omniture

Lebih 100 Tawaran Bonus Baharu BritRail daripada ACP Rail

ACP Rail International
2014-03-26 21:07 118

MONTREAL, 26 Mac 2014 /PRNewswire/ --

Tidak Ketinggalan! Pas Scottish Highlands BritRail

Para pemegang pas BritRail dan tiket kini boleh menikmati tawaran istimewa daripada ACP Rail International berserta lebih 100 tempat menarik yang akan turut serta di Britain. Tawaran Bonus yang baru diperkenalkan tahun ini menyediakan lebih nilai untuk para pelanggan BritRail dengan tawaran yang lebih menjimatkan semasa mengembara di UK. Dengan tawaran diskaun 2-dalam-1 sehingga potongan 20% dan pelbagai lagi, para pelangan BritRail akan beroleh faedah istimewa daripada tempat tarikan terpilih, aktiviti, penginapan, restoran, pelancongan, pengangkutan dan juga aktiviti membeli-belah. Secara keseluruhannya, para pelanggan BritRail akan menerima potongan di lokasi, apabila menunjukkan Pas BritRail atau tiket yang sah. Sila klik di sini untuk melayari senarai lengkap Tawaran Bonus BritRail

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140211/668225)

Dengan lebih 100 tempat-tempat menarik, rangkaian hebat Tawaran Bonus ini akan menarik para pelancong, termasuklah mereka yang merancang untuk meneroka England, Scotland dan/atau Wales. Sebagai contoh, ketika berada di Scotland, pelanggan BritRail boleh melawat Pusat Sains Glasgow, Kapal Layar Diraja Britannia dan juga Akuarium Hidupan Laut Loch Lomond dengan potongan harga istimewa. Apabila berada di England pula, penjimatan hebat boleh dinikmati ketika meneroka Manchester United Football Club Museum & Tours, Clarks Village Outlet Shopping serta Thames Clippers di London, dan pelbagai lagi. Ketika berada di Wales pula, para pelancong akan beroleh manfaat menerusi diskaun kemasukan ke Istana Cardiff, Taman Botani Kebangsaan Wales dan juga King Arthur's Labyrinth. Tidak ketinggalan, pelbagai potongan menarik ketika berada di istana tersebut, penginapan dan sarapan, kereta api warisan, pelancongan dan banyak lagi!  

Di samping itu, menerusi pengenalan Pas BritRail terkini baru-baru ini, pelanggan yang memegang Pas Scottish Highlands BritRail akan beroleh lebih banyak pilihan apabila memilih Pas ini bagi memenuhi keperluan pelancongan mereka. Kini, sebanyak 8 Pas BritRail menawarkan perjalanan kereta api tanpa had dalam kawasan masing-masing mengikut hari tertentu. Pilihan Pas Scottish Highland BritRail baharu sebagai contoh, dapat memberikan pengalaman menarik kepada pelancong dengan laluan paling indah di Britain seperti West Highland Line antara Glasgow dan Mallaig, serta beberapa laluan Highland kegemaran lain dari Inverness sehingga ke Kyle of Lochalsh, Aberdeen, Aviemore, Wick dan Thurso. Pas Britrail boleh didapati di http://www.acprail.com, http://www.britrail.net dan juga menerusi rangkaian pengedarnya yang sangat luas di seluruh dunia.

Untuk perhatian, Tawaran Bonus BritRail hanya boleh didapati apabila ditempah secara terus menerusi rakan kongsi yang mengambil bahagian dan adalah tertakluk kepada ketersediaan dan terma & syarat mereka. Senarai tawaran yang terlibat adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Dengan ini, kami amat mengalu-alukan para pelanggan BrtiRail untuk melayari acprail.com/britrail-bonus-offers bagi mendapatkan maklumat lanjut.

SUMBER  ACP Rail International

Source: ACP Rail International
Keywords: Railroads and Intermodal Transportation Transportation Travel New products/services