omniture

Kecekapan Tenaga Disediakan oleh Care-Energy/ Bagaimana Meningkatkan Keterlihatan Revolusi Tenaga dan Menjimatkan Wang

mk-group Holding GmbH
2014-03-25 05:41 118

HAMBURG, Jerman, 25 March 2014 /PRNewswire/ --

Dalam hanya satu hari mulai sekarang, pengguna akan mampu menjimatkan dua sen untuk kadar semasa tenaga elektrik – tidak mengira siapa pembekal tenaga elektrik mereka.

Care-Energy telah mengeluarkan tarif kecekapan tenaganya, tetapi apakah konsep di sebaliknya dan apakah faedahnya?

Pertamanya, tawaran ini disasarkan khusus kepada pelanggan kecekapan tenaga dengan penggunaan tahunan maksimum sebanyak 10,000 kWh (tenaga berguna daripada bekalan elektrik) – jika lebih banyak diperlukan, ia perlu dipohon secara berasingan.

Tarif itu sendiri terbahagi kepada tiga kumpulan utama.

1.) Tenaga daripada bekalan elektrik

Tidak kira siapa yang membekalkan tenaga elektrik, kos ini akan dikurangkan sebanyak dua sen per kWh dengan mengeluarkan kredit langsung, dengan jaminan selama 12 bulan (!). Care Energy hanya memantau aliran tenaga dan menyediakan nasihat untuk penggunaan cekap.

2.) Tenaga daripada gas asli, kayu api, batu arang & minyak

Tidak kira bahan api jenis apa yang anda gunakan untuk pemanasan anda, Care Energy hanya memantau aliran tenaga dan menyediakan nasihat untuk penggunaan cekap.

3.) Modul fotovoltan CareCel dengan tiada bayaran tambahan

Dengan tarif ini, Care-Energy menyediakan modul fotovoltan plag masuk CareCel tanpa kos tambahan. Pelanggan perlu memohon insurans "semua risiko ditanggung" untuk modul itu pada harga EUR 1 sebulan bagi setiap modul, yang sah sehingga 36 bulan (perlindungan daripada kecurian, kerosakan, hujan batu, air, dsb., EUR 70 layak potong). Di bawah keadaan optimum, satu CareCel boleh menghasilkan kira-kira 300 kWh setiap tahun. Ini akan mengurangkan secara berkadar jumlah tenaga yang digunakan melalui meter elektrik konvensional sebanyak 300 kWh. Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh modul CareCel dikira oleh Care-Energy pada kadar semasa yang dicajkan oleh pembekal tenaga elektrik semasa dan ditolak dua sen. Modul dan tenaga elektrik yang dihasilkan itu adalah milik Care-Energy. Kira-kira dibuat berdasarkan data daripada kaunter dalam modul CareCel. Modul itu dihasilkan di Austria dan akan dipasang separa dalam bengkel terlindung pada masa hadapan. Modul ini mematuhi semua syarat dan keperluan hubungan teknikal yang berkaitan.

Kadar bulanan asas: 0.00 termasuk 19% VAT untuk tenaga elektrik berguna daripada bekalan elektrik dan gas

Pelanggan perkhidmatan tenaga yang tidak mahu membeli tenaga elektrik atau gas melalui Care-Energy dan ingin membeli CareCel mereka sendiri juga boleh menjimatkan 2 sen per kWh untuk kos tenaga bagi tenaga elektrik dan turut menyokong revolusi tenaga.

Care-Energy: penyedia perkhidmatan tenaga bagi revolusi tenaga.

Tetapi apa lagi yang ditawarkan oleh promosi ini selain daripada penjimatan kos sebanyak 2 sen?

Care-Energy mempunyai lebih daripada 380,000 pelanggan di Jerman. Bayangkan jika setiap pelanggan menerima satu modul ini, lalu akan wujudlah 380,000 modul CareCel pada grid tenaga.

Sekarang bayangkan kesemua 380,000 modul ini bukan dipasang dalam kediaman pengguna, tetapi pada satu lokasi pusat, seperti yang lazim dilakukan dalam projek besar.

Ia akan bakal menjadi projek besar dengan input kuasa sebanyak 76 MW, sambungan rumit perlu diadakan, grid itu perlu dibangunkan bagi menghasilkan tenaga elektrik itu, stesen kuasa sokongan perlu dibina bagi mengelakkan daripada membebankan rangkaian dan tarif suapan masuk perlu dijalankan pada skala yang semakin berkurangan selama 20 tahun menurut Peraturan Tenaga Boleh Diperbaharui Jerman (EEG), dengan satu pelanggan tunggal – pengendali rangkaian – dan setiap pengguna akan dicajkan pada harga yang lebih tinggi untuk bekalan elektrik kerana surcaj EEG ini. Lalu ini akan menghasilkan kos berjuta-juta untuk perkhidmatan awam dan orang awam.

Projek Care-Energy juga akan menghasilkan satu loji kuasa 76 MW, diedarkan dalam kuantiti minimum ke serata negara, tiada pengendali rangkaian tunggal akan menyedari suapan masuk, kerana ia takkan memberi kesan kepada grid awam langsung dan  akan digunakan secara langsung oleh setiap kediaman, grid awam dan stesen kuasa sedia ada boleh diringankan bebannya melalui projek ini, tiada tenaga EEG yang perlu dibayar oleh semua pelanggan akan dihasilkan, pasaran tenaga elektrik takkan dikurangkan sehingga menjadi 20 tahun sahaja, sebaliknya akan dimaksimumkan menjadi kitaran hayat loji itu selama 25 tahun, jadi pasaran tenaga elektrik untuk jualan akan meningkat secara berkadar iaitu mengikut tahun. Para pelanggan boleh mendapat faedah daripada pengurangan harga dua sen per kWh dalam struktur kos dan orang awam takkan dikenakan bayaran langsung.

Menggunakan sistem inilah, Care-Energy sedang menyediakan bekalan elektrik ke pekan dan bandar kecil di Filipina dan Ghana di mana berlaku ketiadaan atau kekurangan bekalan tenaga, dengan matlamat untuk membekalkan orang ramai dengan tenaga mencukupi dalam cara yang mampu diri, mampan – dan lebih utama lagi – tidak mahal. Bekalan selengkapnya oleh Care-Energy memang boleh dicapai menggunakan CareCel, turbin angin kecil, pam haba, dan simpanan tenaga – tetapi revolusi tenaga juga boleh dicapai mengikut langkah demi langkah.

Inilah Care-Energy, inilah revolusi tenaga,

Care Energy kini membekalkan tenaga elektrik kepada 380,000 pelanggan di Jerman, menggajikan hampir 7,000 orang dan merupakan syarikat kebanggaan Jerman daripada segi polisi tenaga, kerana Care Energy sudah lama membangun melangkaui sempadan Jerman. Tarif kecekapan tenaga ini kini sedang berjaya dipasarkan dan diimport ke dalam Amerika Syarikat, Afrika, Asia dan Eropah, membawakan pengguna tenaga lebih rapat dengan bekalan tenaga yang bebas, mampu diri,mampan, menjimatkan kos dan bertanggungjawab daripada segi sosial.

Care-Energy
mk-group Holding GmbH
Martin Richard Kristek (Ketua Pegawai Eksekutif)
T.: +49-40-414-314-858-0
martin.kristek@care-energy.de
Facebook: https://www.facebook.com/CareEnergy
http://www.care-energy.de

Sumber: mk-group Holding GmbH

Source: mk-group Holding GmbH
Keywords: Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities