omniture

Pertandingan Idea Aplikasi Mudah Alih Anjuran Kerala Tourism Berakhir

Kerala Tourism
2014-03-26 15:51 104


Pertandingan Idea Aplikasi Mudah Alih, Techies and App-licants berakhir pada 20 Mac 2014

THIRUVANANTHAPURAM, India, 26 Mac 2014 /PRNewswire/-- Pertandingan Idea Aplikasi Mudah Alih, Techies and App-licants, yang diumumkan di https://www.keralatourism.org/appidea/ anjuran Kerala Tourism, dan dijalankan oleh Invis Multimedia, perunding penyedia penyelesaian IT untuk Kerala Tourism, baru sahaja berakhir.

Para peserta dijemput untuk berbincang dan mengemukakan idea yang kreatif serta asli bagi menggalakkan pelancongan ke Kerala dan dalam masa yang sama turut memastikan bahawa idea yang dikemukakan mampu dibangunkan kepada Aplikasi Mudah Alih.

Cadangan untuk mengajak peserta menghasilkan aplikasi mudah alih merupakan salah satu kempen paling unik yang diadakan tahun ini. Pertandingan ini mampu mengumpulkan lebih 550 idea hanya dalam tempoh 30 hari.

Jurucakap Kerala Tourism menyatakan bahawa ia bercadang untuk memaparkan idea-idea yang dikemukakan di laman webnya, http://www.keralatourism.org , selepas proses penilaian berkaitan keunikan, kesesuaian dan kreativiti dibuat.

Kerala Tourism merupakan perintis dalam memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat. Dengan kerjasamanya dengan Invis Multimedia, Kerala Tourism telah memulakan pemasaran digital seawal tahun 1998 lagi.

Laman web Kerala Tourism, http://www.keralatourism.org, menduduki tempat ke-10 terbaik secara berturut-turut dalam trafik web bagi kalangan laman-laman web pelancongan di Timur Tengah dan Asia. Laman web tersebut, dibangunkan dan disenggarakan oleh Invis Multimedia, Perunding dan Penyedia Penyelesaian IT sejak tahun 1998, telah meraih 6 daripada 12 anugerah yang dipertandingkan oleh Kementerian Pelancongan, Kerajaan India, untuk penggunaan IT paling inovatif sejak tahun 2001 hingga 2013.

Tidak lama lagi, para peserta yang menyertai pertandingan yang unik ini dapat menyaksikan idea mereka menjadi realiti dan para pemenang akan menerima hadiah-hadiah istimewa yang ditawarkan.

Jabatan Pelancongan, Kerajaan Kerala yang lebih dikenali sebagai Kerala Tourism merupakan agensi rasmi bagi mempromosikan destinasi Kerala, sebuah negeri di bawah Republik India. Kerala amat terkenal dengan kawasan mati, pantai-pantai, stesen bukit, rejuvernasi ayurveda, seni mempertahankan diri serta persembahan kesenian, dll.

Hubungi
Jayan P. Nair
Invis Multimedia
Pandits Colony
Kaudiar, Thiruvananthapuram
Kerala-695003, India
Telefon Bimbit:+919446406749
E-mel : jayan@invis.in

Laman Web: http://www.invismultimedia.com

Sumber: Kerala Tourism

Source: Kerala Tourism
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet