omniture

ExxonMobil, Cyclyx, Sealed Air dan Ahold Delhaize USA melakukan demonstrasi kitar semula sisa plastik yang canggih

ExxonMobil
2023-04-28 01:00 0

SPRING, Texas, 28 April 2023 /PRNewswire/ -- Pada tahun 2022, peneraju industri iaitu ExxonMobil, Cyclyx International, Sealed Air dan Ahold Delhaize USA mengumumkan hasrat mereka untuk menjadi yang pertama di Amerika Syarikat yang berjaya melancarkan pembuktian konsep pembungkusan makanan kitaran dengan memanfaatkan proses kitar semula yang canggih. Semasa melakukan sebuah demonstrasi yang berjaya, sisa plastik dikutip dari kedai runcit yang mengalihkannya dari tapak pelupusan. Dengan memanfaatkan teknologi Exxtend™ ExxonMobil bagi kitar semula canggih, yang memecahkan sisa plastik kepada asas molekulnya dan menyumbang kepada bahagian kitaran yang diperakui melalui pengiraan imbangan jisim, sisa plastik ini ditukar menjadi pembungkusan gred makanan baharu.  Kerjasama ini menunjukkan bahawa mewujudkan ekonomi kitaran boleh direalisasikan dengan kerjasama rantaian nilai. Setelah menjalankan sebuah ujian berdaya maju, proses tersebut kini sedang dinilai untuk dijalankan pada skala besar.  

 
  • Penyelesaian kitaran untuk sisa pembungkusan makanan merupakan yang pertama seumpamanya di A.S.
  • Sisa plastik yang fleksibel daripada rantaian bekalan makanan telah dikitar semula dan menyumbang kepada polimer kitaran yang diperakui oleh ISCC PLUS yang digunakan untuk pembungkusan gred makanan baharu
  • Projek tersebut yang telah diumumkan buat pertama kali pada bulan April 2022, kini sedang dinilai untuk kebolehskalaan

Mewujudkan ekonomi kitaran untuk pembungkusan plastik sentuhan makanan dalam penggunaan yang mempunyai syarat-syarat keselamatan dan prestasi yang ketat merupakan suatu cabaran sukar yang dihadapi oleh industri.

"Projek ini membantu menunjukkan bagaimana teknologi Exxtend dapat memperluas jenis-jenis bahan plastik yang boleh dikitar semula sambil menghasilkan polimer kitaran yang diperakui dengan ciri-ciri plastik asli yang penting," kata Dan Moore, Naib Presiden Polietilena ExxonMobil. "Kitar semula canggih menjadikan sesuatu yang mustahil boleh dilaksanakan dan merupakan suatu pendaya penting untuk menyokong ekonomi kitaran."

Jenama Ahold Delhaize USA, Food Lion membantu usaha rintis awal dengan mengutip sisa plastik untuk kitar semula di lokasi kedai terpilih. Dengan lebih 1,100 buah kedai di 10 buah negeri, Food Lion merupakan salah satu daripada lima jenama dalam rangkaian Ahold Delhaize USA – kumpulan kedai runcit terbesar di Pantai Timur dan yang keempat terbesar di negara ini. 

"Kami di kesemua syarikat Ahold Delhaize USA mempunyai matlamat yang bercita-cita tinggi terhadap pembungkusan boleh dikitar semula dan diguna semula," kata Adam Springer, Pengurus Kelestarian Produk Ahold Delhaize USA. "Berdasarkan usaha rintis awal ini, kami optimistik bahawa proses ini dapat dimanfaatkan pada skala tambahan dan berharap dapat menerokanya dengan lebih lanjut sebagai sebahagian daripada kerjasama ini."

Cyclyx, sebuah syarikat usaha sama antara Agilyx Corporation dengan ExxonMobil, bertanggungjawab untuk menyisih dan melakukan pemprosesan awal terhadap bahan pembungkusan sisa yang dikutip daripada kedai Food Lion sebelum menghantarnya ke kemudahan ExxonMobil di Baytown, Texas. "Antara muka di antara kedai Food Lion dengan kemudahan di Baytown adalah penting dan memerlukan pendekatan yang inovatif untuk pengurusan stok suapan," kata Joe Vaillancourt, Ketua Pegawai Eksekutif Cyclyx. "Sebahagian daripada proses kami adalah untuk mengenal pasti komposisi kimia sisa plastik yang kami terima. Ia membolehkan kami mencipta gabungan tersuai stok suapan plastik pasca guna yang disesuaikan dengan spesifikasi yang diperlukan untuk proses kitar semula yang canggih."

Di kemudahan Baytown, teknologi Exxtend untuk kitar semula canggih digunakan untuk mengitar semula plastik yang berada pada akhir hayat yang berharga dan menghasilkan polimer kitaran yang diperakui melalui pengiraan imbangan jisim. "Teknologi ini menyediakan sumber yang boleh dipercayai untuk menghasilkan polimer kitaran yang diperakui dan berprestasi tinggi," kata Moore. "Polimer yang dihasilkan seperti polietilena (PE) berprestasi Exceed™ S, Exceed™ XP, Exceed™ dan Enable™ mempunyai ciri-ciri resin asli yang penting untuk pembungkusan gred makanan."

Sealed Air, yang menerajui industri pembungkusan dengan mereka bentuk dan mencipta bahan pembungkusan berprestasi tinggi yang boleh dibuat semula, menukar resin PE kitaran yang diperakui kepada filem fleksibel gred makanan yang digunakan dalam kes pembuktian konsep ini untuk membungkus produk ayam itik segar terpilih Nature's Promise. Pembungkusan ini yang kemudiannya dikembalikan ke kedai-kedai dan digunakan pada produk yang dibeli oleh pelanggan, menunjukkan satu contoh ekonomi kitaran.

"Melalui kerjasama dengan para pembekal dan pelanggan, kami dapat mengenal pasti, mereka bentuk dan mengkomersialkan penyelesaian pembungkusan fleksibel dan inovatif yang menyokong kitaran," kata Ron Cotterman, Naib Presiden Hal Ehwal Korporat Global, Sealed Air.

Dengan memanfaatkan aset pembuatan ExxonMobil sedia ada, teknologi Exxtend boleh diskala dengan pantas untuk memproses pelbagai sisa plastik. Untuk membantu memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat terhadap plastik kitaran yang diperakui, ExxonMobil merancang untuk meningkatkan kapasiti tahunan kitar semulanya yang canggih kepada 500,000 tan metrik atau kira-kira 1 bilion paun menjelang akhir tahun 2026 di pelbagai lokasi kemudahannya di seluruh dunia.

ExxonMobil, Cyclyx, Sealed Air, and Ahold Delhaize USA demo advanced recycling for plastic waste
ExxonMobil, Cyclyx, Sealed Air, and Ahold Delhaize USA demo advanced recycling for plastic waste

Video - https://mma.prnasia.com/media2/2063652/ExxonMobil_ARP_Case_Study_Video_.mp4 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2063091/ExxonMobil_advanced_recycling_demo_photo.jpg?p=medium600

Source: ExxonMobil
Related Stocks:
NYSE:XOM
Keywords: Chemical Environmental Products & Services Oil/Energy Paper/Forest Products/Containers Retail Supermarkets Utilities Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility Environmental Issues