omniture

Ketua saintis CATL Wu Kai dinamakan sebagai finalis European Inventor Award 2023

Contemporary Amperex Technology Co., Limited
2023-05-10 02:44 138

NINGDE, China, 10 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Pada 9 Mei, Wu Kai, Ketua Saintis CATL dan pasukan beliau dicalonkan sebagai finalis untuk European Inventor Award 2023 dalam kategori "negara-negara bukan-EPO", atas sumbangan mereka terhadap keselamatan bateri litium-ion.


Dilancarkan oleh European Patent Office (EPO) pada tahun 2006, anugerah ini merupakan salah satu hadiah inovasi Eropah yang paling berprestij. Ia meraikan mereka yang mengubah idea menjadi kemajuan teknologi, pertumbuhan ekonomi atau penambahbaikan kepada kehidupan harian kita. Wu Kai dan pasukan beliau dinamakan sebagai antara tiga finalis dalam European Inventor Award pada tahun ini bagi "kategori negara-negara Bukan-EPO", yang mengiktiraf hasil ciptaan yang dibangunkan di luar negara-negara anggota EPO. Mereka dipilih daripada lebih 600 calon untuk edisi tahun ini. Para pemenang akan diumumkan dalam sebuah majlis hibrid pada 4 Julai 2023 di Valencia, Sepanyol.

 

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Limited
Related Stocks:
Shenzhen:300750
Keywords: Electrical Utilities Oil/Energy Utilities Awards Future Events