omniture

Wynn Al Marjan Island mengumumkan visi reka bentuk; pusat peranginan akan datang yang bakal menjadi mercu tanda seni bina baharu di UAE

Wynn Resorts, Limited
2023-04-28 03:18 0

Menetapkan piawaian reka bentuk dan pengalaman mewah premium global, pusat peranginan Wynn Resorts yang akan datang di Pulau Al Marjan, Ras Al Khaimah ini diinspirasikan oleh pemandangan Teluk Arab yang indah

RAS AL KHAIMAH, Emiriyah Arab Bersatu, 28 April 2023 /PRNewswire/ -- Wynn Resorts, Limited (Nasdaq: WYNN) telah mengumumkan nama pusat peranginan bersepadu baharunya yang bernilai berbilion-bilion dolar yang dilancarkan di Ras Al Khaimah, Emiriyah Arab Bersatu (UAE): Wynn Al Marjan Island. Syarikat ini turut mengumumkan visi reka bentuk pusat peranginan tepi pantai pertamanya yang diilhamkan oleh landskap pantai yang tenang di Pulau Al Marjan, sebuah gugusan kepulauan yang terdiri daripada empat buah pulau. Pusat peranginan ini dibangunkan dengan kerjasama rakan kongsi tempatan iaitu Marjan LLC dan RAK Hospitality Holding LLC.

Rendering of Wynn Al Marjan Island - Exterior view from entrance
Rendering of Wynn Al Marjan Island - Exterior view from entrance

Terletak di persekitaran yang bersih menghadap ke perairan Teluk Arab yang membiru, Wynn Al Marjan Island berada pada ketinggian lebih 1,000 kaki (305 meter) dari aras laut, mengalu-alukan kedatangan para pengunjung untuk menikmati pengalaman mewah premium, termasuk kemudahan hiburan dan permainan yang luar biasa. Untuk projek pertamanya di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), pembangun dan pengendali pusat peranginan mewah yang tersenarai di AS ini akan mencipta suatu suasana yang tenang dan bergaya yang mendapat inspirasi daripada pemandangan laut pulau ini yang menakjubkan serta membawakan suasana lautan yang mesra dan tenang ke dalam hotel moden bertaraf dunia miliknya.

Dengan anggaran kos projek yang bernilai kira-kira USD3.9 bilion, siluet ikonik Wynn Al Marjan Island ini akan mengubah dan mempercepat kebangkitan Emiriyah sebagai sebuah destinasi pelancongan global utama di samping mencipta nilai ekonomi negara ini yang tinggi melalui sektor pelancongan dan penciptaan pekerjaan. Projek tersebut akan merintis jalan ke arah pertumbuhan pantas sektor perniagaan bersekutu. Kerja-kerja pembinaan asas telah bermula di tapak pada awal tahun ini.

Kemewahan reka bentuk kelas atasan yang istimewa daripada jenama ini akan diperlihatkan pada kira-kira 1,500 buah bilik, suite dan vila bergaya mewah miliknya. Para pengunjung boleh menjangkakan pelbagai pilihan hiburan, ruang permainan, pengalaman menjamu selera dan beristirahat 24 jam, pengalaman spa dan kesejahteraan yang inovatif, esplanad pusat beli-belah yang mewah, pusat acara yang canggih, teater yang menganjurkan rancangan penerbitan yang unik serta kemudahan-kemudahan lain. Direka untuk kunjungan jangka panjang mahupun lawatan sehari dari kawasan kejiranan Emiriyah, pusat peranginan ini bakal menawarkan pengalaman yang luas dan pelbagai termasuk pertunjukan cahaya laser dan lampu yang canggih.

Reka bentuk Wynn Al Marjan Island mendapat inspirasi daripada landskap semula jadi di kawasan sekitar pusat peranginan ini serta reka bentuk estetik terkemuka daripada Wynn Resorts. Konfigurasi geometri yang sama bagi reka bentuk pantai yang melengkung di pulau ini ditiru melalui struktur podiumnya, sama seperti sebuah teater opera yang hebat sekali gus mewujudkan pemandangan pantai, laut dan horizon yang memukau. Para pengunjung pelbagai tawaran restoran yang berderet di sesiaran berhadapan pantai di Wynn Al Marjan Island ini akan dapat menikmati pemandangan lautan yang luas terbentang.

"Kami telah menghabiskan masa selama bertahun-tahun yang lalu untuk mencipta konsep dan program Wynn Al Marjan Island dengan mengambil kira lokasinya yang unik secara teliti," kata Craig Billings, Ketua Pegawai Eksekutif Wynn Resorts, "Saya amat berbangga dengan keupayaan pasukan reka bentuk dan pembangunan kami dalam menampilkan warisan reka bentuk kami yang kaya dan pintar menjadi sebuah pusat peranginan tepi laut yang disinari cahaya matahari yang akan menggembirakan para pelanggan lama mahupun baharu.  Kami berharap dapat membuka Wynn Al Marjan Island pada awal tahun 2027."

Pusat peranginan baharu di Pulau Al Marjan ini merupakan pembangunan utama Marjan yang menonjolkan reputasi Ras Al Khaimah yang semakin meningkat di seluruh dunia sebagai sebuah destinasi pelaburan terkemuka bagi projek hospitaliti berkualiti tinggi. Dengan portfolio pembangunan kediaman dan hotel bertaraf lima bintang yang mewah dan berkembang pesat yang menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan dengan lebih 7.8 kilometer pantai bergemerlapan dan sesiaran tepi pantai sepanjang dua puluh tiga kilometer, Pulau Al Marjan kini sedang bertukar menjadi sebuah destinasi peranginan bertaraf dunia dengan lancar.

Meletakkan kedudukannya sebagai sebuah destinasi yang lestari dan berasaskan alam semula jadi, Ras Al Khaimah merupakan salah sebuah pasaran pelancongan yang paling pesat berkembang di wilayah MENA. Dengan sejarah yang terpelihara dengan baik, warisan arkeologi yang kaya dan tawaran pelancongan alam semula jadinya, Emiriyah kini memperoleh kedudukan dalam senarai 50 destinasi terbaik untuk dilawati pada tahun 2023 oleh CNN Travel dan ditampilkan dalam majalah TIME bagi Tempat-tempat Terbaik di Dunia pada tahun 2022.

Tentang Wynn Resorts
Wynn Resorts, Limited didagangkan di Pasaran Pilihan Global Nasdaq di bawah simbol penanda WYNN dan merupakan sebahagian daripada Indeks S&P 500. Wynn Resorts mereka bentuk, memiliki dan mengendalikan Wynn Las Vegas (wynlasvegas.com), Encore Boston Harbor (encorebostonharbor.com), Wynn Macau (wynmacau.com) dan Wynn Palace, Cotai (wynpalace.com).

Wynn dan Encore Las Vegas menawarkan 4,748 buah bilik hotel, suite dan vila yang luas, 33 pengalaman menjamu selera dan bar, dua buah spa yang memenangi anugerah, tiga buah esplanad pusat beli-belah, ruang mesyuarat dan konvensyen, dua buah kelab malam, kelab tepi pantai, dua buah teater serta sebuah padang golf.  Hampir 70% daripada permintaan waktu puncak pusat peranginan ini dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga boleh baharu.  Encore Boston Harbor merupakan sebuah pusat peranginan mewah dengan 671 buah bilik hotel, spa ultra premium, pusat beli-belah khusus, 16 buah restoran dan ruang istirahat, dewan utama dan ruang mesyuarat yang canggih, taman awam seluas enam ekar dan Harborwalk.  Wynn Macau ialah sebuah pusat peranginan mewah yang terletak di Wilayah Pentadbiran Khas Macau di Republik Rakyat China dengan 1,010 buah bilik dan suite yang luas, 12 pengalaman menjamu selera dan bar, ruang konvensyen, esplanad pusat beli-belah, dua buah spa mewah, sebuah salon dan pertunjukan rotunda.  Wynn Palace ialah sebuah pusat peranginan bersepadu yang mewah di Pantai Cotai, Macau, dengan 1,706 buah bilik, suite dan vila yang indah, 14 buah kedai makan dan minum, ruang mesyuarat dan konvensyen, sebuah esplanad pusat beli-belah yang luas, SkyCabs yang bergerak merentasi Performance Lake seluas lapan ekar, sebuah spa dan salun mewah serta pelbagai koleksi seni yang sukar ditemui.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Michael Weaver, Komunikasi Wynn Resorts
Michael.Weaver@WynnResorts.com
+1 702-770-7501

Rendering of Wynn Al Marjan Island - Exterior view from beach
Rendering of Wynn Al Marjan Island - Exterior view from beach

 

Rendering of Wynn Al Marjan Island- View of island
Rendering of Wynn Al Marjan Island- View of island

 

Rendering of Wynn Al Marjan Island - Interior view
Rendering of Wynn Al Marjan Island - Interior view

 

Фото - https://mma.prnasia.com/media2/2064120/Wynn_Al_Marjan_Island_Exterior_view_from_entrance.jpg?p=medium600
Фото - https://mma.prnasia.com/media2/2064107/Wynn_Al_Marjan_Island_Exterior_view_from_beach.jpg?p=medium600
Фото - https://mma.prnasia.com/media2/2064118/Wynn_Al_Marjan_Island_View_of_island.jpg?p=medium600
Фото - https://mma.prnasia.com/media2/2064108/Wynn_Al_Marjan_Island_Interior_View.jpg?p=medium600
Логотип - https://mma.prnasia.com/media2/551387/4005522/Wynn_Resorts_Logo.jpg?p=medium600

Source: Wynn Resorts, Limited
Related Stocks:
NASDAQ:WYNN
Keywords: Construction/Building Hotels and Resorts Travel Corporate Expansion