omniture

GSMA Kemukakan Kemas Kini Baharu Bagi Ekspo Asia Mudah Alih 2014

GSMA
2014-03-31 15:00 109

-- Para Ketua Pegawai Eksekutif Kakao, KT, LINE, Telenor dan juga ZTE Menjadi Tumpuan Utama Forum Mudah Alih

LONDON, 31 Mac 2014 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini mengumumkan para Ketua Pegawai Eksekutif Kakao, KT Corp., LINE, Telenor dan juga ZTE merupakan antara eksekutif yang akan menyampaikan pembentangan kertas dasar di Forum Mudah Alih di Ekspo Asia Mudah Alih GSMA 2014. Di samping para pembentang kertas dasar pertama, GSMA turut mengumumkan beberapa pempamer baharu di Ekspo Asia Mudah Alih serta program tambahan dan acara rakan kongsi. Ekspo Asia Mudah Alih akan berlangsung pada 11 hingga 13 Jun di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai (SNIEC) di Shanghai.

"Asia merupakan salah satu pasaran mudah alih paling menyerlah dan inovatif di dunia pada masa kini dan para pengunjung Ekspo Asia Mudah Alih akan dapat mengalaminya sendiri menerusi acara yang diadakan, melalui Forum Mudah Alih, pameran dan juga pelbagai pertemuan serta program lain," ujar Michael O'Hara, Ketua Pegawai Pemasaran GSMA. "Kami tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan kehadiran dunia mudah alih ke Shanghai sekali lagi."

Para Pembentang Kertas Dasar di Forum Mudah Alih 2014

GSMA mengumumkan para pembentang kertas dasar untuk persidangan Forum Mudah Alih di Ekspo Asia Mudah Alih pada hari ini. Forum Mudah Alih selama dua hari ini akan menampilkan empat sesi pembentangan kertas dasar termasuk pembentangan kertas dasar Mobile World Live terkenal yang akan disiarkan secara langsung kepada sejumlah besar penonton pada peringkat global menerusi portal Mobile World Live. Para eksekutif pertama yang telah disahkan untuk menyampaikan pembentangan kertas dasar di Forum Mudah Alih termasuklah:

  • Anne Bouverot, Ketua Pengarah, GSMA
  • Sirgoo Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama, Kakao Corp.
  • Dr. Chang-Gyu Hwang, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, KT Corp.
  • Dr. Jeanie Han, Ketua Pegawai Eksekutif, LINE Euro-Americas
  • Jon Fredrik Baksaas, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Telenor Group dan Pengerusi GSMA
  • Shi Lirong, Presiden dan Pengarah Eksekutif, ZTE

Selain pembentangan kertas dasar tersebut, Forum Mudah Alih itu termasuklah 10 sesi yang menyediakan kandungan bertumpu dalam bidang seperti bandar pintar, NFC, peruncitan dan perdagangan, pembayaran mudah alih, identiti dan juga privasi, khidmat luaran, media serta peranti, dan lain-lain. Bagi maklumat lanjut, layari www.mobileasiaexpo.com/mobile-forum-overview/.

Pempamer Baharu di Ekspo Asia Mudah Alih

GSMA mengumumkan China Mobile telah bersetuju untuk menjadi Penganjur Acara Platinum bagi Ekspo Asia Mudah Alih 2014 serta akan turut terlibat dalam acara pameran tersebut. Para pempamer baharu lain termasuklah Apenta, Binatone, China Telling Telecom, Doro, Good Technologies, Hitachi, JDSU, Lenovo, Kuaidi Technology Co. Ltd., McAfee, Netscout, QIHOO 360 Technology, Saudi Telecom, Syniverse dan juga Telrad. Tiga astaka baharu telah disertakan, dengan pameran daripada Institut Eksport Israel, Persatuan Maklumat & Telekomunikasi Korea serta Jawatankuasa Pembangunan Industri Komunikasi Taiwan. Para pempamer terkini ini akan menyertai syarikat yang mengambil bahagian seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk Alcatel-Lucent Shanghai Bell, AT&T, Canonical/Ubuntu, Chunghwa Telecom, DaTang Telecom, Emporia, Gemalto, Huawei, NTT DOCOMO, Ruckus Wireless, Shanghai Feixun Communications, Visa serta ZTE, dan lain-lain.

Bagi maklumat lanjut, layari www.mobileasiaexpo.com/expo/

Program dan Acara Baharu di MAE

GSMA akan menganjurkan Sidang Kemuncak Peranti Global pada hari Selasa, 10 Jun. Acara separuh hari ini akan meneroka isu penting yang dihadapi oleh pasaran peranti global pada masa kini. Para pembentang terdiri daripada pengeluar peranti, pengendali mudah alih dan juga para pengedar yang akan membentangkan topik seperti subsidi, strategi pengedaran global, keperluan pasaran maju dan membangun serta rekaan peranti. Sidang Kemuncak Peranti Global ini adalah terbuka kepada semua pengunjung Ekspo Asia Mudah Alih.

GSMA turut mengumumkan tiga acara rakan kongsi baharu yang akan berlangsung pada hari Jumaat, 13 Jun di Ekspo Asia Mudah Alih. C114 akan menganjurkan Sidang Kemuncak ICT dan Pembandaran Baharu 2014 manakala Gabungan Permainan Mudah Alih Global (GMGC) akan menerajui Sidang Kemuncak Permainan Mudah Alih MAE. Kedua-dua acara ini adalah terbuka kepada semua pengunjung Ekspo Asia Mudah Alih. Bagi tahun keduanya, DVBcn pula akan memperkenalkan Sidang Kemuncak Hiburan Mudah Alih yang hanya terbuka atas jemputan sahaja. Bagi maklumat lanjut, layari www.mobileasiaexpo.com/partner-events.

Sertai Ekspo Asia Mudah Alih 2014

Bagi maklumat lanjut tentang Ekspo Asia Mudah Alih 2014 termasuk cara menyertainya, menjadi pempamer atau penganjur, sila layari www.mobileasiaexpo.com. Ikuti perkembangan dan maklumat terkini tentang Ekspo Asia Mudah Alih (#MAE14) menerusi Twitter @GSMA, Facebook www.facebook.com/mobileasiaexpo atau melalui Sina Weibo http://weibo.com/maexpo.

Latar Belakang GSMA

GSMA mewakili kepentingan para pengendali mudah alih di seluruh dunia. Merangkumi lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih dunia dengan 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat peranti dan telefon bimbit, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet, serta organisasi dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan serta kemudahan awam. GSMA turut menganjurkan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Ikuti GSMA di Twitter: @GSMA.

Source: GSMA
Related Links:
Keywords: Consumer Electronics Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Wireless Communications Asian-related news Trade show news