omniture

Cabaran Simply Recycle Kedua Herbalife Menyasarkan Kesan Lebih Positif kepada Planet

Herbalife Asia Pacific
2023-04-26 15:29 77

HONG KONG, 26 April 2023 /PRNewswire/ -- Herbalife, sebuah syarikat dan komuniti kesihatan dan kesejahteraan terulung, meraikan Hari Bumi pada 22 April dengan melancarkan Cabaran Simply Recycle Asia Pasifik buat kali kedua berturut-turut. Cabaran ini adalah sebahagian daripada inisiatif Go Green syarikat di Asia Pasifik, bertujuan untuk menggalakkan pengedar Herbalife dan pemilik Kelab Pemakanan bebas di 14 pasaran di seluruh rantau untuk mengitar semula produk terpakai kanister Herbalife mereka.

"Kami memperkenalkan Cabaran ini pada tahun lepas sebagai sebahagian daripada komitmen kami terhadap kelestarian alam sekitar dan kami gembira mendapat sambutan yang memberangsangkan.Sebanyak 712,232 kanister telah diserahkan untuk dikitar semula oleh pengedar kami," kata Stephen Conchie, Presiden Serantau, Herbalife Asia Pasifik dan China. "Tahun ini, kami menyasarkan untuk mengitar semula lebih banyak kanister, dan menanam lebih banyak pokok melalui kerjasama kami dengan One Tree Planted, sekali gus meningkatkan impak positif kami kepada planet ini."

Bekerjasama sekali lagi dengan organisasi bukan kerajaan,One Tree Planted, Herbalife akan membantu menjadikan Bumi lebih hijau - bagi setiap 50 kanister yang dikitar semula oleh peserta, syarikat akan menanam satu pokok untuk mereka. Kerjasama ini akan menyumbang kepada peningkatan kesihatan planet ini, khususnya, dengan membantu mengurangkan kesan perubahan iklim. Menurut One Tree Planted, sebatang pokok secara purata menyerap kira-kira 10 kilogram karbon dioksida setahun untuk 20 tahun pertama, gas rumah hijau utama yang dikaitkan dengan perubahan iklim.

Dengan matlamat yang lebih besar untuk dicapai, Cabaran Simply Recycle akan dilanjutkan selama dua bulan hingga lima bulan, kepada 15 September, dan meliputi pasaran  Australia, Kemboja, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Macau, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Untuk memberi insentif kepada peserta, mereka yang berada di tempat tiga teratas yang mengitar semula kanister paling banyak dari setiap pasaran akan diberi ganjaran baucar produk Herbalife.

Cabaran Simply Recycle merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Herbalife untuk menghapuskan kesan negatif alam sekitar, seiring dengan memanfaatkan kuasa protein dan ramuan berasaskan tumbuhan dalam produk serta mengurangkan penggunaan plastik dalam pembungkusan.

Untuk maklumat lanjut tentang usaha-usaha tanggungjawab global Herbalife, sila layari www.IAmHerbalifeNutrition.com/global-responsibility/.

Latar Belakang Herbalife Nutrition Ltd.

Herbalife Nutrition (NYSE: HLF) ialah syarikat dan komuniti kesihatan dan kesejahteraan terulung yang telah mengubah kehidupan orang ramai dengan produk pemakanan yang hebat dan peluang perniagaan untuk pengedar bebasnya sejak 1980. Syarikat menawarkan produk yang disokong sains kepada pengguna di 95 pasaran melalui pengedar keusahawanan yang menyediakan bimbingan individu dan komuniti yang menyokong yang memberi inspirasi kepada pelanggan mereka untuk menerima gaya hidup yang lebih sihat dan aktif. Melalui komitmen Syarikat untuk menyuburkan manusia, komuniti dan planet, Herbalife Nutrition berjanji untuk mencapai 50 juta impak positif – tindakan baik yang ketara – menjelang 2030, ulang tahunnya yang ke-50.

Source: Herbalife Asia Pacific
Related Stocks:
NYSE:HLF
Keywords: Environmental Products & Services Health Care/Hospital Conservation/Recycling Environmental Issues