![]() |
Penyelesaian pembayaran masa nyata (RTP) PayExpedite® akan melengkapi ekosistem pembayaran elektronik semasa bagi membolehkan penciptaan khidmat pembayaran baharu di Barbados.
ATLANTA dan BRIDGETOWN, Barbados, 26 April 2023 /PRNewswire/ -- PaySett Corporation, sebuah syarikat penyedia penyelesaian pembayaran global bersama-sama dengan BACHSI, hari ini mengumumkan pelancaran platform RTP baharu berdasarkan standard pemesejan ISO 20022.
Natalie Garraway, mantan pengerusi terkini (2020-2022) dan timbalan pengerusi semasa (2023) mengulas, "Kami teruja untuk melancarkan platform ini di Barbados. Sistem ini merupakan sesuatu yang penting dalam perjalanan digital kami sebagai sebuah negara kerana ia menawarkan kepantasan, kemudahan dan kebolehpercayaan. Kami berterima kasih kepada PaySett kerana bekerjasama dengan kami (BACHSI) untuk menyediakan penyelesaian sedemikian yang merangkumi semua bidang utama seperti yang kerapkali diminta oleh rakyat dan para pelanggan kami dalam hal-hal berkaitan penyelesaian perbankan."
Jesus Garcia, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan menambah, "Penyelesaian PayExpedite® kami yang terbukti di pasaran akan disepadukan dengan lancar ke dalam ekosistem pembayaran Barbados untuk memenuhi rancangan kerajaan Barbados dalam mengurangkan bilangan transaksi tunai dan cek (dan menghapuskannya dalam jangka panjang) sambil mengurangkan kos kaedah pembayaran tradisional ini. Setiap institusi kewangan yang mengambil bahagian akan mempunyai platform pembayaran masa nyata yang kukuh yang mampu menyokong tawaran perkhidmatan baharu seperti pembayaran kecemasan, pembayaran P2P, dompet digital, e-Dagang dan lain-lain. Kemudahan, kelajuan dan ciri keselamatan platform PayExpedite® ini akan melancarkan proses peralihan negara ini ke arah ekonomi yang lebih digital."
Institusi kewangan yang sama ini akan dapat memproses pembayaran pengguna, korporat dan kerajaan dalam masa nyata melalui pelbagai saluran perbankan. Produk PayExpedite® PaySett telah digunakan di pelbagai negara yang menawarkan peluang kepada institusi kewangan serantau untuk menguruskan pembayaran masa nyata di seluruh pasaran geografi mereka.
Tentang PaySett Corporation
PaySett Corporation yang berpangkalan di Atlanta, Georgia ialah sebuah penyedia penyelesaian perisian pembayaran global. PaySett menyediakan produk/perkhidmatan untuk membantu entiti kewangan global menguruskan pergerakan wang dengan cekap di seluruh organisasi mereka dan juga untuk para pelanggan mereka. Pengalaman PaySett selama dua dekad dalam menggerakkan pembayaran melalui rangkaian pembayaran kebangsaan dan antarabangsa telah mendayakan pembangunan perisian pembayaran canggih untuk membantu bank di seluruh dunia meningkatkan keupayaan pemprosesan rangkaian pembayaran serantau dan global mereka. Dua belas daripada dua puluh bank terkemuka di dunia memproses pembayaran melalui perisian PaySett.
Maklumat Perhubungan Awam
David R. Pulido
E-mel: dpulido@paysett.com
Tel: + 1 (404) 812-5367
www.paysett.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2062833/PaySett_Corporation_Logo.jpg?p=medium600