omniture

INFiLED bakal Pamerkan Skrin LED Canggih di InfoComm Asia 2023

INFiLED
2023-05-10 09:38 264

SHENZHEN, China, 10 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Mulai 24 hingga 26 Mei, di InfoComm Asia 2023 yang diadakan di Bangkok, Thailand, INFiLED akan mempamerkan penyelesaian visual untuk penghasilan xR dan media luar-rumah serta skrin LED berkualiti yang boleh digunakan untuk pelbagai senario termasuk pejabat, terminal lapangan terbang, pentas dan pusat membeli-belah.


Di pameran ini, salah satu yang paling dinanti-nantikan daripada reruai INFiLED ialah platform penggambaran maya xR kecil yang dibangunkan olehnya. Platform tersebut terdiri daripada tirai latar LED gabungan DB2.6, XII 2.6 dan lantai LED DFII2.6 yang akan digunakan untuk mendemonstrasikan kepada pelawat bagaimana skrin ini dapat mempersembahkan adegan yang dicipta oleh pasukan penerbitan filem dan televisyen dengan lancar.

Tambahan pula, INFiLED akan mempamerkan paparan LED yang sesuai untuk pengiklanan luar termasuk skrin tiang lampu siri WL dengan kadar segar semula yang tinggi dan papan tanda digital siri DS cekap tenaga. Siri WL menyokong pelbagai kaedah pemasangan dan boleh dipasang pada tiang lampu jalan di daerah komersial, taman, dataran dan komuniti; manakala siri DS cemerlang dalam kecerahan dan representasi warna serta boleh digunakan untuk mencipta penyelesaian paparan untuk plaza komersial, taman permainan, hab pengangkutan dan banyak lagi.

Selain daripada siri skrin yang disebut di atas, terdapat juga beberapa barang pameran lain yang wajar diambil perhatian seperti siri GXII untuk paparan digital besar bangunan dan siri WK untuk kegunaan dalaman. Siri GXII membawakan ciri yang ringan, tahan lama dan ideal untuk pentas, studio dan persediaan skrin lapangan terbang. Skrin siri QM mempunyai gamut warna yang luas dan pic piksel halus, memaparkan warna-warna yang terang dan butiran yang pelbagai semasa memainkan imej atau video.

Cari INFiLED

Alamat InfoComm Asia 2023 ialah Queen Sirikit National Convention Center, Bangkok. Reruai INFiLED B10 terletak di Dewan 4. Semasa pameran, pakar khidmat pelanggan INFiLED akan menyediakan perkhidmatan terbaik untuk semua pelanggan yang berminat dengan produk kami.

Latar Belakang INFiLED

INFiLED ialah sebuah perusahaan teknologi-tinggi antarabangsa yang mengkhusus dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan peralatan video LED berskala besar. Sehingga kini, produk INFiLED dieksport ke 87 negara dan diaplikasikan dalam pelbagai bidang termasuk penghasilan maya, peruncitan, acara langsung, DOOH dan pendidikan. Memfokuskan kepada inovasi bebas dan peningkatan yang berterusan, INFiLED berusaha untuk menjadi pengeluar skrin LED jenama terunggul bagi menerangi dunia dengan pesta visual.

Source: INFiLED
Keywords: Computer/Electronics