MILAN, 5 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Campari meraikan ikatan yang sentiasa wujud antara jenama tersebut dengan tempat asalnya, Milan, melalui pelancaran reka bentuk botol Campari baharu yang diilhamkan oleh sejarah bersama yang bermula pada tahun 1860. Bagi menandakan acara ini, satu pertunjukan dron yang belum pernah disaksikan sebelum ini akan menerangi langit bandar Milan dengan warna yang sudah semestinya Merah Campari pada malam Khamis, 4 Mei dan Jumaat, 5 Mei. Penghormatan istimewa ini akan menunjukkan bagaimana kisah jenama ini dan Milan saling berkait rapat dan disatukan dengan semangat inovatif dan perintis yang sama yang telah menjadikan mereka sebagai ikon gaya dari semasa ke semasa.
Malah, sejak penubuhannya, botol Campari telah berubah bentuk dan berkembang seiring dengan kemajuan bandar ini, dengan mendapat inspirasi yang berterusan daripadanya. Botol baharu ini yang diilhamkan oleh Milan mencerminkan gaya minimalis yang anggun dan reka bentuk kontemporari bandar ini yang amat terkenal – ia merupakan suatu penghormatan visual kepada bandar ini yang menggabungkan keanggunan yang sederhana dan bersahaja yang sama seperti Milan. Arah garisan dengan potongan langsung yang moden pada botol ini melambangkan perjalanan ritual Aperitivo dari Milan ke seluruh dunia, dengan pandangan mata yang tertumpu ke arah nama bandar ini di tengah-tengah botol tersebut. Selain itu, garisan-garisan dengan gerakan dinamik dan meruncing ini mencerminkan ciri penuh bertenaga dan transformasi dari semasa ke semasa yang telah dilalui oleh Milano dan Campari dari masa lalu ke masa hadapan dengan pendekatan yang inovatif dan berpandangan ke hadapan.
Bagi melancarkan botol baharu tersebut, Campari akan menganjurkan pertunjukan dron terbesar buat julung-julung kali di Eropah pada 4 dan 5 Mei yang bakal menerangi latar langit bandar ini, khususnya di Sempione Park – yang boleh dilihat dari seluruh bandar. Pertunjukan tersebut akan berlangsung selama 12 minit dan menghasilkan simbol Milan yang ikonik melalui pertunjukan cahaya yang menakjubkan. "Dengan acara ini dan mempersembahkan botol Campari yang baharu, kami ingin memberi penghormatan kepada Milan, kepintaran dan keterujaannya, iaitu ciri-ciri yang amat erat dengan semangat jenama kami"- jelas Julka Villa, Ketua Pemasaran Global Campari -"Bukan sahaja melihat langit Milan berwarna merah melalui suatu pertunjukan yang luar biasa tetapi turut melihat sumbangan kukuh melalui pelaburan dalam projek kebudayaan yang akan memperkayakan lagi bandar ini bagi menyokong seni pembuatan filem, iaitu sesuatu yang sentiasa menjadi sebahagian daripada jiwa Campari."
Penyatuan yang harmoni antara kedua-dua ikon ini, Campari dan Milano telah berterusan selama lebih 160 tahun, satu tanda bahawa jenama tersebut mendapati bahawa bandar ini merupakan sekutu yang sempurna: gabungan moden dan sejarah, klasik dan perintis, keusahawanan dan menyeronokkan yang mencerminkan ciri-ciri Campari. Milan merangkumi jiwa kreatif daripada aspek yang paling pelbagai daripada dunia reka bentuk hinggalah dunia seni dan pawagam. Dan secara tepatnya, rasa cinta Campari terhadap bandar ini dijelmakan dalam bentuk seni terbaharu ini, melalui sokongannya terhadap Bandar Milan dan projek pembukaan semula Pawagam Orchidea yang bersejarah yang terletak di Via Terraggio, beberapa meter dari Basilica of Sant'Ambrogio. Setelah lebih 60 tahun beroperasi dan melalui penutupan muktamad pada tahun 2009, ia sekali lagi akan menjadi sebuah pusat penting sebagai titik rujukan budaya dan audiovisual. Campari yang sentiasa memilih filem sebagai kaedah komunikasi yang digunakan untuk menyampaikan ciri-ciri jenama ini dan Red Passion keluarannya, komited terhadap pelaksanaan projek-projek baharu yang mempunyai kesan sosial yang tinggi sebagai tambahan kepada sokongan yang sedia ada.
Ikatan jenama tersebut dengan bandar ini akan turut diraikan melalui senarai koktel istimewa Camparino in Galleria, sebuah lokasi Milan yang terkenal yang ditubuhkan pada tahun 1915 oleh Davide Campari, yang menghadap Piazza Duomo, sebuah ikon dan simbol kecemerlangan minuman keras Milan.
www.campari.com
https://www.youtube.com/EnjoyCampari
https://www.facebook.com/Campari
https://instagram.com/campariofficial
TENTANG CAMPARI
Campari, wain merah Itali yang ikonik dan sukar dilupakan ini berada pada kedudukan utama dalam senarai koktel paling terkenal di dunia. Campari telah ditubuhkan di Milan pada tahun 1860 oleh Gaspare Campari dan dipelopori oleh anak lelakinya, Davide yang telah mencipta suatu minuman tersendiri dan baharu dengan resipi rahsia yang tidak pernah diubah. Dengan warna merah yang bertenaga, citarasa unik dan pelbagai lapisan Campari adalah hasil gabungan herba, tumbuhan beraroma dan buah-buahan dalam alkohol dan air. Selain unik dan tersendiri, Campari juga amat versatil dan menawarkan kemungkinan yang tidak terbatas serta di luar jangkaan. Sebagai sumber inspirasi yang penuh bersemangat sejak penciptaannya yang dilihat melalui kreativiti pintar pengasasnya, seniman dalam bidang yang berbeza serta pelayan bar terbaik di dunia, Campari merangsang naluri untuk merungkai minat anda dan memberi inspirasi kepada penciptaan yang tiada batasan.
TENTANG CAMPARI GROUP
Campari Group merupakan peneraju utama dalam industri minuman keras global dengan portfolio yang terdiri daripada lebih 50 jenama premium dan super premium merentas keutamaan Global, Serantau dan Tempatan. Keutamaan Global yang menjadi fokus utama Kumpulan ini merangkumi Aperol, Appleton Estate, Campari, SKYY, Wild Turki dan Grand Marnier. Kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 1860 dan kini merupakan syarikat utama yang keenam terbesar di dunia dalam industri minuman keras premium. Ia mempunyai jangkauan pengedaran global yang didagangkan di lebih 190 buah negara di seluruh dunia dengan menerajui kedudukan di Eropah dan Amerika. Strategi pertumbuhan Campari Group bermatlamat untuk menggabungkan pertumbuhan organik melalui pembinaan jenama dan pertumbuhan luar yang kukuh melalui pengambilalihan jenama dan perniagaan terpilih. Beribu pejabat di Milan, Itali, Campari Group memiliki 22 buah kilang di seluruh dunia dan mempunyai rangkaian pengedarnya sendiri di 22 buah negara. Campari Group mempunyai kira-kira 4,000 orang pekerja. Saham syarikat induknya iaitu Davide Campari-Milano N.V. (Reuters CPRI.MI - Bloomberg CPR IM) telah disenaraikan di Bursa Saham Itali sejak tahun 2001. Untuk maklumat lanjut: http://www.camparigroup.com/en Sila nikmati jenama kami dengan bertanggungjawab.
TENTANG CAMPARINO
Camparino in Galleria ialah bar legenda yang dibuka oleh Davide Campari di Galleria Vittorio Emanuele II di Milan pada tahun 1915. Bar tersebut dibuka bertentangan Caffè Campari yang dibuka oleh Gaspare Campari - iaitu ayah kepada Davides yang merupakan pencipta kepada minuman keras yang pahit - pada tahun 1867. Bar tersebut dengan segera menjadi popular di kalangan penduduk Milan dan sinonim dengan tradisi aperitivo bandar ini. Malah, tahun 2015 menandakan ulang tahunnya yang ke-100. Setelah melakukan projek pengubahsuaian, bar tersebut dibuka semula kepada orang ramai pada musim luruh tahun 2019 dengan identiti serta tawaran makanan dan minuman baharu yang direka untuk mengukuhkan statusnya sebagai salah sebuah bar yang paling berpengaruh di dunia untuk pencinta inovasi campuran minuman keras dan gastronomi.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2070268/Campari_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2070267/Campari_2.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2070266/Campari_3.jpg?p=medium600