ASTANA, Kazakhstan, 26 Mac 2014 /PRNewswire/ --
Platform komunikasi maklumat G-Global hari ini menganjurkan persidangan dalam talian pada 19 Mac dengan tema "Pelan Lakar bagi mengatasi kesan jangka panjang krisis kewangan dan ekonomi global Negara Anggota PBB" sebagai persediaan untuk Persidangan Antikrisis Sedunia kedua yang akan diadakan di ibu negara Kazakhstan, Astana bermula pada 21 hingga 23 Mei 2014. Mark Uzan, pengarah Jawatankuasa Pemulihan Bretton Woods telah menjadi moderator bagi persidangan dalam talian itu yang disertai oleh pakar antarabangsa dan juga pakar dari Kazakhstan. Mereka berjaya mencapai persetujuan berkenaan Pelan lakar gabungan bagi mengatasi kesan jangka panjang krisis kewangan dan ekonomi global Negara Anggota PBB (Pelan) yang kini sedang diusahakan dengan giat oleh komuniti pakar antarabangsa.
Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/mnr/7140055-g-global-info-communicative-platform-draft-plan
Objektif Pelan berkenaan adalah untuk mewujudkan dasar yang berkesan dan diselaraskan pada peringkat global serta memperbaharui struktur kewangan-ekonomi dunia. Para penganjur telah menjemput pakar antarabangsa bagi menilai Pelan lakar gabungan tersebut dan turut mengemukakan cadangan tambahan sebelum 18 April 2014 menerusi: http://www.group-global.org/ru/page/view/515
Cabaran global menyeru tindakan global – kami amat mengharapkan sumbangan anda!
Pelan tersebut yang diwujudkan berdasarkan prinsip demokrasi, bertujuan untuk membangunkan langkah berkesan bagi mengatasi kemelesetan ekonomi dan kewangan, langkah pencegahan kemelesetan pada masa hadapan serta penyediaan pertumbuhan ekonomi jangka panjang yang seimbang. Platform komunikasi maklumat G-Global telah menjadi tuan rumah bagi perbincangan yang aktif tentang Pelan ini sejak 1 Julai 2013 lagi. Dalam tempoh ini, para pengguna portal G-Global termasuklah para pakar organisasi antarabangsa, pusat penyelidikan dan juga institusi kewangan, badan bukan kerajaan, komuniti perniagaan dan sains, ahli politik serta aktivis awam telah menerbitkan lebih 13,000 kajian dan laporan, 45,000 ulasan pakar dan komentar serta lebih 300 video persidangan yang kesemuanya menyumbang kepada pembangunan Pelan tersebut yang berkesan. Persidangan dalam talian turut menjadi salah satu acara utama bagi membincangkan Pelan tersebut.
Draf bagi Pelan untuk negara anggota PBB akan digunakan bersempena dengan Persidangan Antikrisis Sedunia II (WAC) yang akan diadakan dengan sokongan Perhimpunan Agung PBB (resolusi A/RES/68/201 "Sistem kewangan antarabangsa dan pembangunan" bertarikh 20.12.2013) bermula pada 21 hingga 23 Mei 2014 di Astana.
Butiran perhubungan:
Penyelaras Media EECSA
Dodesheva Aigerim:
Tel.: +7(7172)70-18-12
e-mel: a.dodesheva@astanaforum.org
Sumber: Eurasian Economic Club of Scientists Association