omniture

Yili Laporkan Pertumbuhan Hasil 11.37% kepada RMB 123.2 Bilion pada Tahun Fiskal 2022 dan Galakkan Pertumbuhan Mampan Rantai Industri Global

Yili Group
2023-05-05 11:39 129

HUHHOT, China, 5 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Pada 27 April, Yili Group mengeluarkan laporan tahunannya bagi tahun 2022. Menurut laporan tersebut, jumlah hasil dan keuntungan bersih Yili mencecah RMB 123.171 bilion ($17.8 bilion) dan RMB 9.431 bilion ($1.36 bilion), masing-masing meningkat sebanyak 11.37% dan 8.34% berbanding tahun sebelumnya. Dengan kedua-dua jumlah hasil dan keuntungan bersihnya mencapai paras mencatat rekod, Yili terus menerajui industri tenusu Asia pada Tahun Fiskal 2022.

Yili Reports 11.37% Revenue Growth to RMB 123.2 Billion in FY2022 and Promotes Sustainable Growth of the Global Industrial Chain
Yili Reports 11.37% Revenue Growth to RMB 123.2 Billion in FY2022 and Promotes Sustainable Growth of the Global Industrial Chain

Laporan S1 2023 yang dikeluarkan pada tarikh yang sama menunjukkan bahawa Yili terus menerajui pemulihan industri ini dengan menyampaikan pertumbuhan yang mantap. Syarikat ini menjana jumlah hasil sebanyak RMB 33.441 bilion ($4.83 bilion) dan keuntungan bersih sebanyak RMB 3.615 bilion ($0.52 bilion), masing-masing mewakili pertumbuhan 7.71% dan 2.73% berbanding tahun sebelumnya.

Pembangunan saling menguntungkan untuk rakan-rakan kongsi industri

Selama lebih sedekad, Yili telah menjalankan pembiayaan rantai industri bagi meminimumkan risiko operasi untuk rakan-rakan industrinya. Menjelang akhir tahun 2022, syarikat ini memberi sokongan kewangan kepada 10,974 padang ragut dan kedai, menyediakan jumlah pembiayaan sebanyak RMB 118.16 bilion ($17.08 bilion).

Dalam pasaran luar negara, subsidiari Kumpulan ini, Oceania Dairy telahpun menandatangani kontrak pembelian sumber susu dengan 73 ladang tempatan di New Zealand, menyediakan harga yang stabil dan kompetitif kepada pembekal susu.

Sokongan yang berterusan untuk pembangunan hijau

Dalam dunia pada hari ini, dengan kepentingan pembangunan hijau telahpun diiktiraf di seluruh dunia, Yili mengukuhkan kedudukannya sebagai perintis dalam inisiatif hijau dan karbon-sifar serta terus meneroka model baharu untuk mengurangkan emisi karbon.

Komited untuk mencapai keneutralan karbon merentas seluruh rantai industrinya menjelang tahun 2050, Yili bukan sahaja telah menubuhkan kilang makanan karbon-sifar yang pertama di China, bahkan turut membangunkan produk yang lebih mesra alam dan berkarbon lebih rendah untuk pengguna.

Menjelang akhir tahun 2022, Yili menjalankan sejumlah 1,049 projek penjimatan tenaga dan pengurangan emisi serta mempunyai 31 kilang yang diperakui sebagai "kilang hijau" peringkat negeri. Pada skala global, Yili Group menubuhkan Net-Zero Carbon Alliance bersama 43 rakan kongsi penting peringkat antarabangsa, dengan tujuan untuk membangunkan secara bersama penyelesaian untuk pengurangan karbon dan berkongsi pandangan tentang kemajuan yang dicapai.

Penyetempatan dalam pasaran global dipercepatkan

Tatkala Yili berkembang ke pasaran luar negara, Kumpulan ini aktif berintegrasi ke dalam komuniti tempatan, mengambil inisiatif untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya.

Di Indonesia, ais krim Joyday daripada syarikat ini telahpun menjadi salah satu daripada empat jenama ais krim terunggul di wilayah tersebut. Selain itu, 85% daripada bahan mentah dan tambahan yang digunakan di pangkalan kini diperoleh daripada pembekal tempatan.

Di New Zealand, Yili Group menyelesaikan penaiktarafan Westland Milk Products yang komprehensif pada tahun 2022. Westland Milk Products kini meningkatkan kapasiti pengeluarannya untuk mentega suapan-rumput yang berkualiti tinggi kepada 42,000 tan setahun, lalu menjadikannya kemudahan mentega yang terbesar di pantai barat.

Pada tahun 2022, Yili mencapai pertumbuhan yang signifikan dalam hasil perniagaan luar negaranya, mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak 52.2%.

(USD 1 ≈ RMB 6.92)

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Banking/Financial Service Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Earnings