omniture

Coty Inc. Melantik Mario Reis sebagai Naib Presiden Eksekutif, Rantaian Bekalan

Coty Inc.
2014-03-26 08:41 139

-- Eksekutif Kanan Bakal Menyertai Jawatankuasa Eksekutif Syarikat Kecantikan Global ini dalam Bulan Mei Kelak

NEW YORK, 26 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Syarikat kecantikan global terkemuka Coty Inc. (NYSE:COTY) hari ini mengumumkan pelantikan Mario Reis sebagai Naib Presiden Eksekutif, Rantaian Bekalan, berkuat kuasa 1 Mei 2014. En. Reis akan menyertai Jawatankuasa Eksekutif dan melapor kepada Michele Scannavini, Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau akan berpusat di Geneva. En. Reis bakal menggantikan Darryl McCall yang akan mengusahakan peralihan dan projek lain bagi memastikan kesinambungan prestasi rantaian bekalan sebelum beliau bersara pada 31 Disember 2014.

En. Reis mempunyai pengalaman selama lebih daripada 30 tahun sebagai pemimpin perniagaan  serta pakar rantaian bekalan yang berkemampuan. Beliau membawa bersama beliau set kemahiran yang unik, daripada mengendalikan salah satu daripada pengendalian rantaian bekalan yang paling rumit bagi bekalan makanan segar, sehinggalah memacu satu unit perniagaan dalam satu pasaran membangun. En. Reis membina kerjaya beliau sewaktu beliau memegang jawatan di Danone, di mana beliau memegang beberapa jawatan eksekutif kanan dalam Pengendalian Seluruh Dunia mulai 1996-2014. Dalam pelbagai jawatan rantaian bekalan beliau dalam Danone, En. Reis berjaya melaksanakan amalan terbaik serta sinergi merentasi divisyen. Baru-baru ini, En. Reis berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Danone Afrika Selatan, di mana kepimpinan beliau menghasilkan pemecutan keuntungan pantas serta pertumbuhan pesat dalam tempoh lima tahun. Sebelum itu, En. Reis bekerja di Mars Inc. dan Bain & Co dalam pelbagai jawatan perniagaan mulai 1986-1996.

"Saya sangat teruja untuk mengalu-alukan Mario sebagai ketua rantaian bekalan Coty baharu," kata Michele Scannavini, Ketua Pegawai Eksekutif Coty Inc. "Pengalaman beliau yang berjaya dan berkepelbagaian dalam rantaian bekalan dan bidang komersil membawakan perspektif unik dan set kemahiran yang mantap untuk Coty bagi rantaian bekalan hujung ke hujung yang terbaik dalam kelasnya."

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Darryl McCall bakal bersara sebagai Naib Presiden Eksekutif, Pengendalian Global dan ahli Jawatankuasa Eksekutif. Selepas kerjaya yang cemerlang dalam industri kecantikan yang berdaya saing tinggi, En. McCall bercadang untuk menumpukan usaha beliau bagi meningkatkan kejayaan pelajar golongan minoriti dalam matematik, sains, kejuruteraan dan teknologi. Kerana kepimpinan beliau, beliau telah menukarkan rantaian bekalan syarikat itu, lalu membolehkannya mencapai kecemerlangan pengendalian. En. McCall juga memainkan peranan penting dalam menerajui Inisiatif Perubahan Berani Terutama, satu program penglibatan kakitangan berasaskan sukarelawan yang digunakan bagi menginspirasikan penyelesaian yang kreatif dan inovatif di tempat kerja.

"Bersama Pasukan Eksekutif Coty, saya ingin mengiktiraf bakat dan kemahiran Darryl dan berterima kasih kepada beliau untuk sumbangan beliau yang luar biasa terhadap kejayaan kami. Kami sangat menghargai kepimpinan beliau bagi membina rantaian bekalan yang mantap dan andal. Beliau akan dirindui dan kami ucapkan semoga berjaya pada masa hadapan," sambung Scannavini lagi.

Tentang Coty, Inc.

Coty adalah syarikat kecantikan global terkemuka dengan hasil bersih sebanyak $4.6 bilion bagi tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun 2013. Ditubuhkan di Paris dalam tahun 1904, Coty adalah syarikat kecantikan fokus perniagaan tunggal dengan portfolio yang terdiri daripada wangian, kosmetik warna, dan produk penjagaan kulit & tubuh yang terkenal yang dijual dalam lebih 130 negara dan wilayah. Tawaran produk Coty termasuk jenama global seperti adidas, Calvin Klein, Chloe, Davidoff, Marc Jacobs, OPI, philosophy, Playboy, Rimmel dan Sally Hansen.

Source: Coty Inc.
Related Stocks:
NYSE:COTY
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail Personnel announcements