-- Ke Timur Jauh yang Indah
BEIJING, 29 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Air China merancang untuk memulakan perkhidmatan penerbangan Beijing - Vladivostok pada 3 Jun 2014, menawarkan akses ke bandar Rusia terbesar di Timur Jauh yang terkenal dengan pemandangan yang indah serta pelbagai tarikan budaya.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO
Penerbangan empat kali seminggu CA701/2 akan beroperasi pada hari Selasa/Rabu/Jumaat/Sabtu. Penerbangan keluar dijangka berlepas pada 06:25 waktu Beijing dan tiba pada 11:35 waktu tempatan; penerbangan pulang pula berlepas pada 12:35 waktu tempatan dan dijangka tiba pada 12:00 waktu Beijing.
Vladivostok juga disebut sebagai Haishenwai dalam Bahasa Cina. Terletak di hujung paling selatan Semenanjung Muravyov-Amursky di bahagian timur benua Eurasia, Vladivostok berhampiran sempadan Rusia dengan China dan Korea Utara. Vladivostok dan Beijing mengalami tiga jam perbezaan waktu. Vladivostok juga merupakan terminal untuk Landasan Kereta Api Trans-Siberia. Di Medan Revolusi Oktober, tersergamnya tugu gangsa Lenin. Golden Horn Bay yang berbentuk seperti tanduk lembu sesak dengan kapal dan kapal perang pelbagai saiz. Vladivostok dikelilingi laut di tiga sisinya dan menjadi pilihan ramai kerana aktiviti mandi-manda dan hartanah di pantai untuk para pelancong. Dihiasi dengan langit membiru, laut akuamarin, angin sepoi serta hidangan makanan yang enak, Vladivostok menjadi destinasi pelancongan ketiga terkenal di Rusia, didahului oleh Laut Hitam dan Laut Baltik.
Vladivostok merupakan pintu gerbang yang penting untuk ke Timur Jauh Rusia. Daripada segi pelancong China ke Rusia, ia berada di kedudukan ketiga dalam pemeringkatan pasaran destinasi tahun 2012, di belakang Moscow dan St Petersburg, dan turut merupakan pasaran Timur Jauh terbesar untuk para pelancong China. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bilangan pelancong China yang membuat perjalanan ke Vladivostok dan dari Vladivostok telah meningkat dengan pesat – pada tahun 2012 sahaja, jumlahnya melebihi 43,000 yang merupakan peningkatan sebanyak kira-kira empat kali jumlah sebelumnya.
Perkhidmatan Beijing - Vladivostok merupakan laluan ketiga Air China ke Rusia selepas perkhidmatan laluan Beijing - Moscow dan Beijing - Chita diperkenalkan. Ia akan meningkatkan jumlah laluan Eropah Air China menjadi 24, lalu membolehkan para penumpang membuat perjalanan dengan mudah ke 20 bandar utama Eropah. Selain itu, Air China merupakan pembawa ahli Star Alliance, rangkaian syarikat penerbangan terbesar dunia dan menerusi rangkaian laluan meluas Star Alliance, Air China dapat menerbangkan para penumpang sehingga ke 1,328 destinasi di 195 negara. Dengan perkhidmatan baharu ini, para penumpang dapat terbang dari mana-mana bahagian di seluruh pelosok dunia ke Vladivostok atau meneruskan perjalanan ke bandar lain di Rusia serta Eropah melalui hab Air China di Beijing.