omniture

INFINOX Melancarkan IX Social 2.0 yang Revolusioner: Aplikasi Dagangan Salinan Terbaik untuk Pedagang Di Mana-mana Sahaja

INFINOX
2023-05-04 21:40 0

NASSAU, Bahamas, 4 Mei 2023 /PRNewswire/ -- INFINOX, sebuah firma pembrokeran global terkemuka, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran IX Social 2.0 iaitu versi terkini aplikasi dagangan salinannya yang popular dan inovatif. Aplikasi ini telah direka untuk memberikan pengalaman yang dipertingkatkan kepada para pedagang, Broker Pencadang (IB) dan ahli sekutu dengan pelbagai ciri dan penambahbaikan baharu yang menjadikannya lebih mudah dan lebih menarik untuk berdagang.

INFINOX Launches Revolutionary IX Social 2.0
INFINOX Launches Revolutionary IX Social 2.0

Sejak pelancaran IX Social pada tahun 2021, ia telah menjadi sebuah platform popular kepada para pedagang di seluruh dunia dan kejayaan terbarunya di Amerika Latin - yang menyaksikan pertumbuhan sebanyak 234% pada platform ini - hanyalah satu contoh daripada daya tarikannya yang meluas. Dengan pelancaran IX Social 2.0 ini, para pelanggan INFINOX kini boleh memanfaatkan banyak faedah baharu. Pilihan pelbagai strategi aplikasi ini menjadikannya lebih mudah kepada para pengguna untuk menunjukkan pelbagai strategi perdagangan secara serentak yang membantu menarik khalayak penyalin yang luas.

Versi terbaru aplikasi IX Social ini merupakan salah satu aplikasi yang akan dikeluarkan oleh INFINOX, yang telah melakukan penambahbaikan ketara pada beberapa bidang perkhidmatannya termasuk Client Area, Portal IB dan platform IX One yang dikeluarkan baru-baru ini. INFINOX amat komited untuk menyediakan perkhidmatan premium yang berterusan kepada para pelanggannya yang dizahirkan melalui perkembangan dan kemas kini terkini - dengan lebih banyak lagi produk yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

"Kami teruja untuk melancarkan IX Social 2.0 yang dibangunkan berdasarkan kejayaan aplikasi kami sebelum ini serta memberikan lebih banyak manfaat kepada para pelanggan kami," kata Joao Camarneiro, Ketua IX Social 2.0. "Tumpuan kami ialah untuk sentiasa memberikan pengalaman terbaik kepada para pelanggan kami dan aplikasi ini hanyalah salah satu contoh daripadanya."

Dengan IX Social 2.0, para pengguna boleh memilih daripada pelbagai strategi dagangan yang disediakan untuk keadaan pasaran yang berbeza dan risiko yang sanggup diambil. Ciri ini membolehkan para pedagang mempelbagaikan portfolio mereka dan menyebarkan risiko di pelbagai pasaran dan kelas aset yang berbeza.

Selain pilihan pelbagai strategi ini, IX Social 2.0 turut menyediakan pelbagai aset yang boleh didagangkan termasuk tukaran mata wang asing, indeks, komoditi dan banyak lagi. Dengan cara ini, para pedagang mempunyai akses kepada bermacam-macam peluang.

"Kami yakin bahawa IX Social 2.0 akan menyediakan pengalaman dagangan yang lebih baik kepada para pelanggan kami," ujar Camarneiro. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang IX Social 2.0, para pedagang dijemput untuk mengunjungi laman web INFINOX.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2068758/INFINOX_IX_Social.jpg?p=medium600

 

Source: INFINOX
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mobile Entertainment Financial Technology