Jenama baharu ini mencerminkan fokus syarikat untuk mempercepat inovasi percetakan 3D di seluruh industri
NEW YORK dan UTRECHT, Belanda, 2 Mei 2023 /PRNewswire/ -- UltiMaker, peneraju global dalam percetakan 3D atas meja, hari ini mengumumkan pembaharuan semula jenamanya susulan penggabungan UltiMaker dan MakerBot pada tahun lepas. Identiti jenama baharu ini mencerminkan visi strategik syarikat untuk memacu penerimagunaan penyelesaian percetakan 3D atas meja dan memperkenalkan seni bina produk baharu.
Misi jenama UltiMaker adalah untuk membentuk masa depan pembuatan dan pembangunan produk, menawarkan penyelesaian dan perkhidmatan yang sangat baik kepada pelanggan dalam percetakan 3D di seluruh dunia. Jenama baharu ini dibina berdasarkan kekuatan gabungan kedua-dua legasi syarikat dengan memastikan pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan disokong sepenuhnya sementara ia terus membina ekosistem percetakan 3D terkemuka di dunia—yang memberi jaminan untuk membolehkan inovasi yang tidak terbatas di seluruh sektor perindustrian.
Di bawah jenama UltiMaker, pencetak 3D siri S dan Method akan menyokong pembuatan, pembangunan produk dan penggunaan profesional yang lain. Sebagai salah satu pencetak 3D profesional yang paling popular di dunia, siri S akan terus menawarkan pelbagai jenis bahan di pasaran yang menjadikannya fleksibel untuk pelbagai kegunaan, manakala siri Method pula akan memberi tumpuan kepada penggunaan pembuatan yang lebih khusus yang boleh mendapat manfaat daripada akses kepada ruang yang dipanaskan, bahan tinggi termoplastik yang khusus dan tahap ketepatan dimensi yang tinggi.
Sementara itu, jenama MakerBot akan kekal beroperasi sebagai subjenama dalam sektor pendidikan, dengan siri MakerBot Sketch disasarkan untuk pembelajaran K-12. Pelancaran Sketch Large pada tahun lalu memperkukuh tawaran MakerBot untuk para pendidik dan pelajar dengan ekosistem pendidikan komprehensif yang boleh mereka gunakan. Seni bina jenama baharu ini direka untuk memastikan bahawa pelanggan boleh mencari produk dan aplikasi yang paling sesuai untuk keperluan mereka dengan mudah.
"Jenama baharu kami mencerminkan kekuatan gabungan kedua-dua syarikat yang membawa kami ke tahap ini. Dengan menghimpunkan yang terbaik daripada kedua-dua dunia, kami lebih bersedia untuk mencapai visi kami dan terus menerajui industri percetakan 3D serta memperkasakan lebih ramai inovator untuk merealisasikan idea mereka," kata Nadav Goshen, Ketua Pegawai Eksekutif UltiMaker. "Sejak beberapa bulan yang lalu, banyak perbincangan teliti telah dilakukan berkaitan peluang yang menarik ini untuk memutuskan hala tuju masa depan jenama kami. Para pelanggan kami kekal sebagai teras kepada keputusan kami dan kami teruja untuk mendedahkan hasil perjalanan jenama UltiMaker."
Semua produk perkakasan dan perisian UltiMaker dirancang untuk dijenamakan semula dalam tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang.
Nota kepada Editor:
UltiMaker akan membuat pameran di Rapid + TCT di Chicago, Illinois, pada 2 hingga 4 Mei 2023 di Reruai 5032. Sila hubungi press@ultimaker.com untuk melakukan temu bual semasa acara ini.
Video di bawah membuat sorotan tentang jenama baharu ini:
https://youtu.be/xy9Hdmu_vXg
Tentang UltiMaker
UltiMaker ialah peneraju global dalam industri percetakan 3D dengan misi untuk mempercepat penerimagunaan pembuatan tambahan dengan menyediakan ekosistem perkakasan, perisian dan bahan percetakan 3D atas meja yang komprehensif. UltiMaker menggabungkan dua jenama pencetakan 3D atas meja terkemuka – Ultimaker dan MakerBot – untuk memajukan ketersediaan penyelesaian pencetakan 3D yang boleh diakses dan mudah digunakan untuk sebarang penggunaan, sambil memberi inspirasi kepada industri kepada keadaan pembuatan yang bertanggungjawab dan lestari di masa hadapan.
Ultimaker ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar UltiMaker B.V. MakerBot ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar MakerBot Industries, LLC. Semua tanda dagangan yang lain merupakan hak milik pemilik masing-masing.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2067705/UltiMaker_New_Brand_Architecture.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2067704/UltiMaker_Logo.jpg?p=medium600