omniture

CITE 2014 di Shenzhen, China Pada 10 hingga 12 April 2014

CITE Organizing Committee
2014-03-26 17:38 98

SHENZHEN, China, 26 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Ekspo Teknologi Maklumat China (CITE), sebuah pameran IT dan pengguna elektronik terbesar di Asia akan diadakan pada 10 hingga 12 April 2014 di Shenzhen, China. CITE 2014 tahunan ke-2 ini merupakan pusat untuk mengembangkan perniagaan dan mempamerkan teknologi IT serta elektronik pengguna yang terkini, produk-produk dan juga hasil inovasi dari serata dunia. Dianjurkan bersama Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China (MIIT) dan juga Kerajaan Perbandaran Shenzhen, CITE 2014 akan berlangsung di kawasan seluas 100,000 meter persegi (kira-kira 320,000 kaki persegi) dengan lebih 100,000 pengunjung serta lebih 1,500 pempamer, produk-produk dan teknologi baharu termasuklah kemajuan teknologi terkini daripada China. Di samping itu, terdapat juga forum-forum industri dan seminar berkaitan 30 topik paling hebat termasuk rantaian industri China, 4G, telefon pintar, TV pintar, peranti A/V, perisian/aplikasi, teknologi tahan lasak, automotif dan juga pengkomputeran awan.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140326/CN88985

Terokai Impian IT, Kongsikan Kehidupan Digital

China merupakan salah sebuah negara paling dinamik yang mempunyai pasaran industri maklumat elektronik terbesar di dunia. China juga mempunyai 1.2 bilion penguna telefon bimbit & 500 juta pengguna Internet, serta 270 Juta Pembeli Dalam Talian. CITE merupakan pentas untuk mempamerkan produk-produk IT yang kreatif, ruang bagi meneroka hasil inovasi serta trend, tapak penting untuk peluang-peluang pasaran dan perniagaan baharu serta platform baharu untuk mencapai impian menerusi inspirasi serta aspirasi.

Shenzhen, bandar paling inovatif di China

Shenzhen, China telah menjadi sebuah bandar penting untuk tujuan penyelidikan, pembangunan serta pengeluaran produk-produk elektronik pengguna di dunia dan berada di kedudukan pertama dalam pembuatan komputer, telefon pintar, TV dan juga komponen. Terletak bersebelahan dengan Hong Kong, China sebagai salah sebuah bandar paling maju dengan kedudukan utama dalam industri pembuatan di China, Shenzhen telah memainkan peranan penting dalam industri elektronik pengguna China serta pusat kepada ibu pejabat dan tempat-tempat pengeluaran pelbagai syarikat IT & elektronik pengguna. Dengan pelbagai tapak industri di negara ini, kerajaan tempatan amat komited dalam memberi galakan kepada kemajuan sektor-sektor berteknologi tinggi menerusi dasar-dasar pelaburan serta sokongan teknikal yang istimewa.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai CITE 2014, layari http://eng.citexpo.org.
Jawatankuasa Penganjur CITE / China Electronic Appliance Corp.,
e-mel: exhibitions@ceac.com.cn, Telefon: +86-10-5166 2329 samb. 37

 

Source: CITE Organizing Committee
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Internet Technology Computer Accessories Trade show news