berbayar semula dan tidak berbayar yang pelbagai daripada bank dan institusi kewangan lain.
Paul Burdell, Ketua Pegawai Eksekutif LCM Partners berkata:
"Kami amat berbangga dapat menutup Credit Opportunities 4 Strategy dengan komitmen bernilai €4.1 bilion yang melangkaui sasaran asal kami dan menjadi bukti kepada kekuatan rekod prestasi kami selama 24 tahun. Kami teruja dapat bekerjasama dengan beberapa pelabur Kredit Swasta institusi yang paling berprestij di seluruh dunia dalam persekitaran pelaburan yang dijangka akan berterusan berada dalam keadaan yang sangat menggalakkan."
Adrian Cloake, Ketua Pegawai Maklumat LCM Partners menambah:
"Persekitaran kadar faedah yang semakin meningkat mewujudkan pelbagai peluang pelaburan pinjaman berbayar dan tidak berbayar. Tahun 2022 ialah tahun yang mencatatkan rekod penggunaan tertinggi bagi LCM dan saya yakin bahawa kami akan mencapai rekod baharu pada tahun 2023. Penyelesaian pengumpulan dana kami sememangnya tepat pada masanya."
Perhubungan Pelabur
LCM Partners
Tel: +44 203 457 5050
info@lcmpartners.eu
Nota kepada Editor:
LCM ialah salah satu pengurus aset alternatif terkemuka di Eropah yang mengkhusus dalam portfolio kredit pinjaman keseluruhan bagi pengguna dan PKS. LCM mempunyai dua strategi Hutang Swasta. Strategi tersebut adalah COPS (Credit Opportunities) yang melabur dalam kumpulan pinjaman berbayar, berbayar semula dan tidak berbayar yang berprestasi tinggi, dan SOLO (Strategic Origination and Lending Opportunities) yang merupakan strategi pinjaman langsung bersandarkan aset EU SFDR Artikel 8 yang bekerjasama dengan bank, syarikat kewangan dan syarikat pemajakan serta OEM dengan menyediakan pembiayaan produk pada tempat jualan. Brookfield Asset Management Ltd. mempunyai pegangan saham minoriti yang signifikan dalam LCM dan syarikat-syarikat Kumpulannya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web LCM di www.lcmpartners.eu