omniture

UNTUK ABU DHABI, 'SATU MUSIM PANAS TIDAK MENCUKUPI'

Abu Dhabi Department of Culture and Tourism
2023-05-04 22:47

ABU DHABI, UAE, 4 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Abu Dhabi (DCT Abu Dhabi) mengumumkan 'One Summer Isn't Enough' (Satu Musim Panas Tidak Mencukupi), sebuah kempen yang memberikan pelbagai pengalaman yang tersedia sepanjang musim panas ini sebagai sebahagian daripada rancangan Abu Dhabi untuk menarik 24 juta pengunjung menjelang tahun 2023.  Dilancarkan semasa edisi ke-30 Pasar Pelancongan Arab, DCT Abu Dhabi turut melancarkan tiga promosi baharu untuk memberi inspirasi, mengujakan dan memulihkan suasana musim panas ini.


Pas Musim Panas Abu Dhabi
 yang merangkumi semua tawaran menyediakan akses untuk menerokai lebih 30 tarikan, 600 restoran dan pelbagai kedai runcit. Para pelawat juga akan mendapat manfaat daripada promosi 'Stay More, Pay Less' (Menginap Lama, Bayar Kurang) di hotel-hotel yang mengambil bahagian, menawarkan satu malam penginapan tambahan yang menyeronokkan untuk setiap tempahan tiga malam penginapan hotel.  

Terdapat lebih banyak faedah untuk keluarga. 'Kids Go Free' (Percuma Untuk Kanak-kanak) dengan tawaran penginapan hotel dan makanan percuma untuk seorang kanak-kanak bagi setiap orang dewasa yang membayar untuk penginapan. Bukan itu sahaja – kanak-kanak juga mendapat pas kemasukan percuma ke mana-mana taman tema pilihan mereka di Yas Island yang menyeronokkan.

Ada banyak lagi yang boleh dilakukan di Abu Dhabi, dengan gabungan tarikan yang menyeronokkan serta acara menarik yang tersedia sepanjang musim panas, termasuk SeaWorld Abu Dhabi yang akan dibuka tidak lama lagi pada 23 Mei. Taman tema dengan pengalaman serba baharu ini menampilkan keseronokan untuk seisi keluarga yang interaktif dan mempunyai lapan kawasan bertema untuk diterokai.

Dibuka sepanjang musim panas, para pengunjung boleh menikmati perjalanan yang lancar melalui Bas Ulang-alik Experience Abu Dhabi – yang disediakan percuma untuk semua orang. Cuma naik bas tersebut dan turun di taman tema tertutup, tempat kebudayaan yang memberi inspirasi dan tarikan unik lain, mengikut rentak anda sendiri.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: summer.visitabudhabi.ae

Tentang Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan – Abu Dhabi

Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan – Abu Dhabi (DCT Abu Dhabi) memacu pertumbuhan lestari sektor kebudayaan dan pelancongan Abu Dhabi serta industri kreatifnya, menggerakkan kemajuan ekonomi dan membantu mencapai cita-cita global Abu Dhabi yang lebih luas.

Melalui kerjasama dengan organisasi yang mentakrifkan kedudukan Negara Emiriah ini sebagai destinasi antarabangsa terkemuka, DCT Abu Dhabi berusaha menyatukan ekosistem sejajar dengan visi emiriah ini yang berpotensi untuk menyelaraskan usaha dan pelaburan, menyampaikan penyelesaian inovatif serta menggunakan kaedah, dasar dan sistem terbaik untuk menyokong kebudayaan dan pelancongan.

Visi DCT Abu Dhabi ditakrifkan oleh penduduk, warisan dan landskap emiriah ini. Kami berusaha untuk meningkatkan status Abu Dhabi sebagai sebuah destinasi tulen dengan inovasi dan pengalaman yang tiada tandingan yang ditunjukkan oleh tradisi hospitaliti, inisiatif baharu serta pemikiran kreatif yang berkekalan.

Untuk maklumat lanjut tentang DCT Abu Dhabi dan destinasi ini, sila layari tcaabudhabi.ae dan visitabudhabi.ae

Video - https://www.youtube.com/watch?v=-Qui3fg4sCg
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2069209/Abu_Dhabi_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2069210/Abu_Dhabi_2.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2069211/Abu_Dhabi_3.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2069212/Abu_Dhabi_4.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2069213/Experience_Abu_Dhabi_Logo.jpg?p=medium600

Louvre Abu Dhabi
Louvre Abu Dhabi

 

Pixoul Gaming
Pixoul Gaming

      

Qasr Al Watan
Qasr Al Watan

 

Yas Water World
Yas Water World

     

 

 

Source: Abu Dhabi Department of Culture and Tourism
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Hotels and Resorts Travel Children-related news New products/services