omniture

Yifeng Chen Trina Solar diberi penghormatan dengan IEEE Stuart R. Wenham Young Professional Award

Trina Solar Co., Ltd
2023-05-06 02:31 51

CHANGZHOU, China, 5 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Persidangan Pakar-pakar Fotovolta IEEE (The Institute of Electrical and Electronics Engineers) (IEEE PVSC) kali ke-50 mengumumkan baru-baru ini bahawa Dr. Yifeng Chen, ketua teknikal dan naib presiden bersekutu teknologi di Trina Solar, akan menerima IEEE Stuart R. Wenham Young Professional Award 2023 atas pencapaian cemerlang beliau dalam sains dan teknologi penukaran tenaga fotovolta.

Beribu pejabat di New York, AS, Institut tersebut merupakan salah satu organisasi teknikal profesional yang terbesar di dunia. Ia ditubuhkan pada tahun 1963. Pada tahun 2014, Institut berkenaan mewujudkan Young Professional Award yang kemudiannya dinamakan semula sebagai IEEE Stuart R. Wenham Young Professional Award sebagai penghormatan kepada Prof. Stuart WenhamAnugerah berkenaan diberikan setiap tahun kepada individu yang memberi sumbangan penting kepada sains dan teknologi penukaran tenaga fotovolta, termasuk usaha untuk bahan, peranti, modul dan/atau sistem PV.

Sebagai ketua teknikal di Trina Solar, Dr. Chen memimpin pasukan R&D untuk menggalakkan inovasi dan pemindahan teknologi kepada pengeluaran besar-besaran. Setakat ini, Trina Solar telah mencipta 25 rekod dunia dari segi kecekapan penukaran sel solar dan output kuasa modul. Kecekapan sel i-TOPCon jenis-n 210mm telah mencapai 25.3% dalam pengeluaran besar-besaran, yang memberi manfaat kepada pelanggan dan industri PV.

IEEE PVSC kali ke-50 itu bakal diadakan pada 11 Jun di San Juan, Puerto Rico, AS. Dr. Chen akan menerima anugerah tersebut dan mengadakan pembentangan lisan lanjutan tentang prestasi tinggi sel dan modul i-TOPCon jenis-n 210mm. Dr. Chen berkata: "Anugerah ini juga merupakan satu pengiktirafan untuk Trina Solar dan khususnya, setiap penyelidik dalam pasukan R&D. Pada masa akan datang, kami akan mempercepatkan lagi industrialisasi teknologi berkecekapan tinggi, seterusnya menggalakkan aplikasi modul Vertex yang berkecekapan tinggi dan andal."

Dr. Chen juga merupakan pemenang bagi "SiliconPV Award" (Persidangan SiliconPV, Hameln, Jerman) dan "Young Researcher Award" di Persidangan Dunia mengenai Penukaran Tenaga Fotovolta (WCPEC, Kyoto, Jepun).

Anugerah ini mengiktiraf sepenuhnya pencapaian Dr. Chen dan pasukan beliau dalam R&D sel dan modul solar berkecekapan tinggi serta mengukuhkan kedudukan Trina Solar sebagai peneraju global dalam bidang teknologi PV. Trina Solar akan meningkatkan R&Dnya dalam produk 210/210R berkecekapan tinggi termaju dengan teknologi i-TOPCon jenis-n, bagi membangunkan produk dengan prestasi yang lebih baik dan nilai yang lebih tinggi untuk pelanggan global.

 

 

 

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards Environmental Issues