omniture

eCloudvalley Tandatangani Perjanjian Kolaborasi Strategik dengan Amazon Web Services bagi Memacu Pengembangan Global dan Pertumbuhan Perniagaan

eCloudvalley Digital Technology
2023-05-09 17:44 83

Perjanjian beberapa tahun menyokong makmal inovasi baharu eCloudvalley membangunkan penyelesaian industri berasaskan awan dan menubuhkan Pusat Kecemerlangan Awan baharu untuk melatih lebih daripada 1000 pekerja mengenai AWS

SINGAPURA, 8 Mei 2023 /PRNewswire/ -- eCloudvalley Digital Technology (ECV), penyedia penyelesaian awan global yang terkemuka dengan kehadiran yang kukuh di ASEAN, serta Rakan Kongsi Perkhidmatan Peringkat Utama (Premier Tier Services Partner) Amazon Web Services (AWS), mengumumkan pada hari ini satu Perjanjian Kolaborasi Strategik (SCA) selama beberapa tahun bersama AWS. ECV ialah rakan kongsi natif-awan yang menggunakan AWS secara menyeluruh dan akan memanfaatkan awan yang paling komprehensif dan diterima pakai secara meluas di dunia untuk berkembang ke Australia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membantu pelanggan mereka mempercepatkan transformasi digital.

eCloudvalley Menandatangani Perjanjian Kolaborasi Strategik dengan Amazon Web Services bagi Memacu Pengembangan Global dan Pertumbuhan Perniagaan. MP Tsai, Ketua Pegawai Eksekutif eCloudvalley (Kiri), Corrie Briscoe, Ketua Jualan Rakan Kongsi, Asia Pasifik dan Jepun di AWS (Kanan)
eCloudvalley Menandatangani Perjanjian Kolaborasi Strategik dengan Amazon Web Services bagi Memacu Pengembangan Global dan Pertumbuhan Perniagaan. MP Tsai, Ketua Pegawai Eksekutif eCloudvalley (Kiri), Corrie Briscoe, Ketua Jualan Rakan Kongsi, Asia Pasifik dan Jepun di AWS (Kanan)

Di bawah SCA, menggabungkan sumber latihan global AWS dan kepakaran awan setempat ECV, kedua-dua pihak bermatlamat untuk mempercepat penyampaian penyelesaian awan kepada syarikat pemula, perniagaan kecil-kecilan dan sederhana (PKS) dan perusahaan. Bagi memenuhi keperluan pendigitalan pelanggan, ECV merancang untuk meluaskan lagi Amalan Penghijrahan dan Pemodenannya dan menyediakan perkhidmatan dibezakan untuk membina, memindahkan, mengendalikan dan mengoptimum infrastruktur dan aplikasi AWS pelanggan. Perjanjian ini menyokong ECV untuk membangunkan pengkhususan vertikal dalam Perkhidmatan Kewangan, Pembuatan dan Peruncitan serta meluaskan lagi jejak globalnya daripada kehadiran semasanya dengan 10 pejabat di seluruh dunia, termasuk Singapura, Filipina, Malaysia, Vietnam, Thailand, Indonesia, Taiwan, Tanah Besar China, Hong Kong dan Amerika Syarikat.

Kolaborasi ini bertujuan untuk mengupayakan ECV bagi menubuhkan makmal inovasi baharu bersama AWS dengan tumpuan untuk melancarkan perkhidmatan baharu mengenai Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), Analitis Data dan sekuriti awan bagi memenuhi kehendak industri. Makmal tersebut bermatlamat untuk membangunkan penyelesaian awan bertumpukan industri baharu secara meluas, membantu pelanggan ECV mengemudi transformasi digital mereka. Pada Ogos 2021, ECV merupakan rakan kongsi ASEAN pertama mencapai Kecekapan Pembelajaran Mesin (ML) AWS, yang mengiktiraf kepakarannya menyampaikan penyelesaian ML pada AWS. ECV dan AWS merancang untuk berkolaborasi bagi meluaskan data dan analitis ECV serta amalan AI/ML, dengan memanfaatkan amalan terbaik daripada setiap organisasi. ECV dapat memacu kecekapan dan penskalaan dengan memanfaatkan keperluan dan keupayaan data sedia ada dan akan datang pelanggan.

Menerusi transformasi digital perniagaan dan agensi kerajaan yang semakin pesat di serata dunia, permintaan terhadap pekerja digital termaju akan tetap kukuh dalam tahun-tahun akan datang. Menurut kajian Gallup dan AWS yang terkini, 76% daripada majikan Asia Pasifik yang disoal selidik melaporkan mereka berusaha mengisi kekosongan yang memerlukan kemahiran digital, namun 72% berkata adalah mencabar untuk mencari bakat yang mereka perlukan. SCA menyokong ECV untuk menubuhkan sebuah Pusat Kecemerlangan Awan (CCoE) dan mengukuhkan Kecekapan AWS miliknya. CCoE merancang untuk meningkatkan kemahiran lebih daripada 1000 pekerja ECV, memperdalam kemahiran AWS Cloud pasukan teknikal dan jualannya. Meningkatkan tahap kecekapan digital dapat membantu ECV memusatkan pengetahuan, meluaskan khidmat nasihat khusus dan menjadikan penyelesaian tersedia dengan cepat dan mudah merentas wilayah dan kepada pelanggan.

Sejak memulakan kolaborasinya dengan AWS pada tahun 2014 dan menjadi Rakan Kongsi Perkhidmatan Peringkat Utama AWS pada tahun 2017, ECV telah menjadi penyedia teknologi digital komprehensif yang menawarkan penyelesaian awan yang tangkas kepada lebih daripada 5,000 perniagaan di peringkat global. Ini telah dapat memberi penambahbaikan dan kecekapan kepada pelanggan seperti pengurangan waktu transaksi untuk transformasi data sebanyak 75% untuk Red Dot Payment berpangkalan di Singapura, perkhidmatan pembayaran dalam talian; mengurangkan kos operasi pada SAP dengan bank-bank terkemuka seperti UnionBank di Filipina sebanyak 30%; menyelesaikan pelaksanaan beberapa penyelesaian awan di seluruh negara merentas lebih 4000 kedai untuk Jollibee, rangkaian makanan segera yang terbesar di Filipina; mempercepat pembinaan model AI oleh platform kandungan digital mudah alih Puretech Global di Malaysia dari enam bulan kepada enam minggu; dan mengurangkan jumlah kos pemilikan sebanyak 20% terhadap infrastruktur IT Honda Vietnam.

ECV ialah rakan kongsi AWS yang komited mendemonstrasikan keupayaan awannya yang kukuh dan dedikasi kepada pelanggannya di seluruh wilayah ini. Tahun ini, ECV memenangi tiga kategori di AWS ASEAN Partner Awards – termasuk Rakan Kongsi Perkhidmatan Terbaik Tahunan ASEAN, Rakan Kongsi AWS Terbaik Tahunan di Malaysia dan Rakan Kongsi AWS Terbaik Tahunan di Filipina. ECV telah memenangi anugerah Rakan Kongsi Perkhidmatan Terbaik Tahunan ASEAN dan Rakan Kongsi Terbaik Tahunan untuk Filipina selama tiga tahun berturut-turut serta Rakan Kongsi Terbaik Tahunan Malaysia selama dua tahun berturut-turut.

MP Tsai, Ketua Pegawai Eksekutif eCloudvalley, berkata, "ECV menyambut ulang tahunnya yang ke-10 pada tahun ini. Kami teruja untuk memulakan peringkat pertumbuhan baharu ini bersama AWS, dibina berdasarkan kepercayaan dan kolaborasi selama bertahun-tahun dengan AWS sebagai Rakan Kongsi Perkhidmatan Peringkat Utama. Memeterai perjanjian kolaborasi yang strategik bersama AWS dapat mengupayakan pelanggan syarikat pemula, PKS dan perusahaan kami untuk mengakses dengan lebih cepat dan mengguna pakai teknologi awan dengan berkesan bagi menangani cabaran industri, menskalakan dan memacu pertumbuhan perniagaan, sekali gus membangunkan bakat awan yang diperlukan untuk memenuhi permintaan industri."

Corrie Briscoe, Ketua Jualan Rakan Kongsi, Asia Pasifik dan Jepun di AWS berkata, "Saya berbesar hati kerana AWS memperluas hubungan kami bersama ECV untuk memacu inovasi, meningkatkan keupayaan awan dan membantu lebih banyak perniagaan di peringkat global mengalami transformasi secara digital. Perjanjian kolaborasi yang strategik ini merupakan satu pengesahan terhadap komitmen jangka panjang AWS dengan rakan-rakan kongsi seperti ECV dan pelanggan-pelanggan bersama kami dan kami berharap dapat menggabungkan industri mendalam ECV dan pengalaman segmen pasaran bersama AWS untuk membolehkan pelanggan memanfaatkan penyelesaian yang inovatif dan mentransformasikan perniagaan mereka."

Latar Belakang eCloudvalley

eCloudvalley ialah penyedia penyelesaian awan global yang terkemuka. Sebagai rakan kongsi tercipta-di-awan yang memberi tumpuan sepenuhnya pada AWS, eCloudvalley ialah kedai sehenti untuk penyelesaian awan, termasuk perundingan Awan, penghijrahan Awan, Data Raya dan Analitis, Pembangunan Aplikasi Natif Awan, Perkhidmatan Terurus Awan, DevOps dan Automasi. Kami menggajikan lebih 650 pekerja dengan kehadiran geografi di seluruh dunia, termasuk Singapura, Filipina, Malaysia, Vietnam, Thailand, Indonesia, Taiwan, Tanah Besar China, Hong Kong dan Amerika Syarikat.

Ketahui tentang eCloudvalley : https://www.ecloudvalley.com/en/p/about-ecloudvalley 

Source: eCloudvalley Digital Technology
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Transportation Licensing/marketing agreements