omniture

Huawei dan Shaanxi Coal Company Buktikan Keberkesanan Penyelesaian Lombong Pintar "5G + Internet Perindustrian" Terkemuka di Dunia Mereka

Huawei
2023-05-01 21:12 108

YULIN, China, 1 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Penyelesaian lombong pintar yang dikuasakan oleh 5G dan Internet perindustrian yang dibangunkan secara bersama oleh Huawei dan Shaanxi Coal Industry Co., Ltd. (Shaanxi Coal Company) mencecah titik capai satu tahun, menandakan setahun penuh operasi yang berterusan. Penyelesaian memanfaatkan teknologi seperti 5G, pengkomputeran awan dan AI serta aplikasi digital yang berkaitan, untuk meningkatkan dengan ketara kecekapan pengeluaran dan keselamatan operasi di lombong Shaanxi Coal Company. Ini menjadikan kes yang hebat untuk penaiktarafan pintar bagi industri perlombongan global dan menyediakan rujukan untuk mengaplikasikan Internet perindustrian dalam industri-industri lain.

Penyelesaian lombong pintar membina lombong maya sebagai kembar digital lombong fizikal bawah tanah
Penyelesaian lombong pintar membina lombong maya sebagai kembar digital lombong fizikal bawah tanah

Penyelesaian ini mengintegrasikan teknologi ICT ke dalam setiap langkap proses perlombongan arang batu bagi menghapuskan silo dan mengupayakan perkongsian data. Ini menyokong kolaborasi pintar antara jaminan keselamatan, pengeluaran, operasi, penjimatan tenaga, perlindungan alam sekitar dan sistem-sistem lain serta meningkatkan kecekapan semasa penerokaan geologi, penerowongan, perlombongan dan banyak lagi. Penyelesaian ini juga merupakan yang pertama seumpamanya menggunakan platform Internet perindustrian dengan seni bina tiga peringkat iaitu Shaanxi Coal Company, subsidiari-subsidiari lombongnya dan lombong-lombong arang batu itu sendiri. Platform ini mengupayakan pengurusan dan kawalan kolaboratif, penderiaan pintar dan pembuatan keputusan yang cekap.

Xu Jun, Ketua Pegawai Teknologi Huawei's Mine BU, berkata bahawa Huawei bekerjasama dengan Hongliulin Coal Mine dan Xiaobaodang Coal Mine Shaanxi Coal Company bagi membangunkan amalan dan aplikasi baharu yang memenuhi keperluan pengeluaran arang batu tertentu. Dalam proses ini, Huawei memanfaatkan kepakaran yang dibangunkan olehnya dalam 5G, AI, awan, data raya dan teknologi-teknologi lain, serta keupayaannya untuk mengintegrasikan sumber global. Perkongsian ini telah mencipta penanda aras baharu lombong pintar untuk industri ini. Khususnya, penyelesaian lombong pintar dapat membina lombong maya yang bertindak sebagai kembar digital lombong fizikal bawah tanah, lalu menjana nilai yang lebih besar dengan jumlah data perlombongan yang amat besar melalui cara yang lebih selamat dan lebih cekap.

Jun Xu Ketua Pegawai Teknologi Huawei Mine BU
Jun Xu Ketua Pegawai Teknologi Huawei Mine BU

Hasilnya, kini Hongliulin Coal Mine mempunyai kurang daripada 18% pekerja yang bekerja di bawah tanah. Di samping itu, 97.7% daripada muka lombongnya kini menyokong perlombongan pintar dan pengurusan pintar telah dijayakan untuk muka lombong bawah tanah menggunakan pencantuman video 5G dan panggilan video. Lebih daripada 2,700 set peralatan di lombong kini saling terhubung menggunakan standard data disatukan, dengan 170 juta data distrim ke tasik data setiap hari. Data ini digunakan untuk mencipta lebih 100 model digital. Data ini juga boleh digunakan untuk memaklumkan pembuatan keputusan pengeluaran dan operasi serta membangunkan aplikasi digital baharu menggunakan alatan pembangunan "kod-sifar".

Xiaobaodang Coal Mine juga telahpun menggunakan 5G dan teknologi-teknologi lain untuk mengupayakan proses, peralatan dan pengurusan perlombongan pintar, lalu meningkatkan keselamatan operasi dan kecekapan pengeluaran dengan signifikan. Tenaga kerja bawah tanah lombong ini dikurangkan sebanyak 42%. Kemudahan-kemudahan utama di lombong ini, seperti bilik pam air bawah tanah dan substesen, telah mencapai operasi pintar, tanpa pengawasan, hasil daripada pemeriksaan rondaan mesin dan kolaborasi berasaskan video. Dari segi keselamatan pengeluaran, peranti pemantauan persekitaran berupaya mengesan secara autonomi dan memberi amaran yang berkaitan dengan pengumpulan gas, kebakaran, banjir, isu pengudaraan dan kejadian geologi serta mendayakan saling sambung data pada waktu sebenar. Ini dapat menyokong pembuatan keputusan yang lebih bermaklumat untuk meningkatkan pengurusan keselamatan di lombong dengan ketara.

Xu berkata, "Internet perindustrian merupakan asas bagi lombong pintar. Huawei Mine BU komited untuk bekerjasama dengan rakan kongsi dan perusahaan perlombongan bagi membawa teknologi digital ke setiap lombong dan membina lombong pintar menerusi Internet perindustrian dengan lebih cepat." Bagi mencapai matlamat ini, beliau menjelaskan, Huawei berusaha untuk menyediakan perkhidmatan digital kepada perusahaan-perusahaan perlombongan arang batu dan logam utama di serata dunia bagi mengupayakan pengurusan lombong pintar yang lebih selamat dan lebih cekap dengan sedikit kakitangan bekerja di bawah tanah.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Mining Mining/Metals Telecommunications