omniture

Mengetengahkan Teknologi & Ketukangan Di Persidangan Pengedar Antarabangsa GAC MOTOR 2023

GAC MOTOR
2023-04-26 09:02 111

12 bulan yang lalu menyaksikan langkah-langkah yang signifikan ke hadapan untuk GAC MOTOR dengan operasi berkembang ke seluruh dunia bagi mencapai peningkatan tahunan sebanyak 59% dalam jualan borong.

GUANGZHOU, China, 26 April 2023 /PRNewswire/ -- Persidangan Pengedar Antarabangsa GAC MOTOR 2023, bertema "Menuju Ke Hadapan dengan Teknologi & Ketukangan", telahpun diadakan di Guangzhou pada 21 April, menghimpunkan rakan-rakan kongsi global GAC Group bagi mengimbau kembali pencapaian dan meneroka apa yang menanti pada masa depan.

 

Pengerusi GAC Group Zeng Qinghong mengulas tentang sejarah pembangunan GAC Group sejak 26 tahun yang lalu dan berkata, "GAC Group akan terus menambah baik pengedar global dari segi produk, teknologi, perkhidmatan dan sokongan menyeluruh yang lain untuk membantu pengedar global membangun, agar pengedar global boleh berjaya melalui jalinan kerjasama dengan jenama GAC MOTOR."

Pengurus besar GAC International, En. Zeng Hebin, menunjukkan rasa terima kasih beliau yang tulus ikhlas kepada rakan-rakan pengedar global melalui ucapan alu-aluan beliau. Para pemimpin dari pelbagai subsidiari GAC Group turut mengambil bahagian dalam persidangan berkenaan.

Persidangan tersebut menekankan visi 'trilion-yuan' GAC Group, memanfaatkan Pusat-pusat R&D GAC di Los Angeles, Shanghai dan Milan untuk mengekalkan kedudukan kereta GAC di barisan hadapan teknologi dalam industri automobil. GAC Group menyasarkan untuk meningkatkan lagi usaha ini dalam 12 bulan akan datang, memfokuskan untuk membina imej jenama "GAC berpandukan inovasi".

Acara berkenaan menyaksikan pengedar mengalami pembuatan pintar yang kukuh dan keupayaan inovatif GAC MOTOR melalui lawatan ke kemudahan syarikat, termasuk Pusat R&D GAC, kilang pembuatan dan banyak lagi.

"GAC Group akan mengukuhkan pelaksanaan strategik antarabangsa secara komprehensif, memperluaskan susun atur pasaran luar negara dengan aktif dan membina keupayaan sistem pembangunan antarabangsa secara sepenuhnya," kata Yu Jun, Naib Presiden GAC Group, dalam ucapan penutup beliau di persidangan berkenaan.

Pameran Canton, Perkongsian Global: Pameran Import dan Eksport China 2023 

Konsep teknologi baharu telahpun diperkukuh di Pameran Canton kali ke-133 pada 15 April.

GAC mempamerkan hibrid GS8 Serba BAHARU, hibrid Empow, Aion Y Plus dan Aion V Plus, satu siri kereta yang canggih.

Tatkala dunia beralih ke arah perjalanan elektrik yang lebih berkuasa, lebih pintar, fokus GAC Group adalah pada pertumbuhan mampan, ketukangan yang berkualiti dan teknologi yang tiada tandingan.

Source: GAC MOTOR
Keywords: Auto Computer/Electronics Retail Transportation Trade show news