![]() |
Knight-Hennessy Scholars akan mengambil 85 orang pemegang biasiswa baharu dalam kohort keenamnya yang mewakili 29 buah negara dan 38 program siswazah di Stanford University
STANFORD, California, 9 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Knight-Hennessy Scholars di Stanford University hari ini mengumumkan kohort 85 orang pemegang biasiswa baharu untuk tahun 2023, yang terbesar setakat ini. Kohort baharu ini terdiri daripada para pelajar dari 29 buah negara yang akan meneruskan pengajian ijazah sarjana dalam 38 program siswazah di tujuh buah sekolah pengajian siswazah di Stanford. Buat pertama kalinya, kohort ini termasuk para pemegang biasiswa dari Hungary, Malawi, Belanda, Rusia, Sierra Leone dan Turki.
Knight-Hennessy Scholars ialah sebuah program biasiswa siswazah yang berbilang budaya dan disiplin. Para pemegang biasiswa Knight-Hennessy menerima bantuan kewangan sehingga tiga tahun bagi meneruskan pengajian siswazah di Stanford sambil menimba pengalaman yang akan mempersiapkan diri mereka untuk menjadi pemimpin berwawasan, berani dan kolaboratif agar dapat menangani cabaran kompleks yang dihadapi di dunia. Para pemegang biasiswa dipilih berdasarkan kebebasan pemikiran, kepemimpinan bermatlamat dan pemikiran sivik yang mereka tunjukkan; iaitu para siswazah di seluruh jabatan di kesemua tujuh buah sekolah pengajian di Stanford.
"Dalam sebuah dunia yang terus berkembang dengan lebih kompleks ini, para pemegang biasiswa Knight-Hennessy membina pengetahuan, kemahiran dan komuniti yang diperlukan untuk menangani cabaran terbesar kita, daripada perubahan iklim, penghijrahan hingga kesaksamaan pendidikan dan penjagaan kesihatan — serta banyak lagi," kata John L. Hennessy, Presiden Emeritus Universiti Stanford merangkap Pengarah Keluarga Shriram, Knight-Hennessy Scholars. "Saya percaya bahawa para pemegang biasiswa ini akan dapat membantu membina masa depan yang lebih baik untuk kita semua."
Knight-Hennessy Scholars membentuk para pemimpin baharu yang mempunyai komitmen terhadap kebaikan yang lebih besar serta kaedah yang diperlukan untuk memacu perubahan yang bermakna. Program King Global Leadership ialah satu bahagian utama dalam pengalaman Knight-Hennessy Scholars yang menawarkan pelbagai bengkel, ceramah, projek dan pengalaman yang melengkapkan pendidikan sekolah pengajian siswazah para pemegang biasiswa dan membantu mereka mencapai objektif kepemimpinan mereka.
Dalam kalangan para pemegang biasiswa tahun 2023 ini, 51 peratus adalah pelajar perempuan dan 41 peratus merupakan pemegang pasport negara asing. Enam puluh tiga peratus daripada pemegang biasiswa A.S. dikenal pasti sebagai individu bukan berkulit putih manakala 8% daripadanya telah berkhidmat dalam angkatan tentera A.S. Para pemegang biasiswa memperoleh ijazah sarjana muda dari 17 buah institusi antarabangsa dan 38 buah institusi di A.S. Sembilan belas peratus daripadanya merupakan yang pertama dalam keluarga mereka yang tamat pengajian kolej. Kohort keenam ini menjadikan jumlah pemegang biasiswa seramai 425 orang setakat ini, yang bermula dengan pendaftaran kohort pertama pada tahun 2018.
"Saya mendapat inspirasi daripada para pemegang biasiswa kami setiap hari," kata Tina Seelig, Pengarah Eksekutif Knight-Hennessy Scholars. "Kepelbagaian mereka adalah kekuatan kami. Semasa mereka bersama-sama dengan kami, para pemegang biasiswa KH berpeluang untuk membina sebuah komuniti luar biasa yang akan memperluas dunia dan potensi mereka untuk memberi impak. Saya sangat teruja untuk mengalu-alukan kedatangan kohort 2023 kami."
Permohonan untuk kohort Knight-Hennessy Scholars 2024 akan dibuka pada 1 Jun 2023 dan ditutup pada 11 Oktober 2023. Bakal pemegang biasiswa boleh menghadiri sesi maklumat dalam talian untuk mengetahui tentang komuniti, program pembangunan kepimpinan dan proses kemasukan. Knight-Hennessy Scholars tidak mempunyai kuota atau sekatan berdasarkan wilayah, kolej atau universiti, bidang pengajian atau aspirasi kerjaya.
Knight-Hennessy Scholars menerima sejumlah 7,119 permohonan pada tahun ini, iaitu peningkatan sebanyak 5 peratus daripada 6,742 permohonan pada tahun lalu. Daripada jumlah permohonan ini, 3,733 permohonan layak dipertimbangkan untuk kohort tahun 2023. Permohonan yang layak termasuk bakal pemegang biasiswa yang menghantar permohonan kepada Knight-Hennessy Scholars serta program siswazah Stanford mereka.
Diumumkan pada tahun 2016, Knight-Hennessy Scholars dinamakan sempena Phil Knight, MBA '62, seorang dermawan serta pengasas bersama Nike Inc. dan John Hennessy, Pengerusi Alphabet Inc. yang juga merupakan Presiden Emeritus Stanford (2000-2016). Knight-Hennessy Scholars ialah biasiswa yang dibiayai sepenuhnya dan terbesar di dunia. Ketahui lebih lanjut di kh.stanford.edu.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1502473/Knight_Hennessy_Logo.jpg?p=medium600