omniture

BASELWORLD 2014: Concord Melancarkan Semula Mariner Collection Baharu dan Memperkenalkan C1 Serat Karbon Baharu serta Big Date C2

Concord
2014-03-27 02:42 142

BIEL/BIENNE, Switzerland, 27 Mac 2014 /PRNewswire/ --

Concord dengan bangganya melancarkan semula produknya yang amat terkenal pada tahun 1980, Mariner Collection di Baselworld 2014. Koleksi ikonik ini telah dikemas kini bagi memaparkan gaya yang lebih moden dan indah. Sudut serta permukaan ergonomik yang rata dan nipis yang dimilikinya menjadikannya suatu hasil nautika kontemporari yang mengagumkan, khas untuk suasana di bandar. Koleksi bergaya ini direka dengan keluli tahan karat serta emas, dalam versi kuarza dan automatik untuk lelaki dan juga wanita.

Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/mnr/65027-baselworld-2014-concord-docks-mariner-collection

Setiap Concord Mariner mempunyai logo mawar angin tersendiri yang melambangkan gaya Concord Mariner dalam memberi petunjuk ke arah kegirangan yang berkaitan dengan kehidupan marin kepada lelaki dan wanita – masa yang penuh dengan kenangan indah serta semangat untuk mengembara.

Sebagai koleksi yang termasuk dalam segmen gaya sukan yang elegan, Mariner Collection baharu ini benar-benar mewakili nilai kehidupan marin, yang membentuk bahagian tersendiri dan penting bagi gaya hidup bandar pada masa kini.

Concord turut membangkitkan nilai misteri serta tarikan tersendiri menerusi C1 Chronograph baharu dalam titanium dan serat karbon hitam, berserta ciri tarikan berwarna biru neon. Di samping itu, Concord menjadikan koleksi C2 mudah diperoleh dengan model Big Date baharu, yang disediakan dengan pilihan dail perak dan hitam untuk lelaki masa kini yang mementingkan gaya bandar.

Concord merupakan sebahagian daripada Movado Group Inc. 

http://www.movadogroup.com/company/index.cfm

Salah satu pembuat jam tangan paling hebat di dunia, Movado Group, Inc. bertanggungjawab untuk mereka bentuk, menghasilkan serta mengedarkan jam tangan daripada sepuluh jenama paling terkenal dan dihormati pada masa kini: Movado, Concord, EBEL dan ESQ Movado berserta Coach, HUGO BOSS, Juicy Couture, Lacoste, Tommy Hilfiger dan juga jenama jam tangan berlesen Scuderia Ferrari.

Maklumat perhubungan akhbar:

Michelle Micheli – Pengurus Pemasaran Antarabangsa CONCORD

MGI Luxury Group S.A.
Silver Tower
Place de la Gare 2B
Case postale
CH-2501 Bienne Switzerland
Pejabat : +41-32-329-34-00
press@concord.ch

Sumber: Concord

Source: Concord
Keywords: Fashion Precious Metals New products/services