omniture

Cohen & Steers Melantik Abhi Shroff sebagai Ketua Pengedaran Institusi di Rantau Asia Pasifik

Cohen & Steers, Inc.
2023-05-03 09:00 0

Firma ini meningkatkan kehadiran global dengan pembukaan pejabat di Singapura

SINGAPURA dan NEW YORK, 3 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Cohen & Steers, Inc. (NYSE: CNS) hari ini mengumumkan pelantikan Abhi Shroff sebagai Naib Presiden Kanan merangkap Ketua Pengedaran Institusi Asia Pasifik. Cohen & Steers juga telah menubuhkan sebuah pejabat baharu di Singapura.

Encik Shroff menyertai Cohen & Steers dengan pengalaman dalam bidang perkhidmatan kewangan selama lebih 20 tahun. Yang terkini, beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Perniagaan Institusi, Asia tidak termasuk Jepun, di Dimensional Fund Advisors. Sebelum menyertai Dimensional Fund Advisors pada tahun 2019, Encik Shroff merupakan Naib Presiden Eksekutif, Ketua Asia Selatan di PIMCO.

Joe Harvey, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Presiden berkata:
"Memperluas kehadiran firma ini di luar Hong Kong akan membolehkan Cohen & Steers meningkatkan komitmennya kepada pelanggan di rantau ini dan pasaran di mana kami melabur. Kami mengalu-alukan kedatangan Abhi ke Cohen & Steers untuk memimpin pejabat di Singapura dan memperluas jejak institusi kami." 

Encik Shroff akan mengetuai perniagaan institusi Cohen & Steers di rantau Asia Pasifik tidak termasuk Jepun. Beliau melapor kepada Marc Haynes, Naib Presiden Kanan merangkap Ketua Pengedaran Institusi Antarabangsa.

Marc Haynes, Naib Presiden Kanan merangkap Ketua Pengedaran Institusi Antarabangsa berkata:
"Institusi di Asia mengiktiraf kepentingan peruntukan kepada strategi aset sebenar, termasuk hartanah dan infrastruktur tersenarai untuk melengkapkan peruntukan sedia ada ke pasaran swasta. Kepimpinan Abhi di rantau ini akan membolehkan Cohen & Steers memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelbagai kumpulan pelanggan kami dan portfolio mereka yang semakin canggih." 

Untuk maklumat lanjut tentang Cohen & Steers, sila layari www.cohenandsteers.com.

Tentang Cohen & Steers. Cohen & Steers ialah sebuah syarikat pengurus pelaburan global terkemuka yang mempunyai kepakaran dalam aset sebenar dan pendapatan alternatif, termasuk hartanah, sekuriti pilihan, infrastruktur, ekuiti sumber, komoditi serta penyelesaian pelbagai strategi. Ditubuhkan pada tahun 1986, firma ini beribu pejabat di Bandar Raya New York, dengan pejabat-pejabat di London, Dublin, Hong Kong, Tokyo dan Singapura.

Laman web: https://www.cohenandsteers.com

Simbol: NYSE: CNS

Kenyataan Berpandangan Ke Hadapan
Siaran akhbar ini dan kenyataan lain yang mungkin dibuat oleh Cohen & Steers mungkin mengandungi kenyataan berpandangan ke hadapan mengikut takrifan Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 seperti yang dipinda dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934 seperti yang dipinda, yang mencerminkan pandangan semasa Syarikat berkenaan dengan, yang di antaranya, operasi dan prestasi kewangan Syarikat. Anda boleh mengenal pasti pernyataan berpandangan ke hadapan ini dengan penggunaan perkataan seperti "pandangan," "percaya," "menjangka," "potensi," "boleh," "akan," "sepatutnya," "mencari," "meramalkan," "berhasrat," "merancang," "anggaran," "menjangkakan" atau versi negatif bagi perkataan-perkataan ini atau perkataan lain yang seumpamanya. Pernyataan berpandangan ke hadapan ini adalah tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidakpastian. Oleh itu, terdapat atau akan menjadi faktor penting yang boleh menyebabkan hasil atau keputusan sebenar adalah berbeza secara material daripada yang ditunjukkan dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak secara terbuka sebarang pernyataan berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, perkembangan masa depan atau sebaliknya.

Source: Cohen & Steers, Inc.
Related Stocks:
NYSE:CNS
Keywords: Banking/Financial Service Corporate Expansion Personnel announcements