omniture

Peningkatan Permintaan Perlindungan Air bagi Perkakas Elektronik Pengguna, P2i Buka Kemudahan di China

P2i
2014-03-26 21:12 94

SHENZEN, China, 26 Mac 2014 /PRNewswire/ -- P2i,  peneraju dunia dalam bidang teknologi penyalutan nano mencegah cecair, hari ini membuka sebuah pusat teknologi baharu di Shenzhen, China, berikutan dengan permintaan yang tinggi terhadap lapisan perlindungan oleh pengguna elektronik seperti telefon pintar, tablet dan peranti tahan lasak.

Carl Francis, Ketua Pegawai Eksekutif P2i mengulas: "Sebagai pembekal penyelesaian teknologi yang terbukti, P2i telah pun mencapai kejayaan komersial menerusi penyalutan nano kalis-percikan. Lebih 50 juta pengguna telah beroleh manfaat daripada peranti yang lebih andal seperti jenama-jenama Motorola, Plantronics and GN ReSound yang mengaplikasikan teknologi kami pada produk mereka sebagai sebahagian daripada ciri-ciri pembuatan."

"Pada tahun 2014, teknologi Dunkable™ generasi seterusnya akan dilancarkan ke pasaran, yang membolehkan peranti untuk berfungsi di dalam air tanpa pelindung dan membran yang berat, mahal, besar serta tahan haba. Ia telah pun menjana minat yang tinggi dan pembukaan pejabat baharu ini didorong oleh faktor berkenaan."

Pada mulanya, pejabat Shenzhen P2i Technoogy akan mempunyai 17 kakitangan yang memainkan peranan dalam pentadbiran dan kewangan sehinggalah kepada juruteknik dan juga jurutera proses.

Donald Zhang, Pengurus Besar China, P2i mengulas: "Lokasi pejabat baharu P2i di Shenzhen ini mudah diakses oleh pelanggan P2i yang membolehkan kami menunjukkan kemajuan aplikasi serta kebolehan teknikal dengan lebih mudah. Ia juga dapat membantu kami untuk mendapatkan dan mengekalkan sejumlah kakitangan terbaik, memandangkan Shenzhen merupakan pusat kepada pekerja yang berbakat dan berpengalaman dalam bidang operasi dengan kemahiran yang tinggi."

Dengan sejumlah besar sistem penyalutan nano P2i yang telah pun beroperasi di kemudahan pelanggan di China, pejabat baharu ini menyediakan peluang untuk memperluas sokongan operasi yang meliputi kerja-kerja pembangunan prapengeluaran. Pejabat Shenzhen P2i Technology ini akan turut menyediakan perkhidmatan sokongan pelanggan di pusat hab yang bertujuan untuk memastikan pengendalian dan kecekapan sistem penyalutan nano P2i berada dalam tapak pengeluaran pelanggan.

Peter Rankin, Ketua Pegawai Operasi, turut mengulas: "Pada bulan Januari sahaja P2i mempunyai lebih satu juta telefon pintar yang melalui sistem penyalutan nano kami di China. Perkhidmatan sokongan tempatan adalah penting agar kami dapat memberi maklum balas kepada mana-mana tekanan pengeluaran atau isu-isu tertentu pada masa yang ditetapkan. Interaksi rutin dengan sistem juga penting agar kami dalam mengemas kini penawaran teknologi bagi memastikan para pelanggan akan sentiasa beroleh prestasi yang terbaik."

Maklumat perhubungan media    

Powerscourt:  

John Elliott
+44-(0)207-324-0492
atau john.elliott@powerscourt-group.com

Juliet Clarke
+44-(0)203-328-9383
atau juliet.clarke@powerscourt-group.com

Natasha Verniquet
+44-(0)1235-838-715
atau natasha.verniquet@p2i.com

Source: P2i
Keywords: Chemical Computer/Electronics Consumer Electronics Corporate Expansion