Kempen Bantuan Belia EXTRA di Malaysia bagi Tahun ke-12 Berturut-turut
KUCHING, Malaysia, 26 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Apakah kaedah yang boleh digunakan untuk mendidik golongan muda mengenai penjagaan mulut? Menerusi Kempen Bantuan Belia Wrigley EXTRA, golongan belia di Malaysia sekali lagi dapat mengambil peluang untuk mempelajari mengenai kesihatan mulut, penjagaan gigi dan juga pencegahan kerosakan gigi menerusi lawatan sekolah selama tiga bulan yang akan dijalankan di seluruh negara dan melalui penganjuran Hari Kesihatan Mulut Sedunia.
(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140324/8521401683)
Kempen Bantuan Belia EXTRA ini merupakan tahun kedua belas berturut-turut dan akan dimulakan dengan penajaan acara Hari Kesihatan Mulut Sedunia yang diadakan di Bau District, Kuching pada 20 Mac 2014. Selanjutnya, acara ini akan diikuti dengan aktiviti pendidikan penjagaan mulut yang akan diadakan di sekolah-sekolah menengah sepanjang bulan April dan Jun 2014 di pusat-pusat bandar utama di Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Perak, Pulau Pinang dan juga Lembah Klang.
"Kami di Wrigley mengadakan Kempen Bantuan Belia EXTRA dan amat komited bagi tahun kedua belas ini untuk menyampaikan mengenai kepentingan kebersihan mulut yang baik dan juga penjagaan gigi menerusi kaedah yang lebih menyeronokkan dan mudah dicapai oleh para remaja yang merupakan peringkat usia yang penting untuk mengamalkan tabiat penjagaan mulut yang baik secara berterusan," kata Tracy Soh, Pengurus Jenama, The Wrigley Company (M) Sdn. Bhd.
"Pada tahun ini, kami menjangkakan dapat mencapai lebih daripada 20,000 orang sepanjang tempoh kempen tersebut, dan kami akan turut mendidik generasi seterusnya mengenai kebersihan dan cara membuang gula-gula getah dengan betul, di samping menggalakkan tabiat mengunyah gula-gula getah bebas gula untuk kesihatan mulut yang lebih baik," tambah beliau.
Menurut kajian saintifik, tahap keasidan dalam mulut bertambah selepas makan serta minum dan ini meningkatkan risiko terhadap kerosakan gigi.* Walaupun ia mengambil masa beberapa jam untuk meneutralkan tahap keasidan dalam mulut, mengunyah gula-gula getah bebas gula EXTRA selama 20 minit selepas makan dapat meningkatkan kadar aliran air liur sekurang-kurangnya 10 kali ganda dan ini dapat membantu meneutralkan asid plak, mengeluarkan sisa makanan, menguatkan enamel gigi dan juga membantu mencegah kerosakan gigi.
* |
British Dental Journal 167, pg. 204 – 208 (1989) |
Latar Belakang Wrigley
Wm. Wrigley Jr. Company merupakan peneraju konfeksi yang diiktiraf dengan menawarkan pelbagai produk termasuk gula-gula getah, gula-gula keras dan kenyal serta lolipop. Wm. Wrigley Jr. Company beroperasi di lebih 40 buah negara dan mengedarkan jenama terkenalnya di lebih 180 buah negara. Tiga daripada jenama ini - Spearmint®, Juicy Fruit®, and Altoids® – telah bertapak kukuh lebih daripada satu abad lamanya. Jenama kegemaran lain termasuklah Orbit®, Extra®, 5®, Skittles®, Doublemint®, Starburst®, Freedent®, Airwaves®, Life Savers®, Eclipse®, dan juga Winterfresh®. Wrigley mempunyai ibu pejabat di Chicago, Illinois dan beroperasi sebagai anak syarikat Mars, Incorporated yang berpusat di McLean, Virginia. Mars merupakan syarikat yang dimiliki keluarga yang bernilai $30 bilion yang menghasilkan beberapa konfeksi, makanan dan produk penjagaan haiwan kesayangan yang terkenal di dunia serta mempunyai perniagaan minuman dan kesihatan & nutrisi. Di Malaysia, Wrigley memperkenalkan sepuluh jenama gula-gula getah, gula-gula angin dan kandi yang berbeza. Kesemua jenama ini termasuklah Doublemint®, Extra®, Five Gum®, Juicy Fruit®, Spearmint®, Boomer®, Skittles®, Sugus®, Pim Pom® dan juga Eclipse®