omniture

J&T Express Vietnam bantu kampung kraf tempatan perluas jangkauan mereka

J&T Express
2023-05-02 00:00 277

BANDAR HUE, Vietnam, 1 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Penyedia perkhidmatan logistik global J&T Express hari ini mengumumkan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Bandar Hue, wilayah Thua Thien Hue untuk berkolaborasi bagi membangunkan industri logistik tempatan dan mempercepatkan transformasi digitalnya. Sebagai sebahagian daripada strategi syarikat untuk meningkatkan inisiatif ESG globalnya, J&T Express Vietnam akan memanfaatkan liputan seluruh negaranya bagi menggalakkan pemudahan pertumbuhan syarikat-syarikat pemula kraftangan tradisional tempatan dan mempromosikan warisan dan legasi budaya diperkaya yang terangkum dalam ketukangan.

J&T Express menyediakan sokongan logistik untuk perniagaan kraftangan
J&T Express menyediakan sokongan logistik untuk perniagaan kraftangan

J&T Express akan mengambil bahagian sebagai penaja emas dalam Festival Kraf Tradisional Hue 2023, diadakan mulai hari ini hingga 5 Mei 2023. J&T Express akan menggalas tanggungjawab untuk mengangkut produk kraftangan yang direka bentuk dengan indah ke Pameran Reka Bentuk Kraftangan Kreatif festival itu yang menghimpunkan 350 tukang dari 69 kampung dan penubuhan kraf.

Sementara itu, J&T Express, bersama-sama Jawatankuasa Penduduk Bandar Hue akan turut menganjurkan bengkel pada hari Sabtu kepada pemilik perniagaan kraftangan tradisional. Bertema "Mencipta Kejayaan pada Platform Perniagaan Digital", bengkel itu akan menghimpunkan wakil-wakil daripada TikTok, Le Media Group serta pemilik perniagaan tempatan dan menampilkan perkongsian pengalaman mengenai topik-topik bermula daripada aktiviti produk hingga jualan pada platform digital serta perjalanan penghantaran yang lengkap.

En. Nguyễn Anh Tuấn, Ketua Pegawai Strategi, J&T Express Vietnam berkata: "Kerjasama dengan bandar Hue menandakan titik capai yang penting dalam strategi pembangunan dan inisiatif ESG J&T Express di Vietnam. Menerusi pengalaman dan kapasiti kami dalam logistik, kami ingin memberi impak positif kepada komuniti tempatan di tempat kami beroperasi, dengan mengoptimumkan rantaian bekalan dari segi pengangkutan, pengedaran dan pengiriman. Kami juga ingin menyokong perniagaan tempatan dan meningkatkan daya saing mereka melalui aplikasi penyelesaian pengangkutan yang berteknologi tinggi."

Mengulas tentang perkongsian ini, En. Truong Dinh Hanh, Naib Pengerusi Jawatankuasa Penduduk bandar Hue, berkata: "Bandar Hue mengalu-alukan inisiatif dan penyelesaian J&T Express. Ia membuka peluang untuk perniagaan di bandar ini mengakses perkhidmatan penghantaran termaju dan berteknologi tinggi, meningkatkan kapasiti pengangkutan dan produk bekalan kepada pelbagai pelanggan di seluruh negara ini serta di peringkat antarabangsa. Ini bukan sahaja membantu perniagaan tempatan berkembang maju, tetapi juga akan meningkatkan taraf hidup ramai penduduk dalam komuniti ini."

Bagi memastikan pemilik perniagaan produk kraf tradisional mendapat akses kepada sokongan yang mereka perlukan, satu pakatan kerjasama juga telah dirasmikan antara Hue Institute of Development Research, Le Media Group, J&T Express Vietnam dan TikTok Vietnam. Pakatan ini menyediakan platform untuk memupuk kerjasama yang lebih besar antara perniagaan tempatan di bandar Hue dan kepakaran yang diperlukan untuk memberi kelebihan yang baik kepada mereka semasa peralihan untuk mengendalikan perniagaan mereka secara dalam talian.

En. Nguyễn Anh Tuấn berkata: "Syarikat ini berbesar hati untuk berganding bahu bersama pihak berkuasa tempatan dan artis untuk menyumbang demi membawa keindahan kraftangan Vietnam tradisional. Selain daripada menyebarkan nilai-nilai budaya perkampungan kraf, ini juga merupakan peluang jangkauan untuk perkampungan kraf memperkenalkan produk kepada lebih ramai pelancong, lalu mencipta peluang yang lebih besar untuk kampung-kampung tradisional."

Tatkala J&T Express menghampiri ulang tahun kelimanya di Vietnam, ia berusaha untuk memanfaatkan jaringannya yang luas dan terus menyesuaikan tawarannya bagi membangunkan penyelesaian untuk mempromosikan kraftangan tradisional di seluruh negara ini dan di luarnya. Dengan berganding bahu bersama bandar Hue, J&T Express menyasarkan untuk memainkan peranan dalam mengupayakan pendigitalisan perniagaan tempatan sambil menyebarkan warisan dan budaya Vietnam.

Latar Belakang J&T Express

J&T Express ialah penyedia perkhidmatan logistik global menerusi perniagaan penghantaran ekspres yang terkemuka di Asia Tenggara dan China, pasaran yang terbesar dan berkembang paling pantas di dunia. Ditubuhkan pada tahun 2015, jaringan J&T Express mencakupi tiga belas negara termasuk Indonesia, Vietnam, Malaysia, Filipina, Thailand, Kemboja, Singapura, China, Arab Saudi, UAE, Mexico, Brazil dan Mesir. Dengan mematuhi misi "berorientasikan pelanggan dan berasaskan kecekapan", J&T Express komited untuk menyediakan kepada pelanggan dengan penyelesaian logistik bersepadu melalui infrastruktur pintar dan jaringan logistik digital, sebagai sebahagian daripada strategi globalnya untuk menghubungkan dunia dengan kecekapan lebih tinggi dan membawa faedah-faedah logistik buat semua.

 

 

 

 

Source: J&T Express
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Transportation Contracts